Wednesday, September 8, 2010

0
Comments

Hari Raya Aidilfitri


Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu,mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut  itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk  nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.Ini bermakna jika ia disambut diatas landasan agama,maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai satu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadhan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan sahaja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan,malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang,dimana jika dilakukan akan terbatal puasanya.Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'Fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal.Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan ,maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu.Apabila diumumkan hari raya,memulakan malam dengan aktiviti ibadat.Ini seperti memperbanyakkan solat sunat,bertasbih,bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa :

"Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan baikdan ikhlas kerana Allah,maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati,iaitu hari kiamat".

Pada hari raya dimulakan dengan membersihkan diri,bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri dan menghidupkan ukhwah dengan kunjung-mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan.Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dengan menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih-muih yang banyak.

Pada zaman Rasulullah,datang seorang sahabat kepada baginda dengan pakaian serba baru,kata sahabat ini. " Ya Rasulullah,pada tahun ini saya tidapat dapat menyambut Aidilfitri."Lalu Baginda segera bertanya: " Kenapa wahai sahabatku?"Lelaki itu berkata."kerana saya tidak ada baju baru".

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa orang sahabat lain,agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi.Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru.Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru.Lalu digalak,sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran.Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi Islam.Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya.Islam tidak melarang pemberian ini,asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata harapan anak diberi duit raya.Jika sebaliknya,maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu.Misalnya,dikatakan kedekut,tangkai jering dan bakhil.

Menyentu soal wang pula,satu kewajipan perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah Zakat Fitrah.Wang Zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya,miskin,fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebut tadi,pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.Kedatangan Syawal sepatutnya mengnsafkan Muslimin mahupun Muslimat disebalik kemenangan serta kejayaan dalam sambutan Aidilfitri dan sepatutnya kita tidak melupakan tuntutan agama...

Sumber maklumat : Sepaku.net

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment