Sunday, July 25, 2010

0
Comments

Perkahwinan Dua Hati

Perkahwinan adalan ikatan suci dua insan yang mengikat dua hati. Adakah ini dinamakan perkahwinan dua hati?
 Perkahwinan dua hati boleh diertikan sebagai apabila pasangan suami isteri menyepadukan segala tindak tanduk mereka dalam kehidupan serta akal pemikiran dan pandangan mereka sebagai satu.



Dengan lain kata, panca indera mereka juga hidup dalam satu sama yang lain. Bagi mereka tiada duanya di dalam apa perkara pun. Dari itu, mereka akan senantiasa bertolak ansur dan saling faham memahami dalam semua perkara berkenaan kehidupan dan merasa perihatin di antara perasaan satu sama yang lain.

Bagaimanakah anda dapat merealisasikan perkahwinan dua hati?

bullet Tiada rahasia di antara satu sama yang lain

Dengan membicangkan perkara yang disukai dan dibenci, memberitahu kebiasaan yang baik dan buruk serta berkongsi pengalaman, amalan dan prinsip kehidupan masing-masing akan dapat mengurangkan tekanan perasaan seperti curiga dan cemburu diantara satu sama yang lain dan sebaliknya merasai kejujuran masing-masing.

bullet2
 Percaya mempercayai di antara satu sama yang lain

Maka, kehidupan berumahtangga akan berkemungkinan senantiasa berseperfahaman dan cinta dalam perkahwinan tentunya akan terus membara kerana hadirnya perasaan yakin di antara satu sama yang lain.

bullet3
 Saling hormat menghormati pandangan dan kehendak satu sama yang lain

Jika ada perkara yang tidak menyenangkan sesuatu pihak, pihak itu harus berterus terang dengan cara yang baik dengan mencadangkan perubahan. Maka, mahaligai perkahwinan akan lebih utuh kerana kebahagiaan kehidupan dalam kehidupan dapat dikecapi.

Berkemungkingan bukan cinta yang membuat dunia berpusing tetapi adalah mereka yang saling faham memahami dan bantu membantu di antara satu sama yang menyedari bahawa mereka saling perlu memerlukan untuk mencapai idaman dan impian mereka dalam ertikata perkahwinana dua hati. Dengan ini, untuk terus mengecap kebahagian mereka haruslah senantiasa dalam perubahan untuk yang terbaik dan tidak berdiam diri dalam takuk masing-masing.

Pendekkata baharulah:
"Dua jiwa satu fikiran...
...Dua hati satu degupan"

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment