Sunday, August 8, 2010

0
Comments

Ramadhan Bulan Keberkatan






Assalamualaikum...salam kepada rakan-rakan yang mengenali diri jan serta pengunjung blog jan...tinggal beberapa hari ag syaaban nak meninggalkan kita yerr...Bulan Syaaban banyak juga ganjarannya bila kita berpuasa...yang berpuasa jan ucapkan tahniah sebesar-besarnya kerana dapat lakukan dengan sebaiknya..yang tak sempat,boleh cuba akan datang dengan izin ALLAH..insyaALLAH...Berakhirnya syaaban..muncul bulan yang suci..bulan ramadhan..bulan yang penuh keberkatan...Sempena bulan ini muslim dan muslimat akan melaksanakan rukun Islam yang ke-3...insyaALLAH dengan berkat doa,dipanjangkan umur..insyaALLAH kita semua akan laksanakan rukun islam ke-3 ini lebih baik dari sebelum ini....jan harap diluar sana dapat laksanakan rukun islam ke-3 ini dengan sempurna...insyaALLAH...Dan beberapa perkara perlu bersiap sedia untuk melaksanakan bulan ramadhan ini.... 

Ucapan tahniah sekali ag kepada sesiapa yang melakukan persediaan dari sekarang untuk bertemu bulan yang mulia ini...Ayuh dari sekarang kita melakukan amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah , kita berharap Allah membantu kita melaksanakan amalan-amalan ini dan memohon kepada Allah diberi oleh Allah kebaikan

PERSEDIAAN PERIBADI :

1. Berinteraksi dengan Al-quran  dengan membaca dan menelitinya.(masa Yyng Ddwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. 

2. Berusaha untuk solat berjamaah dan melakukan solat sunnah qabliyyah dan badiyyah sepanjang bulan ramadhan

ولا يزال عبدي يتقرَّب إليّ بالنوافل حتى أحبه

3. Melakukan doa ketikan berbuka terutama untuk kesejahteraan sahabat khususnya di Gaza

“للصائم دعوة لا ترد”
4. Berusaha  dua kali dalam seminggu – untuk  duduk di dalam masjid selepas solat subuh untuk membaca al-quran , berzikir , bristiqfar hingga solat duha – pahalanya seperti orang melakukan umrah dan haji

5. Berusaha dari sekarang untuk persediaan iktiqaf sepuluh akhir atau  bangun malam secara individu

 مَن قام ليلة القدر إيمانًا واحتسابًا غُفر له ما تقدَّم من ذنبه

KELUARGA 

1. Berusaha bersama  anak-anak dan ahli keluarga membaca dan mentadabur al-quran .
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

2. Berusaha menberi tazkirah sebelum berbuka tentang pengajaran dan rahsia  Ramadhan.

3. Berusaha menghubungkan silaturrahim dengan menziarahi kaum keluarga dan sahabat ,serta menanam nilai-nilai ukhuwah di dalam hati anak-anak bersama mereka

4. Berhubung dengan jiran-jiran dengan menziarahi dan memberi hadiah atau tukar juadah

5. Menjemput kaum keluarga dan sahabat berbuka puasa  di rumah

DIDIK ANAK-ANAK

1. Galakan kepada anak-anak  berada di masjid dalam bulan ramadhan bersama menghidupkan perananya

2. Menyuruh anak-anak bersama dalam melakukan kebaikan di dalam bulan ramadhan

3. Menggalakan anak-anak bersama ibubapa menunaikan solat qiam dan tahajjud di dalam bulan ramadhan

4. Mengurangkan waktu dihadapan computer,telivisen dalam bulan ramadhan untuk menambahkan mereka dalam melakukan pekerjaan kataatan dan ibadat.

5. Menghidupkan projek dakwah  fardiyyah,menghubungkan antara individu dengan berdakwah kepada rakan dan kawan anak-anak untuk menghidupkan bulan ramadhan

 
لأن يهدي الله بك رجلاً واحدًا خيرٌ لك من الدنيا وما عليها

Wahai sahabatku … semoga engkau mendapat keberkatan dan balasan yang terbaik dari Allah atas usaha mengajak diri , keluarga dan masyarakat mendekatkan diri kepada Allah ….Amin

Sumber :Ikhwan Online


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment