Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

1
Comments

11 Golongan Ahli Neraka



Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang  berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz,umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

     1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.Ini adalah kerana
       mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

     2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
       melengah-lengahkan solat lima waktu.

     3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
       dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

     4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
       berdusta.

     5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
       mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

     6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
       balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

    7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
       darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
       kebenaran.

     8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
       kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
       sebelum bertaubat.

     9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
       Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

    10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
       menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
       ibu bapanya.

    11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
       bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
       kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

      
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

    12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
       titian Mustaqim pantas seperti kilat.
        Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta 
        mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Sama-sama berdoa supaya kita terhindar dari 11 golongan ahli Neraka..Dan perbanyakkan berdoa,supaya kita tergolong dalam golongan ahli yang ke-12 .....Aaamin...

Monday, December 20, 2010

0
Comments

Keluasan Neraka Amat Dahsyat

Contoh : Api dunia


Untuk dikongsi,betapa kasihnya Rasulullah s.a.w kepada umatnya....

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail,jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit,nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.

Jahannam itu sangat dalam .Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."!

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya,Jahannam itu sangat dalam bersabda: "Ya Jibrail,sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian Nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanam!

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam 
pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159


" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."



Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wassalam...

Friday, December 17, 2010

0
Comments

20 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara yang menyeronokkan.Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.Dibawah ini terdapat 20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar.Tidak dapat dinafikan terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri.Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain.Semoga Umat Islam akan terus mengungguli dunia,InsyaALLAH.

Antaranya perkara jangan dilakukan ialah:

    1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
    2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
    3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
    4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
    5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup  (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
    6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan
    7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat
    8. Jangan  pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
    9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
    10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
    11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
    12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
    13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.Hilang bahagia. 
    14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
    15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
    16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
    17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 
    18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
    19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanaya.
    20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.
    Saya berpesan untuk diri saya dan rakan-rakan seagama dengan saya,sama-samalah kita upgrade iman serta amalan diri kita sendiri  untuk dibawa mengadap YANG MAHA ESA kelak.InsyaALLAH...Wassalam dari Anokganu

    SELAMAT BERAMAL






                        Friday, November 19, 2010

                        0
                        Comments

                        10 orang yang solatnya tidak diterima Allah SWT



                        Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 

                        “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

                        Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud:
                        “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

                        1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

                        2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

                        3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

                        Wednesday, November 10, 2010

                        0
                        Comments

                        MALAIKAT MAUT Tetamu Yang Kerap Berkunjung

                        Firman Allah Taala yang bermaksud: 

                        "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." 
                        (Surah Al-A'raf: ayat 34)

                        BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. 

                        Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. 

                        Tuesday, November 2, 2010

                        0
                        Comments

                        5 Perkara Elok-Elok Disebut

                        Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:  

                        1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 

                        Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
                             
                        2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. 

                        Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.