Sesungguhnya Allah s.w.t telah memuliakan Umat Muhammad dengan pelbagai keistimewaan di antaranya Allah mengutuskan seorang Rasul untuk seluruh alam yang bersamanya Allah turunkan kitab Al-Quran sebagai petunjuk.Allah s.w.t yang telah kurniakan kepada Umat Nabi Muhammad dengan Malam al-Qadar yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu yang mana ibadah ini lebih baik daripada seribu bulan lain iaitu lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.
Sebab-sebab Dinamakan Malam al-Qadar ialah :
- Al-Qadar bermaksud mulia,oleh kerana malam itu sangat mulia maka ia dinamakan al-Qadar.
- Dinamakan al-Qadar kerana malam inilah ditentukan qadar apa yang berlaku sepanjang tahun.
- Kerana ibadah pada malam itu sangat besar kadar ganjarannya.
Tanda-Tanda Malam Al-Qadar
Menurut as-Shaikh u'saimain antara tanda-tandanya ialah :
- Pada malam al-qadar cuaca terang daripada malam biasa.
- Pada malam itu jiwa manusia menjadi tenang.
- Pada malam itu dada manusia menjadi lapang.
- Pada malam itu Manusia dapat merasakan keseronokan beribadah berbanding dengan malam-malam lain.
- Angin bertiup dengan nyaman dan tidak ada ribut taufan.
- Matahari terbit waktu pagi dalam keadaaan tidak bersinar,ini kerana ada pendapat mengatakan bahawa ia ditutupi oleh sayap para malaikat yang hendak naik ke langit selepas waktu subuh.
- Ramai orang memberi salam pada malam itu.
- Setengah pendapat menyatakan tiada bunyi salakan anjing pada malam itu.
Kelebihan Malam Al-Qadar
- Malam diturunkan Al-Quran
- Malam yang dipenuhi keberkatan.
- Malam ketentuan ajal dan rezeki.
- Kelebihan beribadah pada malam itu lebih daripada 1000 bulan lain.
- Turunnya para malaikat dari langit dengan kebaikan,kerahmatan,keberkatan dan keampunan.
- Malam dipenuhi keselamatan dan tidak ada keburukan.
- Keampunan bagi mereka yang bangun beribadah.
0 comments:
Post a Comment