Tengok pada tajuk,mesti rakan-rakan fikir sal orang yang disayangi..cinta..heee..kan??..tapi sebaliknya bagi anokganu,baru-baru ini,anokganu memberanikan diri membuka casing laptop.Sebab sebelum ini,pernah buka bahagian hard disk,tanggalkan hard disk,time nak pasang balik,skru casing jatuh kat tapak hard disk,tambahan pulak ada lubang kawasan tapak tuu..so apa lagi,jatuh la skru kecik tuu dalam laptop..hadoii laa..hampir 2 bulan anokganu membiarkan si kecik tuu terperak kat dalam laptop..dah setahun laptop ini berada di tangan anokganu..
Bila difikir balik,amat berbahaya jika berada atau jatuh di bahagian motherboard,silap hari,out la jawabnya sayangku ini..huhuhu...dengan keberanian tanggal 26hb..heee..apa lagi,tanggal satu persatu...
Jom terjah gambar-gambar laptop yang kena bogel..heee
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung serta rakan-rakan yang dihormati...terima kasih sudi lagi menjenguk blog anokganu..Maaf,kerana kesibukan kerja,siang dan malam..anokganu ingin kongsi dengan rakan-rakan sekalian.
Baru-baru ini anokganu menghadiri kursus SULB ke-5 yang dianjurkan oleh HR Marketing bahagian pemasaran barangan berasaskan susu kambing bertempat di Demong Resort Besut,Terengganu selama 3 hari 2 malam pada 21,22dan 23.SULB ialah Seminar Usahawan Luar Biasa.seminar ini dilatih oleh Jutawan HR iaitu DD Amruz Suhairi Bin Abd Majid.Seramai 100 Usahawan HR menghadiri seminar ini.
Alhamdulillah,selama 3 hari 2 malam ini,banyak input yang bermanfaat sehinggakan hati anokganu terdetik "rasa tak mau balik,bestt nak dengar seminar ini".Antara ringkasan yang dapat dikongsi dengan rakan - rakan,seminar ini bertujuan untuk melahirkan ramai jutawan mukmin lagi beriman.Keagamaan dan kerohanian dititikberatkan dalam seminar ini.
Gambar-gambar tak sempat nak ambik..,jadual padat,tapi amat berkesan untuk semua yang hadir..amat luar biasa seminar ini..Ramai dikalangan orang-orang yang berusia yang menghadiri seminar ini,segelintir sahaja golongan muda,termasuk anokganu..heee...
Kata DD Amruz : "Setiap perkara berlaku dalam dunia ini adalah ajaib,Setiap hari berlaku keajaiban,Benda ajaib jangan dipertikaikan"
Banyak lagi yang diperkatakan oleh Jutawan ini,dan ditambah lagi dengan bakal-bakal jutawan seperti Ustaz Nazaruddin,Salahuddin dan lain-lagi..Mereka ini semuanya berjaya dan hebat..Mereka adalah mentor kami dalam perniagaan MLM kami.
Sebelum ini anokganu ada menceritakan tentang HiGOAT.Perniagaan ini yang anokganu jalankan sekarang,sehinggakan tiada masa nak update blog.Ini merupakan ilmu baru yang dapat anokganu pelajari.Rasa seronok nak jalankan perniagaan sendiri dan bekerja untuk diri sendiri.Tahu penat dan lelah demi mencari rezeki yang Allah berikan melimpah ruah kepada hamba-NYA..ALLAH ITU MAHA PEMBERI...MAHA PENYAYANG lagi MAHA PENGASIHANI.
Nak ketahui lebih lanjut,rakan-rakan boleh la join kami dalam HR Marketing,daftar ahli hanya RM50 sahaja,dan rakan-rakan akan dapat menikmati sekotak susu kambing dan 1 kit,perlaksanaan sistem HR disusuli dengan produk-produk berasaskan susu kambing.
Alhamdulillah,selama anokganu sertai HR ini,hasil dapat dilihat..penggunaan sistem Online..semua orang dapat lihat..sesiapa dapat nikmati bonusnya..pokok pangkalnya " RAJIN dan BUAT AJE"..pasti berjaya
Gambar-gambar yang sempat diambik :
Pasti Jutawan Muda HR
Kenalan Usahawan HR
Jutawan HR Marketing
Lagu tema Seminar ini : Jom nyanyi "Lagu Matahari" dari Kumpulan Nasyid Snada
dan satu lagi lagu dari WALI BAND bertajuk " TUHAN"
Menitis air mata bila mendengar nyanyi ini,hayati la rakan-rakan dengan penuh perasaan..
Itu sahaja entri anokganu,sama-sama lah perbetulkan diri masing-masing,sebelum kita berjumpa dengan-NYA....
K..wassalam dari Anokganu..Mekaseh rakan-rakan sekalian...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan...awal pagi jumaat,penghulu segala hari semalam 19 Muharram tepat jam 9.30 pagi,surau kampung jan telah mengadakan satu program bubur asyura.Surau Haji Adam di kampung jan boleh dikatakan tiba aje bulan Islam pertama iaitu Muharram,Ajk2 surau akan mengadakan program sebegini,bagi mengeratkan lagi silaturahim diantara satu sama lain,mungkin di tempat rakan-rakan juga begitu..
Alhamdulillah.....Alhamdulillah...Alhamdulillah...program ini berjalan dengan lancar,pada malam jumaat tu,boleh dikatakan lebat jugak la hujan turun,esokkan paginya,kami dapat melaksanakan program ini dengan jayanya..Thank You ALLLAH...
Bubur Ayura disediakan dengan 3 perisa iaitu,ikan,ayam dan daging...Penat jugak laa melayan bubur asyura nie,tak menjadi masalah laa ekk..asalkan dapat eratkan hubungan silaturahim dengan orang2 sekeliling kita,tambahan pulak jan dapat jumpa dengan rakan kenalan lama..sambil2 godak bubur berbual laa dengan rakan..macam2 la story hal masing2..Alhamdulillah,seagama,sebangsa,seumur...dah nak kawen rupenya rakan jan niee..kira2 bulan 4 tahun depan ni,dengan keizinan-NYA berlangsung pernikahan dia niee...(aku bilee ag niee..heee..insyaALLAH).
Kata Ustaz Azhar,tak salah kita nak main game,hanya game yang dibenarkan syarok sahaja..contoh macam PES 2011..ekeke...If belajar main daun terup kat laptop tu berdosa kecik,kategori judi kecik,sebab kita mempelajari benda yang dilarang dalam Islam,Berjudi!!.
Malam tadi jan pergi beli PES 2011..sebab PES cun la dia nya grafik..jauh berbeza dengan FIFA..(Maaf kepada yang main game FIFA),dah puas main PES 2010,layan lak yang terbaru..hee..,tapi macam hampeh aje...xde team kesayangan YNWA!!!..geram tol!..banyak kekurangan..hadoii laa...nak kena cari patch edit pes 2011 pulak...derita la otak aku jawabnya nak mencari benda alah nie...huhuhu...
Yang video jan paparkan nie tip top laa....:D
Rakan-rakan lak main games ape PES or Fifa??..heee
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang x putus2 mengunjungi blog simple nie..hee...lama jan x update blog..sibuk aje memanjang,banyak kerja2 pejabat perlu diselesaikan..Ini pagi de peluang ckit nak citer..hee..Alhamdulillah...Jam 8.40 mlm,selamat kembali ke tanah air pada malam tadi,jan ngn keluarga menyambut kepulangan mak cik dan pak cik sedara jan pulang dari tanah suci untuk jemaah haji yang ke-2 pulang ke Malaysia...Alhamdulillah ketibaan mereka disambut dengan anak2 mereka,anak2 sedara,adik2 beradik mereka...
Akhirnya sepupuku diijab qabulkan pada 30 september 2010..Keesokkannya majlis perkahwinan diadakan..,Jan tak dapat nak kongsi sangat kebahagian ini..Jan sedih coz parents tak dapat join,tiba-tiba je hari 29hb.9,ayah dimasukan ke hospital..hati dan perasaan hanya Maha Kuasa sahaja mengetahuinya..Walau apa pun,Jan pergi juga raikan majlis perkahwinan ini bersama dengan adik yang ke-5 jan dan sepupu jan(along)..huhu...walaupun perjalanan kami tidak selesa dengan keadaan pengangkutan yang kami gunakan tidak begitu baik..,Alhamdulillah,akhirnya kami berjaya juga sampai di Dungun,dimana Majlis Perkahwinan berlangsung..,sempat jugak la jan ambik gambar-gambar untuk dilihat parents jan...gambar pun biasa aje..maklum la kamera hp 3.2Mgpxl aje..Video pun ada la jugak,tapi jan tak post la kt blog coz video tak begitu jelas...huhuhu....Jan dan Keluarga mendoakan kebahagian untuk kak Ain dan abg Lan...
agar kekal abadi hubungan suci ini,amai damai yang berkekalan di alam rumahtangga mereka,sihat walafiat,dimurahkan rezeki dan dilanjutkan dengan mendapat zuriat yang soleh solehah serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.di akhirat kelak "
Assalamualaikum....selamat sejahtera buat rakan-rakan yang selalu melawati blog jan yang tak seberapa ini...Jan ingin kongsi pe aktiviti yang jan lakukan pada 18.9.2010(sabtu)baru-baru ini...Jan dan sepupu jan p bukit besi untuk lawati tempat perlombongan bijih besi di Bukit Besi..lagi pun tempat asal mak kami kat situ....Tambahan pulak saudara-mara pun ramai gak situ..kami bertolak hampir jam 12pm...Sampai sana lebih kurang 1.20pm.,sampai sana,kami berehat,makan minum,berbual dengan saudara-mara..Lepas asar baru kami bertolak ke lombong bijih besi..Kami berempat menaiki motor...lagi pun tempat tu kurang sesuai untuk menggunakan kereta...Tak banyak tempat kami berempat pergi coz kesuntukan masa.
Syawal yang ke-6 ( 15 September 2010) Majlis Perkahwinan sepupuku diadakan di Kampung Seberang Bukit Tumbuh (jan sebelah darat..tp die sebelah sungai...kira dekat je laa..hehe)...Jam 7.25 pagi jan gerak pergi rumah dia...Sampai sana je..terus de kerja..ramai pengarah kt sana..x terikut jan dibuatnya..sini de keje situ de kerja...alik2..jan pandai-pandai la atur sendiri....ikut pengarah-pengarah kat mcm2 tu je laa...Macam-macam aktiviti jan sertai,basuh beras,kupas bawang lada pun de(tugas perempuan nie..hmm..buat je laa dh pengarah suh buat..hahaha)...jan asyik turun naik je ambik barang kt sebelah..umah sepupu rapat2 je umah atuk ngn umah dia...cni de barang tu..sana de barang tu..fuuhh!!..agak letih la jugak mesin nie berjalan(jan)...banyak yang kne aturkan..menu-menu seme..jam 10.30 baru letak menu-menu seme kt tempat makan minum..kira ok la coz mula majlis walimatulurus tu jan 11 pagi...ok laa kan...
Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang mengenali jan serta pengunjung blog nie..mm...hari nie jan p kursus ag..kursus sal SLDN plak..mm..ganti bos jugak...tp kali ni kursusnyer lain...separuh hari aje dari kul 8pg hingga kul 1.30ptg...bertempat di Dewan ILP Kuala Terengganu...peserta yang datang ramai la jugak..dari pelbagai syarikat...kursus nie lebih kepada konsep latihan dan persijilan...anjuran jabatan pembangunan kemahiran(JPK)..de kait la dengan jan jugak dalam kursus nie....ada 4 taklimat yang disampaikan..3 taklimat sahaja yang jan suka dengar..yang paling best dengar taklimat pen.pengarah JPK..memang best sangat..yang satu ag ntah ape-ape yang dirapunyer kat depan.....peserta ramai naik bosan...jan buat tak tahu je la..jan kenal siapa yang merapu kat depan...biar jan yang seorang je yang knal ekkk.hehe...
Assalamualaikum...salam sejahtera kawan-kawan yang mengenali diri jan serta pengunjung-pengunjung blog..Jan ingin kongsi dengan anda semua hari terakhir bulan julai ni,pe yang jan buat pada hari itu...mmm...jan dan keluarga menghadiri satu majlis pertunangan sepupu jan di Dungun,Terengganu...sebelum pergi ke sana..bermacam masalah yang berlaku pada kami sekeluarga pada pagi 31 julai itu...dipendekkan cerita,tepat jam 12.20 pm baru kami bertolak,.Perjalanan kami memakan masa 1 jam lebih sahaja..lebih kurang 80km dari Kuala Terengganu ke Dungun...
Assalamualaikum....hai kawan-kawan...pe khabar?..mmm..jan ada story kt kawan-kawan pasal jan pergi kursus usahawan baru-baru nie..2 hari je 26-27hb...mmm..xde kena-mengena dengan jan sebenarnya kursus nie...jan just ganti tempat bos sahaja coz bos pergi ke Kuala Lumpur ada hal kerja yang perlu diselesaikan disana...Tepat jam 9.20pagi..bos telefon melalui hp..ngah syok-syok baca paper tentang sukan sambil-sambil tunggu tetamu facebook...hik3...dia call suruh p Hotel Permai Inn kat kawasan kuala terengganu jer...dia minta jan ganti tempat dia kursus...so jan x cakap banyak laa..terus je pergi sana dengan kapcai jan....
Pada malam 2 Julai jam 9 malam aku dengan sepupu-sepupu ku buat la BBQ bertempat di rumah sepupuku..dekat aje dari umahku..Saje-saje je..time dapat gaji masing-masing...hehe..Buat la alaa kadar aje santai-santai kita orang...Tambahan pulak malam tu suku akhir piala dunia 2010 antara Belanda VS Brazil..