Thursday, April 7, 2011

1
Comments

Seminar Pengedar Baru HR Marketing



DAFTAR SEKARANG!!!

Seminar Pengedar Baru HR Marketing Sdn Bhd akan diadakan pada 9hb April 2011 bertempat di Ibu Pejabat Ustaz Muhammad Nadzarudin Abd Wahab jalan pasir panjang bersebelahan Sek.Keb.Pasir Panjang,Kuala Terengganu,Terengganu.

Ayuh!!!..Pakat ghi ramai-ramai...Peluang hanya datang sekali..Jika ada pertanyaan boleh hubungi kami..

Sekian dari Anokganu...

Friday, March 25, 2011

1
Comments

Program Penempatan Pekerjaan


KUALA TERENGGANU, 16 Mac (Bernama) — Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu akan mengadakan Program Penempatan Pekerjaan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) pada 26 dan 27 Mac ini.Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan Negeri Terengganu Mat Sulaiman Mat Salleh berkata 40 buah agensi kerja atau majikan dari seluruh negara akan menyertai program itu yang akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Golongan sasar program itu ialah pencari kerja terdiri daripada belia dan beliawanis dan kira-kira 1,200 golongan miskin yang tersenarai dalam e-kasih di Terengganu, katanya kepada Bernama Rabu.
Mereka yang berminat untuk mencari kerja bolehlah datang menghadiri temuduga terbuka dengan membawa kad pengenalan,sijil kelayakan,berpakaian kemas dan sopan.
Sumber Maklumat : BERNAMA
Pendaftaran Online

Antara agenda-agenda dalam Program Penempatan Pekerjaan ialah :
1. Bengkel
2. Ceramah
3. Pameran dan Kuiz Kerjaya
4. Pendaftaran Online
5. Temuduga Terbuka
6. Penempatan Pekerjaan
REBUTLAH PELUANG INI!!!

Tuesday, March 22, 2011

1
Comments

Selamat Dimakamkan

KUALA TERENGGANU - Bonda Yang di-Pertuan Agong, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah yang mangkat pagi Isnin selamat dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang, di sini petang ini.

Almarhum, 78, yang pernah dilantik Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu 1979 selamat dimakamkan kira-kira 5 petang bersebelahan dengan makam almarhum suaminya Sultan Mahmud Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
Tengku Ampuan Bariah yang merupakan bonda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mangkat kira-kira pukul 1.22 pagi tadi di Hospital Pakar Seri Kota, Klang, Selangor.

Jenazah almarhum diterbangkan dari Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang dengan pesawat C130 TUDM kira-kira 10.45 pagi ini dengan turut diiringi oleh Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta tiga orang anakanda baginda.

(Gambar - Tuanku Mizan Zainal Abidin menyirami pusara bonda baginda, Al-Marhum Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah)

Jenazah yang tiba kira-kira pukul 11.50 pagi kemudiannya dibawa dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diiringi kerabat diraja serta pembesar negeri dari lapangan terbang itu ke Istana Maziah.

Jenazah almarhum diletakkan di Balai Istiadat di Istana Maziah bagi memberi peluang kepada kerabat diraja, pembesar negeri, para tetamu dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir hampir sejam dari 2.05 petang, dengan didahului oleh Tuanku Mizan dan kerabat baginda.

Raja Perempuan Perlis Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Tengku Puan Pahang Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan kerabat-kerabat diraja Selangor, Johor, Kedah dan Negeri Sembilan antara kerabat yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada almarhum.

Solat jenazah kemudian dilangsungkan di Istana Maziah sebelum jenazah almarhum dibawa menaiki tandu khas untuk dibawa ke Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah.

Tandu khas itu melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Tok Lam, Jalan Sultan Sulaiman dengan diiringi pembawa payung dan tombak yang terdiri daripada lima pegawai serta 64 anggota lain-lain pangkat daripada Rejimen Ke-18 Askar Melayu Diraja sejauh empat kilometer sebelum tiba ke tempat pemakaman.

Tuanku Mizan dan anakanda baginda Tengku Muhammad Mua'az, kerabat-kerabat diraja serta pembesar negeri turut berjalan kaki mengiringi jenazah almarhum.

Istiadat pemakaman itu disaksikan Tuanku Mizan, Tuanku Nur Zahirah, kerabat-kerabat diraja serta rakyat 
jelata.

Sumber Maklumat : Bernama

Saturday, February 5, 2011

1
Comments

Maher Zain-Insha Allah(Versi Melayu)

 

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
 
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Saturday, January 29, 2011

1
Comments

Ahli HiGOAT : Hati-Hati Dengan Produk Tiruan

SEREMBAN 28 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertindak menyerbu sebuah premis di Seremban Jaya di sini hari ini kerana disyaki menjual produk susu kambing tiruan jenama HIGOAT.Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dijalankan oleh sepasukan anggota penguat kuasa dari Putrajaya dan turut disertai oleh wakil syarikat HR Marketing Sdn. Bhd., yang merupakan pengeluar produk kesihatan tersebut.



Menurut wakil pengadu, Mohd. Al Bakhtiar Ahmad, dalam serbuan tersebut, sebanyak 40 kotak HIGOAT yang dipercayai tiruan dirampas.

Katanya, serbuan berkenaan dijalankan selepas syarikatnya mengesan ada pihak cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk tiruan terbabit.
''Ketika serbuan dilakukan pemilik premis berkenaan mendakwa dia tidak tahu bahawa produk itu adalah tiruan kerana dia mendapatkan bekalan daripada pengedar lain.
''Apabila diperiksa kita dapati produk yang terdapat di premisnya adalah tiruan dan kesemua produk berkenaan dirampas,"jelasnya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.
Beliau menambah, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mengesan kehadiran produk tiruan di pasaran sejak beberapa bulan lalu.

''Kita sudah enam bulan menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan selepas berjaya mengesan produk tiruan ini, kita membuat aduan kepada KPDNKK.
''Kita bimbang sekiranya produk tiruan ini dibiarkan berleluasa ia boleh memberi kesan kepada pengguna kerana kita tidak tahu apakah kandungan yang mereka gunakan," ujarnya.
Tambahnya, serbuan tersebut turut dilancarkan serentak di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.

Ujarnya, para pengguna minuman kesihatan berkenaan dinasihatkan membeli produk tersebut dengan pengedar dan stokis yang sah bagi mengelak terbeli produk tiruan


Sumber Maklumat : Utusan Malaysia