Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

0
Comments

Susu Kambing : HiGOAT


"Utamakan Kesihatan Anda"

Anokganu nak kongsi dengan rakan-rakan berkenaan dengan satu produk keluaran HR Marketing Sdn Bhd iaitu susu kambing HiGOAT.Susu kambing merupakan susu kedua terbaik selepas susu ibu kita.Apa yang dapat diperkatakan tentang susu,kita sering membayangkan susu lembu,walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiatnya jika dibandingkan dengan susu lembu.Dari proses penghadaman,susu kambing lebih mudah dihadam kerana molekul lemaknya lebih kecil.

Jika dilihat dari segi khasiatnya,susu kambing tidak kalah dengan susu lembu.Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu ini adalah disalah tafsir ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan "panas".Hakikatnya,susu kambing sebenarnya berfungsi mengstabilkan tekanan darah,jantung dan banyak lagi.

Berapa peratus kaum muslimin seluruh dunia tahu akan manfaat susu kambing?

Tuesday, December 14, 2010

0
Comments

Madu Asli Tualang



Minda cerdas??..Badan sihat?? InsyaALLAH..ketahui la khasiat 
Madu Lebah Tualang




Jan ingin kongsi dengan rakan-rakan mengenai apa itu madu tualang dan khasiat disebaliknya.Sebenarnya macam ini,sumber ini jan dapat ketahui melalui seorang bekas instructor di tempat jan study dulu kala nya..(macam dah bertahun aje tinggal study..heee)yang sekarang ini buat kerja sambilan memprodukkan barangan  kesihatan iaitu Madu Lebah Tualang.Alhamdulillah katanya,produk kesihatan ini mendapat sambutan ramai di kalangan masyarakat kita.So jan fikir bermanfaat gak jan kongsi dengan rakan-rakan internet kan??..InsyaALLAH,ada rezeki nanti jan juga ingin mencubanya.

Anda pula bagaimana???.

Kita haruslah mengutamakan kesihatan kita,ikhtiar sebaik mungkin untuk mencegah segala penyakit,insyaALLAH dengan keizinan-NYA sembuh,Tapi ingattt..jangan lebihkan kepercayaan terhadap Ubatan daripada YANG MAHA KUASA..jatuh ke syirik nanti..HIDUP MATI semua itu kerja ALLAH S.W.T belaka...

Ingin ketahui dengan lebih lanjut mengenai Madu Lebah Tualang
Meh baca sama-sama dengan Jan....

Saturday, November 13, 2010

0
Comments

Kurang Air Punca Pelbagai Penyakit

MINUM air yang mencukupi sangat penting bagi menjana kesihatan yang baik.Lazimnya badan kita memerlukan lebih kurang 60 hingga 70 peratus air. Ini kerana darah adalah dalam bentuk cecair, begitu juga dengan otot, paru-paru dan otak juga banyak mengandungi air.
Air diperlukan di dalam tubuh manusia untuk menyelaraskan suhu badan selain membekalkan nutrien kepada organ tubuh, membawa oksigen kepada sel, membuang bahan toksid serta memberi perlindungan kepada sendi dan organ anda.Secara tidak disedari, seseorang kehilangan air dengan banyak dari tubuhnya menerusi kencing, pernafasan dan berpeluh. Bagi mereka yang aktif bersukan, kadar kehilangan air lebih banyak berbanding dengan mereka yang tidak aktif.Penggemar kopi juga perlu minum lebih banyak air kerana kandungan kafein dalam kopi mempercepatkan anda kehilangan lebih banyak air daripada badan melalui proses kencing yang kerap.
 
Tubuh yang kekurangan air boleh mengakibatkan kesakitan sendi dan otot yang kronik, kesakitan pada bahagian bawah belakang, sakit kepala dan kehausan. Air kencing anda juga berbau kuat, amat kuning atau keperangan yang menandakan anda mengalami hidrasi. Air perlu diganti lebih awal sebelum anda sendiri berasa kehausan.Kadar terbaik jumlah pengambilan air yang diperlukan adalah mengikut berat badan anda dan dibahagikan dua. Hasilnya anda mengetahui jumlah auns air yang diperlukan oleh tubuh anda sehari.Contohnya jika berat badan anda ialah 160 paun, anda hendaklah minum sekurang-kurangnya 80 auns air sehari. Jika anda melakukan aktiviti senaman, anda hendaklah menambah lebih lapan auns air pada setiap 20 minit ketika bersenam.Jika anda berada dalam kapal terbang, langkah terbaik ialah meminum lapan auns air bagi setiap jam anda berada dalam pesawat itu.Begitu juga jika anda tinggal di kawasan panas dan kering anda perlu manambah dua auns lagi sehari dan ini bermakna keperluan harian air bagi tubuh anda boleh berganda dengan banyak mengikut persekitaran anda ketika itu.
 
Bukan semua air datangnya daripada yang diminum secara langsung tetapi kira-kira 20 peratus air juga datangnya daripada makanan yang dimakan setiap hari. Oleh itu minum air bermineral adalah yang terbaik kepada kesihatan berbanding dengan mengambil minuman ringan yang mengandungi gula dan berkalori tinggi.
Meminum teh herba yang tidak bersifat diuretik juga elok begitu juga dengan jus buah yang mengandungi vitamin dan nutrien. Minuman yang mengandungi elektrolit juga berfaedah tetapi awasilah kandungan gula dan kalorinya.Bagi mereka yang liat minum air, mungkin anda boleh menambahkan hirisan lemon, limau nipis bagi memberi kelainan rasa kepada air minuman anda itu.


Sumber : Bharian,Oleh Habsah Dinin

Tuesday, November 9, 2010

1
Comments

Punca Terjadi Resdung



Terdapat beberapa faktor dan penyakit lain yang dipercayai boleh mengakibatkan seseorang menghidap resdung. Antaranya yang utama ialah :-

1) Jangkitan Kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti "polyps" dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung.

2) Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

3) Selain daripada itu, kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi. 

4) Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

GEJALA DAN KOMPLIKASI PENYAKIT RESDUNG : Antara tanda awal penyakit resdung adalah hidung kerap tersumbat, bersin dan berhingus terutamanya pada waktu pagi dan berbau busuk. Ada sesetengah pesakit yang mengadu mereka tidak dapat merasakan apa-apa bau sekalipun. Selain itu pesakit resdung juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutamanya ketika tunduk atau sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Apabila seseorang mengidap resdung dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera, radang pada ruang-ruang udara (sinus) ini boleh merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Apabila radang ini merebak ke mata, keadaan ini boleh mengakibatkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan menjadi kabur dan ada kalanya mata menjadi buta. Di samping itu radang ini boleh merebak ke tekak, ke selaput otak (mengakibatkan meningitis) dan ke otak menyebabkan otak bernanah (intracranial abscess). Malah penyakit resdung yang tidak dirawat boleh mengakibatkan maut. 

Ramai yang terkena penyakit sebegini kan???..,so kena lah buat rawatan,jaga permakanan..Resdung sensitif pada makanan laut,contohnya udang,sotong,ketam dan lain-lain lagi.Jan sendiri pun ada,kena la berpantang makanan laut..huhuhuu..nak jaga kesihatan punyer pasal..hehe...kadang2 tu,makan jugak,hhee...tapi kena beringat -ingat la yang kita ini ada penyakit...Yang memberikan penyakit dan menyembuhkannya adalah semua kerja ALLAH S.W.T.Yang penting kita semua kena la utamakan kesihatan untuk sihat sepanjang hayat...

Sunday, October 31, 2010

0
Comments

Biji Aprikot / Vitamin B17 / Lateril


Biji Aprikot

Sejak beratus tahun yang lampau para penyelidik telah menemui kaedah melawan penyakit kanser dengan mengkaji khasiat herba dan biji benih.Mereka menamakan unsur tersebut sebagai vitamin B17 dan lateril.Vitamin B17 terkandung didalam kebanyakan biji benih seperti biji apel ,anggur,buah pair,cherri dan biji aprikot.Dan mereka juga mendapati setakat ini biji apprikot mengandungi jumlah vitamin B17 yag tertinggi di dunia.

Berikut adalah cara mengambil B17 seperti yang disyorkan oleh pakar.
Jika anda belum mengidap kanser anda tentunya ingin menghindari sel kanser dari tubuh anda.Kunyah 7 atau 10 biji aparikot setiap hari.Mulakan dengan satu atau dua biji sehari dan tambah jumlahnya secara berangsur angsur.Jika anda telah pun mempunyai sel kanser yang sedang membiak,anda sebenarnya memerlukan Vitamin B17 yang telah diekstrak dalam bentuk cecair yag dikenalisebagai LATERIL.Tubuh anda perlu disuntik dengan sekurang-kurangnya 9 gram literil setiap hari selama sekurag kurangnya 21 hari.

Disamping anda perlu mengunyah 6 biji aprikot setiap jam.Biji aprikot perlu diambil dalam kuantiti yang rendah dahulu sekurang kurangnya 2 biji dan seterusnya menambah jumlahnya sehingga mencapai 6 biji setiap jam.Atau anda boleh juga menelan 18 Biji  B17 dalam bentuk pil 500mg sehari dan mengunyah 6 butir biji aprikot.Mengambil nenas sebagai suppliment adalah digalakkan kerana enzim pada buah nenas menjadi pemangkin kepada keberkesanan itamin B17.Disamping itu anda digalakkan mengambil mengambil dos yang rendah vitamin c iaitu lebih kurang 500 – 1000mg dan seterusnya ke 10000 ke 25000mg sehari.

Memulakan pengambilan dosage yang rendah dahulu adalah penting untuk tubuh anda dari mengalami simpton- simpton keracunan seperti pening kepala,cirit berit dan kekeringgan.Dengan memulakan dengan dos yang redah,anda sebenarnya menyahkan toksid dalam badan supaya anda tidak mengalami symptom-simpton diatas.Sekiranya anda telah menjalani rawatan kimo terapi atau rawatan laser yang memusnahkan sistem pertahan badan anda perlu mendapatkan produk AHCC (Active Hexose Correlated Compound) untuk membina semula sistem pertahanan badan bagi membantu melawan pembiakkan sel kanser yang baru sementara vitamin B17 memusnahkan sel kanser yang lama.

Sunday, August 1, 2010

0
Comments

Jamu Pil Delima

 Delima
Assalamualaikum..hai kawan-kawan..terima kasih kepada mereka yang selalu mengunjungi laman blog jan nie.Pada hari ini jan ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja mengenai satu jamu pil Delima..Dengan seikhlas hati jan gtaw,jamu pil ini mempunyai kelebihannya tersendiri.Jamu pil ini sesuai untuk sesiapa yang sakit urat,sakit dalam sendi,lenguh sendi tulang,sakit lutut,sakit pinggang,lenguh kebas kaki tangan dan ia dirumus khas buat sesiapa yang berpenyakit penat dan lelah(asma).