Wednesday, October 27, 2010

0
Comments

Kaedah Membeli Notebook

Jan nak kongsi dengan kawan-kawan tentang kaedah membeli notebook/laptop.Bagi pelajar dan ahli perniagaan,anda semua mesti perlukan laptop ataupun komputer riba untuk siapkan kerja. Zaman IT yang makin berkembang pesat sekarang ni kita memang tak terkejar dengan teknologi. Setiap hari ada saja keluaran terbaru coz jan ada pengalaman masa praktikal kat lowyat..Gedung IT..fuhhh..dalam sehari,ada je benda baru,bukannya satu..tp lebih daripadanya.. Walaupun setiap kali keluar produk terkini,anda mesti amik tahu mengenainya,aspek-aspek penting sebelum membeli notebook ni.Sesetengah tu ada juga yang jumpa ngn jan,chatting la tanya pasal nie..sal cara penggunaan laptop laa...so sekarang jan ingin kongsi kaedah membeli notebook ngn anda semua..


Antaranya:


Bateri
 
Bateri memainkan peranan penting kalau anda buat kerja kat luar tanpa ada punca sambungan elektrik. Dapatkan Laptop yang boleh bertahan sehingga 5 jam tanpa henti masa anda buat sesuatu kerja.

Berat

 
Aspek ni pun penting sebab kalau anda travel ke mana-mana, mesti perlukan Laptop yang ringan dan senang nak bawak. Disarankan anda beli yang skrin antara 12’’ – 14’’ dan berat kurang dari 2kg.

Wi-Fi

 
Wi-Fi amat penting untuk siapkan kerja yang perlukan sambungan internet. Sekarang ni Wi-Fi dah banyak di pasang di merata-rata tempat contohnya KFC, McD dll. Kebanyakkan Laptop sekarang semuannya dah ada Wi-Fi terbina dalam.

Speed
Speed ataupun kelajuan adalah segalanya. Terlalu penting bagi anda nak siapkan kerja dengan cepat tanpa ada masalah ‘hang’ ataupun nak buka banyak aplikasi dalam satu masa. Jadi, anda boleh siapkan kerja sambil dengar lagu dan sebagainya. Makin tinggi RAM, Processor dengan space Hard Disk, makin laju Laptop anda.

Security

 
Security ataupun tahap keselamatan amat penting sekali. Sebab banyak berlaku kes curi Laptop. Korang kena pastikan tahap keselamatan yang tinggi nak elakkan data yang korang simpan dicerobohi orang lain. Mungkin Laptop yang perlukan cap jari ataupun ada sistem yang boleh track kat mana Laptop anda  sekiranya dicuri adalah yang terbaik.

Warranty

 
Pastikan anda dapatkan Laptop yang ada warranty atau jaminan sekurang-kurangnya 3 tahun. Pastikan jugak korang simpan resit pembelian tu sebagai bukti. Kalau ada masalah terjadi pada Laptop tu dalam masa warranty, anda boleh hantar balik kat kedai tanpa bayar apa2.

Bajet

 
Akhir sekali, buat pilihan berdasarkan bajet yang anda ada. Pilih yang betul-betul berkualiti sebab tak salah kalau anda laburkan duit yang banyak untuk dapatkan Laptop yang terbaik dan tahan lama.



0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment