Friday, December 17, 2010

0
Comments

20 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara yang menyeronokkan.Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.Dibawah ini terdapat 20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar.Tidak dapat dinafikan terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri.Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain.Semoga Umat Islam akan terus mengungguli dunia,InsyaALLAH.

Antaranya perkara jangan dilakukan ialah:

    1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
    2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
    3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
    4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
    5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup  (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
    6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan
    7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat
    8. Jangan  pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
    9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
    10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
    11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
    12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
    13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.Hilang bahagia. 
    14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
    15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
    16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
    17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 
    18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
    19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanaya.
    20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.
    Saya berpesan untuk diri saya dan rakan-rakan seagama dengan saya,sama-samalah kita upgrade iman serta amalan diri kita sendiri  untuk dibawa mengadap YANG MAHA ESA kelak.InsyaALLAH...Wassalam dari Anokganu

    SELAMAT BERAMAL






                        0 comments:

                        :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

                        Post a Comment