Rakan-rakan yang dihormati,jom dengar kawan saya berceloteh..hehee...
Saya selalu dengar kata-kata dari seorang lelaki, “aku perlu jadi macho jika mahu memikat si dia” Saya yang mendengar hanya tergelak perlahan dalam hati cukup menyampah.Saya mula terfikir seorang lelaki perlu menjadi macho jika mahu memikat seorang perempuan ke? Tapi saya tidak mahu lelaki macho tetapi saya mahukan lelaki yang gentleman. Tanyalah perempuan-perempuan yang kamu kenali, mereka mesti sependapat dengan saya. Kebanyakkan mereka kata, lelaki macho selalu perasan kacak dan ego. Dan kebanyakkan lelaki yang mahu menjadi macho akan memakai t-shirt ketat kemudian disarung dengan jaket hitam berkilat agar susuk badan mereka yang tegap menjadi perhatian si gadis. Oh ye ke? saya tak akan pandang lelaki yang macam itu dan saya akan terfikir, mungkin t-shirt ketat tu dia pinjam dari adik lelaki yang masih bersekolah rendah.Oh tidak! tatkala saya melihat seorang lelaki sanggup menyembur minyak wangi ke dalam mulut semata-mata mahu menjadi macho. Bukan apa takut si dia terbau mulut yang busuk Alahai, takkanlah tak berus gigi kot?Bila fikir balik, ada jugak lelaki yang tidak tahu menggunakan minyak wangi.Kelakar sungguh Kaum Adam ini ya! Agak-agaknya, krim rambut dijadikan krim muka sebagai pelembap.
Wahai Kaum Adam,kamu tidak perlu membeli jaket hitam yang mahal, memakai cermin mata hitam di malam hari, menyembur minyak wangi ke dalam mulut, meminjam kereta kawan di buatnya macam kereta sendiri dan segala-gala yang mengubah diri kamu menjadi hipokrit kerana Kaum Hawa benci lelaki yang cuba menutup kelemahan dan keburukan diri sendiri. Seelok-eloknya jadilah diri sendiri dan bersikap gentleman. Saya lebih suka lelaki yang hanya berpakaian simple, t-shirt, mengenakan jeans lusuh tetapi tidak terkoyak di bahagian lutut dan dia Cuma ada sebuah motor kapcai atau pun sebuah kereta buruk peninggalan ayahnya dan yang paling penting ada budi bahasa. Ini saja yang saya mampu ada tapi saya akan berusaha dan bekerja keras mahu membeli apa yang saya idam-idamkan selama ini. Oh, si gadis kamu pasti tersenyum bangga.Si gadis akan benci lelaki yang berebut-rebut manaiki bas sehinggakan sanggup menolak mak cik dan nenek yang sedang beratur di hadapannya. Di dalam bas, dia buat muka tidak tahu sambil bersiul sedangkan ada nenek tua yang terpaksa berdiri. Si gadis juga akan benci dengan lelaki yang mengajak makan malam bersama tetapi si gadis akhirnya terpaksa membayar sendiri. Tidak salah pun jika kamu belanja teman wanita kamu di kedai mamak sambil pekena teh tarik dan roti canai kamu berdua masih boleh berbual-bual dari hati ke hati.

Saya ada jumpa seorang lelaki yang terlalu bangga dengan kekasih hatinya. Selalu bertemu, berpeluk-pelukan, bercumbu-cumbuan malahan kalau kirim gambar melalui internet kepada kawan mesti gambar berdua macam orang dah kahwin. alkisahnya pula, tiba-tiba lelaki ni melalak macam orang lelaki mati bini. Katanya kekasihnya sudah ikut jantan lain.Padan muka!, sembur kawan-kawannya yang lain. Dulu masa bercinta berlagak macam orang dah kahwin. yang tak sedapnya pulak, asyik melalak sepanjang waktu.Lelaki jenis apa ni, kata macho tapi hancur!.
Saya juga banyak menemui lelaki yang cakap tak serupa bikin.“oh, saya tahu betulkan kereta kamu, “saya boleh tolong taipkan untuk kamu”….atau“oh, saya tahu ….. “ tetapi sebenarnya mereka tidak tahu apa-apa pun tentang itu. Oh, tolonglah jangan berlagak kerana ia akan merugi diri kamu sendiri. Kaum Hawa lebih suka lelaki yang mengaku tidak tahu apa-apa tetapi bersedia mahu mengetahui sesuatu dan belajar sesuatu yang baru. Tidak ada salah pun jika kamu mengakui kebodohan kamu sendiri.“saya tak tahu gunakan komputer, boleh awak ajar saya?”pinta lelaki itu. Oh sudah pasti saya sedia membantunya kerana dia jujur, ikhlas dan tidak hipokrit.Mahu saja saya tergelak melihat seorang lelaki yang cuba berlagak macho dan berjalan ala-ala james bond menolak pintu seperti mahu pecah pintu dibuatnya. Dia suka menampilkan diri di khalayak ramai untuk menjadi perhatian dan cuba melontarkan suara dengan kuat. Dia sebenarnya tidak tahu apa-apa tetapi masih cuba mahu bersuara. Konon-konon dialah saja yang tahu, orang yang bijak pandai tetapi dia tidak sedar apa yang dia cakap selalu salah dan masih tidak mahu mengalah. Dia masih mahu berlawak, tetapi lawaknya tidak kelakar pun sebab macam menghina saja. Matanya hanya memandang perempuan yang cantik saja kemudian cuba menggoda tetapi bila tidak dilayan sudah tu tak pasal-pasal kutuk perempuan itu di khalayak ramai.Saya bencikan lelaki begitu. Perasan dia kacak dan macho sebenarnya dia menjadi perhatian kerana kebodohan dan kedungulannya. Berlagak tidak tentu pasal!.
Malahan orang perempuan cukup benci dengan lelaki yang tidak mahu mengalah dan bercakap besar, percayalah, sekacak mana pun kamu orang perempuan tidak akan pandang walaupun sebelah biji mata sekalipun.Mendengar lagu dendangan Maya Karin yang bertajuk Sederhana, saya mula terfikir tentang lelaki sedehana. Saya sukakan lelaki yang tenang, bijak, berpakaian ringkas dan lebih tersenyum, ada aroma kejaguhan tetapi bukannya jaguh menjadi Mat Rempit, Bijaksana dengan ilmu tetapi tidak menunjuk-nunjuk,menghabiskan masa bersama hobinya seperti bercucuk tanam (yelah orang lelaki biasanya suka main game, main futsal, berlumba motor atau keretakan?) tidak berkira kalau ibu, adik-adiknya dan kawan-kawan perempuannya meinta beli itu dan beli ini, dan selalu mengalah dan yang penting selalu mengaku salah apabila melakukan kesalahan. Saya sukakan lelaki yang akan bercakap begini.“Maafkan saya. saya bersalah……..”Saya pernah bertanya seorang kawan perempuan saya, dia ada dua teman lelaki. Seorang tu memanglah kacak dan seorang lagi tu tidak kacak langsung. Saya tanya mengapa kamu pilih yang tidak kacak sedangkan perempuan biasanya akan tergila-gilakan lelaki yang kacak. Apa jawabnya?. Saya mengenali lelaki kacak itu dahulu. Selama berkawan dia hanya tahu berlagak macho, tapi tak genteleman pun, selalunya kalau makan bersama aku yang kena bayar untuk dia, Kalau nak hadiah siap memilih pulak tu, bijak bercakap tetapi kuat menipu, malah dia tidak pernah memberikan aku hadiah atau pun bunga, apa gunanya pilih lelaki macam tu?. Daripada menyakitkan hati, aku lupakan saja lelaki kacak dan cari lelaki yang gentleman walaupun tidak sekacak mana, walaupun mukanya menyakitkan mata tetapi hati aku senang. Setiap kali berjumpa dia akan hadiahkan bunga, berikan aku coklat dan tidak pernah merajuk dan yang paling penting aku sudah pun menemui ibu bapanya begitu juga dengan dia.
Wahai kaum Adam, jadilah diri sendiri biarpun kamu memiliki kekurangan dan kelemahan, kamu masih boleh memikat si gadis dengan sikap ‘gentleman, ikhlas, jujur dan yakin pada diri sendiri kamu. Berusaha dan bersungguh-sungguh untuk menawan hati seseorang yang ingin kamu miliki untuk dijadikan Isteri.....
0 comments:
Post a Comment