Dari satu bulan ke satu bulan,berakhir sudah bulan zulhijjah,dimana bulan ini,seluruh umat Islam mengerjakan haji di Kota Suci Mekah,menyusur kembali bulan pertama Islam iaitu Muharram.SALAM MAAL HIJRAH 1432 Masihi buat seluruh umat Islam dari Anokganu.Bulan pertama Islam dikaitkan dengan banyak peristiwa yang berlaku.Diantara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.
Peristiwa ini disambut pada setiap tahun apabila tiba bulan Muharaam dengan pelbagai program bagi mengingati semula peristiwa agung ini disamping mengambil pengajaran daripadanya.Hijrah pada bahasa ialah berpindah.Pada istilah ialah perpindahan Rasulullah S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah.Peristiwa ini telah berlaku pada tahun ke-13,baginda dilantik menjadi Rasul.
Dalam konteks hari ini, hijrah bermaksud berubah kepada sikap yang lebih positif, peningkatan ilmu pengetahuan, penguasaan ekonomi di kalangan umat Islam, penguasaan sains dan teknologi serta memperbaiki pandangan bukan islam terhadap islam.
Apa yang dapat kita lihat pada hari ini,perubahan zaman berlaku,jahiliah kembali!,Oh tidak!!!,.banyak gejala-gejala kurang sihat berleluasa di kalangan masyarakat kita sebagai contohnya buang anak,berzina,jenayah dan banyak lagi.Sampai bilakah keadaan ini akan berleluasa??,dimana perhatian orang-orang lebih bertanggungjawab??,adakah mereka mati akal untuk menyelesaikan masalah sebegini.
Jan tak nak kupas panjang lebar dalam hal-hal sebegini,khuatir membahayakan diri sendiri..hee..tapi sebenarnya hati tak terdetik pun nak melarikan diri dalam hal ini,kerana diri ini dahaga dengan KeIslaman,Keadilan dan Kebenaran untuk sebuah Negara berkepimpinan Islam.Ok stop jan!..hee..Rakan-rakan boleh lihat dengan mata sendiri keadaan sebenar dunia sekarang yer..
Berbalik pada Maal Hijrah,kita disunatkan membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah(Hari ini) selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.
Rakan-rakan dihormati boleh lihat doa di sini : Doa
Doa pelbagai pun tak mengaper,asalkah hati suci kita terniat untuk hijrah diri,doa apa-apa pun,kerana ALLAH ITU MAHA PENDENGAR
Antara amalan sunat pada bulan Muharram ialah:
- Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (Puasa Tasua')
- Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (Puasa Asyura)
- Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
- Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
- Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
- Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
- Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
- Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya.
Sampai disini sahaja untuk artikel jan,jan nak update pun tak sempat,kerja kat pejabat banyak...huhu..mane jan sempat post,jan post la yerr...K..Wassalam
SELAMAT BERAMAL
0 comments:
Post a Comment