Wednesday, September 29, 2010

0
Comments

Skuad Reds 2010/2011

Skuad Liverpool 2010/2011
Puas jan mencari gambar skuad kesayangan jan nie Liverpool FC yang terbaru...Akhirnya jumpa jua..hehe..Kepada rakan-rakan dari kelab yang sama dengan jan teringin jadikan gambar ini sebagai wallpaper pada laptop atau komputer,jan benarkan copy....x kisah..Leh ambik simpan gambar ini sebagai tanda anda semua setia pada Liverpool FC....YNWA!

Song YNWA !
Wallpaper YNWA beserta lirik pun jan jumpa gak...hehe..so sesiapa yang nak copy..jan benarkan..leh letak sebagai wallpaper  kat laptop atau komputer.

You'll Never Walk Alone!!!

Tuesday, September 21, 2010

0
Comments

Red Devil VS The Reds



(Red Devil)  3 - 2   ( The Reds)
Kekalahan kali kedua buat team kesayangan ku ini..Tak kisah la apa orang nak kata tentang team kesayangan aku ini.Yang penting skuad Uncle Roy berbalas 2 goal dari pemain kesayangan penyokong the reds..brother steven gerrad kita...Semua berpunca dari El Nino Fernando Torres kita,yang asyik diterjah pemain lawan...kalu tak kerana itu mungkin reds pulang dengan tangan kosong...Mungkin ramai kecewa dengan corak permainan yang dipamerkan oleh liverpool pada malam tadi...banyak kesalahan-kesalahan yang dapat dilihat yang dilakukan pemain reds.

Untuk goal pertama dari berbatov tu..asal torres sekat berbatok macam tu..hangin tol aku!...goal seterusnya pun camtu...ramai kenalan ku cakap reds banyak bertahan...tapi tengok..bertahan punya pasal..semua pertahanan nampak tak menjadi...dah tahu berbatok tu asyik gilerr goal..jaga la betul-betul..Ini main acuh tak acuh je...bahagian tengah dah ok...joe cole dah ok..mireless pun dah ok..konchesky dh ok..cuma ada kelalaian sedikit..dah ada nampak sedikit keserasian dari pemain...

Tapi bagi aku..tak bermakna kekalahan itu akan berterusan hingga musim terakhir..aku tak berapa kecewa sangat dengan kekalahan ini kerana skuad ini baru dikendalikan jurulatih baru dan pemain baru pun ramai dan penaja pun baru..ramai geng2 dah beli baju liverpool yang baru..Jan aje tak beli ag..huhu..insyaALLAH.belum ada rezeki lebih lagi..so keserasian pun susah nak terbentuk lagi dalam skuad ini...kejayaan reds sekarang semua sokongan peminat di sana serta di Malaysia...Diharapkan perlawanan seterusnya akan memberikan impak yang lebih baik buat skuad Uncle Roy ini..

Peminat liverpool berharap Uncle Roy dapat perbaiki keadaan skuadnya...kami penyokong, menyokong penuh Uncle Roy menerajui skuad yang terhebat ini...


Kegembiraan hanya seketika ( Goal ke-2 dari Gerrad)

You'll Never Walk Alone Forever!!!

Monday, September 20, 2010

0
Comments

Sejarah Perlombongan Bijih Besi


Assalamualaikum....selamat sejahtera buat rakan-rakan yang selalu melawati blog jan yang tak seberapa ini...Jan ingin kongsi pe aktiviti yang jan lakukan pada 18.9.2010(sabtu)baru-baru ini...Jan dan sepupu jan p bukit besi untuk lawati tempat perlombongan bijih besi di Bukit Besi..lagi pun tempat asal mak kami kat situ....Tambahan pulak saudara-mara pun ramai gak situ..kami bertolak hampir jam 12pm...Sampai sana lebih kurang 1.20pm.,sampai sana,kami berehat,makan minum,berbual dengan saudara-mara..Lepas asar baru kami bertolak ke lombong bijih besi..Kami berempat menaiki motor...lagi pun tempat tu kurang sesuai untuk menggunakan kereta...Tak banyak tempat kami berempat pergi coz kesuntukan masa.

Thursday, September 16, 2010

0
Comments

Selamat Menyambut Hari Malaysia


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya,Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 Spetember  pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah  sempena hari keputeraan Yang DiPertua Negeri.Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenjung Malaysia.Mulai tahun 2010,Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Sumber Maklumat - Wikipedia

1Malaysia.....Mekaseh Datuk Najib..(Perdana Menteri Malaysia ke-6)
0
Comments

Majlis Perkahwinan Sepupuku



Syawal yang ke-6 ( 15 September 2010) Majlis Perkahwinan sepupuku diadakan di Kampung Seberang Bukit Tumbuh (jan sebelah darat..tp die sebelah sungai...kira dekat je laa..hehe)...Jam 7.25 pagi jan gerak pergi rumah dia...Sampai sana je..terus de kerja..ramai pengarah kt sana..x terikut jan dibuatnya..sini de keje situ de kerja...alik2..jan pandai-pandai la atur sendiri....ikut pengarah-pengarah kat mcm2 tu je laa...Macam-macam aktiviti jan sertai,basuh beras,kupas bawang lada pun de(tugas perempuan nie..hmm..buat je laa dh pengarah suh buat..hahaha)...jan asyik turun naik je ambik barang kt sebelah..umah sepupu rapat2 je umah atuk ngn umah dia...cni de barang tu..sana de barang tu..fuuhh!!..agak letih la jugak mesin nie berjalan(jan)...banyak yang kne aturkan..menu-menu seme..jam 10.30 baru letak menu-menu seme kt tempat makan minum..kira ok la coz mula majlis walimatulurus tu jan 11 pagi...ok laa kan...

Wednesday, September 8, 2010

0
Comments

Hari Raya Aidilfitri


Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu,mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut  itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk  nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Friday, September 3, 2010

0
Comments

Lailatul Qadar dan Tanda-Tandanya



Sesungguhnya Allah s.w.t telah memuliakan Umat Muhammad dengan pelbagai keistimewaan di antaranya Allah mengutuskan seorang Rasul untuk seluruh alam yang bersamanya Allah turunkan kitab Al-Quran sebagai petunjuk.Allah s.w.t yang telah kurniakan kepada Umat Nabi Muhammad dengan Malam al-Qadar yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu yang mana ibadah ini lebih baik daripada seribu bulan lain iaitu lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.

Sebab-sebab Dinamakan Malam al-Qadar ialah :

  1. Al-Qadar bermaksud mulia,oleh kerana malam itu sangat mulia maka ia dinamakan al-Qadar.
  2. Dinamakan al-Qadar kerana malam inilah ditentukan qadar apa yang berlaku sepanjang tahun.
  3. Kerana ibadah pada malam itu sangat besar kadar ganjarannya.