Friday, December 31, 2010

0
Comments

2011 : Lembaran Baru Semua Orang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan serta pengunjung blog Anokganu.Disini jan ingin memohon maaf,jika ada kesilapan atau kesalahan dalam penghasilan entri-entri yang tidak sepatutnya.Mana entri-entri yang mendatangkan kebaikan untuk korang semua,manfaatkanlah ia,jika tiada kebaikan,abaikan ia begitu sahaja.Jika ingin memberi kata-kata nasihat serta tunjuk ajar kepada tuan blog ini,saya dengan senang hati terima segala ajaran dari semua orang.

Manusia ini tidak sempurna,ada pembimbing bersamanya,maka berilmu la dia,jika tiada,jalan yang salah akan menimpanya,begitu juga dengan saya.Alhamdulillah...Allah itu Maha Adil.Allah menjadikan manusia begitu sempurna berbanding dengan makhluk-Nya yang lain.Banyak anugerah yang telah diberikan-Nya,tetapi ramai manusia disalah gunakannya.Akal merupakan anugerah bernilai dalam diri manusia.Jika akal dikawal dengan baik,maka jawapannya baiklah seseorang itu.Tetapi manusia pada zaman sekarang banyak menyalahgunakan anugerah yang bernilai ini kearah kejahatan.Hanya segelintir sahaja yang tahu erti anugerah yang diberikan-Nya.

Apa yang dapat kita lihat suka duka tahun 2010 yang bakal meninggalkan kita ini,banyak perkara-perkara yang tidak baik berlaku daripada baiknya.Contohnya : Pembuangan anak,pembunuhan,perculikan,rogol,rompakan,penceraian dan banyak lagi.Yang baiknya tidaklah begitu menonjol dalam tahun 2010 ini.Dalam soal perlaksanaan hukum dan undang-undang dalam negara,jan tidak mahu perkatakan,jan hanya sebagai orang awam hanya melaksanakan apa yang sepatutnya sahaja dan perintah-Nya laksanakan sebaiknya.

Apa yang berlaku didepan mata kita,perlulah kita tegah,jika tidak terdaya dalam hati kita,boleh kita benci perkara itu.Gunakan segala anugerah yang diberikan-Nya sebaik-baiknya.Janganlah kita abaikan suruhan-Nya meskipun kita sibuk dengan pekerjaan kita bina.InsyaALLAH...

Jadilah 2011 ini lembaran baru buat semua orang.Marilah sama-sama kita berdoa untuk diri kita sendiri supaya menjadi seorang insan yang dimuliakan oleh-Nya.

"BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH"

Sama-samalah kita menutup tirai tahun 2010 ini sebagai kenangan suka duka pihat manis bersama keluarga,saudara-mara serta rakan-rakan.Jadikan 2011 pula sebagai nadi baru untuk anda semua kembali bernafas.Pasang semua azam2 yang kita ingin laksanakan,jika 2010 masih tak terlaksana,lakukan ia untuk 2011 yang akan tiba.

Itu sahaja dari Anokganu sempena Menyambut Tahun Baru 2011.

Anokganu mengucapkan

"SELAMAT TAHUN BARU 2011 UNTUK SELURUH DUNIA"

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment