Alia terus sahaja berborak didalam komputer. Kadang-kadang dengan budak Mesir, Cairo,Pakistan, Kaherah, Budak tahfiz dan juga kolej Islam tempatan.
Sememangnya chatting adalah salah satu yang sangat popular dalam internet. Sebab itu Alia tidak melepaskan peluang untuk menggunakan sepenuhnya CC yang berdekatan dengan tempatnya belajar, Biasanya channel surau menjadi pilihannya. Alia adalah seorang pelajar tahun 4 di UPM, berumur 21 tahun dan mengambil jurusan network engineering. Dia juga seorang pelajar yang mempunyai kefahaman Islam yang mendalam dan cemerlang dalam pelajarannya.
Dapat aje budak dari Timur Tengah atau popular dengan nama ardhu khinanah, maka mulalah Alia mengeluarkan butir-butir kata yang selalu didengar atau didapatinya dari usrah, ceramah ataupun tazkirah disurau di universitinya. Persis seorang ustazah. Selalunya Alia akan menggunakan nick Raudahtul Jannah kerana Alia mengharapkan chatting itu akan dapat dimanfaatkan untuk menjadi tempat mencari ilmu yakni majlis ilmu.Bukankah ada sabda hadrat Rasulullah S.A.W kepada para Sahabat R.A bahawa majlis ilmu itu adalah salah satu taman di Syurga.Jadi sebab itulah Alia menggunakan nick Raudahtul Jannah yang bermaksud taman di Syurga.ramai juga yang mendapat alamat email Alia. Ada yang memang minta dan ada juga yang sengaja diberi oleh Alia. Mudah-mudahan mereka boleh memberi nasihat atau tazkirah kepadanya melalui email.Dan kemudian bolehlah Alia menyampaikan apa yang diperolehinya melalui emailnya kepada anak2 usrahnya sesuai dgn hadis hadrat Nabi saw mafhumnya : Sampaikan dariku walau sepotong ayat... Penuhlah ruang emailnya dengan email dari pelajar2 dari Al-Azhar, Yaman, Pakistan, Sudan, dan dari Malaysia sendiri. Semuanya pelajar bidang agama dan beberapanya adalah dari sekolah tahfiz dan seorang pelajar Shoubra di Mesir yang mana disitu adalah tempat pelajar yang menghafal Quran.
Arif Alimun yang berasal dari Selangor adalah satu-satunya pelajar Shoubra yang turut memberi respon kepada email Alia. Berumur 25 tahun dan alhamdulillah telah menghafal 30 juzuk dari Al-Quran. Kesopanan bahasa Alia yang berbentuk nasihat dalam emailnya telah mendorong Arif Alimun untuk meluahkan rasa hatinya terhadap Alia. Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan bagi Alia untuk menulis dalam bentuk motivasi dan nasihat kerana dia adalah salah seorang naqibah di Universitinya.
Alia amat bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki seperti yang selalu didoakannya selama ini setiap kali selepas solat. Lelaki yang berilmu , beriman, beramal dan melibatkan diri dalam gerakan jemaah Islam agar dapat membimbing dirinya agar menjadi wanita solehah dan istiqamah sebagai sayap kiri perjuangan. Mudah-mudahan dia memperolehi kejayaan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Lebih menggembirakan Arif Alimun adalah seorang Al-Hafiz Quran.Tidak sudah-sudah Alia membuat sujud syukur.
Apakah kesudahannya selepas Alia tidak putus-putus membuat sujud syukur..????
Tekan Read More..Rakan-rakan akan tahu kesudahannya......heee
