Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

0
Comments

Wanita Oh Wanita

Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannyawalaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

Monday, November 1, 2010

0
Comments

Tidak Perlu Macho Tapi Gentleman



Rakan-rakan yang dihormati,jom dengar kawan saya berceloteh..hehee...

Saya selalu dengar kata-kata dari seorang lelaki, “aku perlu jadi macho jika mahu memikat si dia” Saya yang mendengar hanya tergelak perlahan dalam hati cukup menyampah.Saya mula terfikir seorang lelaki perlu menjadi macho jika mahu memikat seorang perempuan ke? Tapi saya tidak mahu lelaki macho tetapi saya mahukan lelaki yang gentleman. Tanyalah perempuan-perempuan yang kamu kenali, mereka mesti sependapat dengan saya. Kebanyakkan mereka kata, lelaki macho selalu perasan kacak dan ego. Dan kebanyakkan lelaki yang mahu menjadi macho akan memakai t-shirt ketat kemudian disarung dengan jaket hitam berkilat agar susuk badan mereka yang tegap menjadi perhatian si gadis. Oh ye ke? saya tak akan pandang lelaki yang macam itu dan  saya akan terfikir, mungkin t-shirt ketat tu dia pinjam dari adik lelaki yang masih bersekolah rendah.Oh tidak! tatkala saya melihat seorang lelaki sanggup menyembur minyak wangi ke dalam mulut semata-mata mahu menjadi macho. Bukan apa takut si dia terbau mulut yang busuk  Alahai, takkanlah tak berus gigi kot?Bila fikir balik, ada jugak lelaki yang tidak tahu menggunakan minyak wangi.Kelakar sungguh Kaum Adam ini ya! Agak-agaknya, krim rambut dijadikan krim muka sebagai pelembap.

Friday, October 29, 2010

0
Comments

Insan




Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Thursday, October 28, 2010

0
Comments

Hati


Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.

Sunday, July 25, 2010

0
Comments

Apa yang membuatkan kaum Adam berusaha mendekati kaum Hawa?

Wajah yang rupawan dan senyuman yang manis adalah tarikkan yang ulung bagi setiap wanita. Walau bagaimana pun keperibadian yang luhur yang menarik seorang lelaki ingin menjadikan seorang wanita itu sebagai teman setianya.Kaum Hawa yang bersopan santun amat disukai kaum Adam.