Tuesday, November 30, 2010

1
Comments

PC Tools Internet Security 2011

Assalamualaikum rakan-rakan yang dihormati..,mmm..jan nk kongsi la pasal perisian PC Tools Internet Security nie..Jan guna perisian nie pada laptop jan,setakat nie xde masalah..tempoh untuk 1 tahun..1.11.2011 baru tamat..hee...selagi tempoh masa berjalan,leh la guna yer..perisian ni bagus dari segi kesan virus,spyware,malware..cuma penggunaannya menjadikan laptop or komputer kita lambat ckit...x byak pun..

Bagi jan x de pe sgt..if rakan-rakan yang lain cuba perisian ni x berapa elok,x pasti laa pulak.jan pakai ok aje..,bergantung pada diri masing-masing untuk menilai perisian ni,bagi jan ia bergantung gak pada perfomance laptop or komputer tu..,yang penting asalkan laptop selamat dari pelbagai ancaman bahaya...ke guane my prenss???..heee..,rakan-rakan leh baca artikel dengan  lebih terperinci tentang perisian ini disini Info
0
Comments

Syukur Selamat Kembali Ke Tanah Air

Menunggu Ketibaan Jemaah Haji


Assalamualaikum  dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang x putus2 mengunjungi blog simple nie..hee...lama jan x update blog..sibuk aje memanjang,banyak kerja2 pejabat perlu diselesaikan..Ini pagi de peluang ckit nak citer..hee..Alhamdulillah...Jam 8.40 mlm,selamat kembali ke tanah air pada malam tadi,jan ngn keluarga menyambut kepulangan mak cik dan pak cik sedara jan pulang dari tanah suci untuk jemaah haji yang ke-2 pulang ke Malaysia...Alhamdulillah ketibaan mereka disambut dengan anak2 mereka,anak2 sedara,adik2 beradik mereka...

Thursday, November 25, 2010

2
Comments

Firefox 4 Beta

Siap2 nk fly nie..nk p lebih jauhh ag...

Sekejap je ekk perkembangan IT..dari satu hari ke satu hari..tengok sekarang dah ada Firefox 4 Beta 7,rasa baru ag firefox 3.6 nie..Jan baru terjumpa perisian nie...mungkin rakan yang lain dah mencubanya..if belum,leh la guna yer..kelebihannya firefox nie menambah kuasa javascript baru,grafik yang pantas,cantik la die nyer designnyer..ia juga berkeupayaan 3D tanpa plug-in dengan WebGL..Firefox nie yang membawa grafik 3D kepada firefox dengan WebGL..

Ia juga boleh membaikpulih form HTML.Firefox 4 Beta ini betul-betul cepat..Di sini perbandingan beta terbaru dengan Firefox 3.6 dan versi-versi terdahulu Firefox 4 Beta pada suite pengujian tanda aras JavaScript yang pelbagai:




Rakan-rakan try aje la yerr...if tengok pada teori mcm nie mmg semenyer baik.,secara amalinyer x taw ag....kita pakat try ramai-ramai yerr..pastu if de masalah kakah lembek ni,komen aje yerr...heee..

Cni rakan-rakan leh muat turun yerr...free aje,jan x cas nyer...heee..

Download Firefox 4 Beta 7

SELAMAT MENCUBA

Monday, November 22, 2010

0
Comments

Pingat PERAK untuk Skuad Badminton Negara di Sukan Asia Guangzhou 2010


Tahniah buat skuad negara kita meraih pingat  PERAK dalam sukan badminton di Guangzhou 2010.Kita patut berbangga dengan kejayaan mereka sehingga ke FINAL..,bukannya suku akhir tau..Mereka sedaya upaya bermain di gelanggang,tapi nasib tidak menyebelahi mereka untuk meraih pingat EMAS..Walauapa pun syaabas jan nak ucapkan..tapi kan,dalam game tadi yang 1 dunia saksikan pertembungan antara Pemain No 1 dunia dengan Jaguh Dunia 3 kali,nampak kelainan corak permainan yang dipamerkan,syaabas datuk dapat heret Lin Dan ke Game ke-3,kalu Datuk Chong Wei menang lawan dengan Lin Dan tadi..Alamaknya 1Malaysia cuti..heee..tapi nasib tak menyebelahi Datuk Lee Chong Wei..tak mengaper Datuk..Mungkin kesakitan belakang terasa,itu yang Datuk simpan SMASH MAUT Datuk..Pe pun Datuk Idola Sukan Badminton Jan..Sampaikan Jan xde selera nak makan,disebabkan kekalahan Datuk...huuhuhu..Harap Datuk dapat bangkit kembali dengan prestasi sebenar seorang pemain No 1 Dunia...

Beregu badminton pun hebat jugak..KKKeat dan TBHeong sekadar Perak juga..tak mengaper,Next game buat yang terbaik,umur masih muda..heee...Beregu Negara kita pun beregu No 1 dunia..Yang penting semangat lawan tetap ada pada beregu ini...Jan bangga...

Masa akan menentukan segala-galanya.Perubahan akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dalam dunia Sukan Badminton Negara kita..InsyaALLAH pelapis-pelapis badminton kita akan menerajui sukan  badminton lebih daripada itu pada masa akan datang...insyaALLAH...
 
SYAABAS!!!

Majulah Sukan untuk Negara kita........

Sunday, November 21, 2010

3
Comments

Masalah Mozilla Firefox

Pernahkah anda mengalami masalah sebegini pada Mozilla Firefox ???


Rajah 1

Senang je nak atasi masalah sebegini...ini semua kerja sistem komputer kerja kita aje...insyaALLAH..mana sy tahu,sy cuba kongsikan untuk bab komputer ini...okk...macam nie caranya....

0
Comments

Radja - Terus Terang

Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Karena tak ada yang tahu
Arti cinta sesungguhnya

[*]
Cinta datang dari Tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karena aku manusia
Yang pastinya butuh cinta

[**]
Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan

[***]
Hanya kamu yang aku sayang
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan perpisahan

Back to [*][**][***] 2x

Perpisahan..
Cinta datang dari Tuhan






Best gak layan lagu Radja yang baru nie..heee

Friday, November 19, 2010

0
Comments

10 orang yang solatnya tidak diterima Allah SWT



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 

“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud:
“10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

0
Comments

Maher Zain - For The Rest Of My Life


 
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
 
Chorus:

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
 
*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally 
Repeat Chorus

I know that deep in my heart..



Lagu nie dedikasi untuk si isteri or org yg dsygi,Jom nyanyi sama2 dengan Maher Zain....hee

Monday, November 15, 2010

0
Comments

Ayat Al-Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Saturday, November 13, 2010

2
Comments

Stoke City VS Liverpool


Perlawanan ke 13 dan minggu ke 13 dalam Liga perdana, setakat ini kedudukan Liverpool berada di tangga ke 9 dalam carta Liga perdana. Dan pada minggu ini sekali lagi Liverpool akan turun bermain di gelanggang lawan iaitu Britannia Stadium dimana ia merupakan gelanggang rasmi bagi pasukan Stoke City.

Pada perlawanan lepas Liverpool hanya seri 1-1 dengan Wigan, maka pada perlawanan ini boleh dikatakan sebagai perlawanan yang wajib menang. Seperti yang telah ditugaskan oleh pengurus Liverpool iaitu Roy Hodgson, perlawanan ini sememangnya penting untuk menentukan kedudukan Liverpool dalam tangga Liga.

Dengan keadaan kebanyakkan pemain utama masih bergelut untuk kembali cergas, dijangka Roy Hodgson akan menggunakan pemain yang sama semasa menentang wigan dan Chelsea. Diharapkan juga seluruh pasukan bermain dengan aksi yang terbaik untuk membolehkan Liverpool mengejar dan mendaki tangga Liga.

Mengikut rekod sebelum ini kali terakhir Liverpool menentang Stoke City iaitu pada 16/1/10 pada ketika itu The reds hanya seri dengan jaringan 1-1. Dan pastinya squad bimbingan Roy tidak mahu mengulangi keputusan sebegini.

Mengikut rekod perlawanan dalam musim ini, sebenarnya The Potters sememangnya pasukan yang tidak mudah dikalahkan apabila pasukan ini bermain di tempat sendiri, pada minggu lepas The Potters berjaya menumpaskan Birmingham City.

Walaupun, begitu rekod hanya untuk sendaran sahaja, tetapi yang penting pada perlawanan berlangsung, diharapkan Liverpool akan bermain dengan terbaik dan sekaligus mendapat kemenangan yang ke 5 dalam bagi musim ini. YNWA.

Barisan kemungkinan:

Liverpool: Reina, Kelly, Carragher, Skrtel, Konchelsky, Lucas, Gerrard, Jovanovic,Maxi,Kuyt, Torres


Penyokong mengharap kemenangan Liverpool pada pagi esok,bagi menduduki tangga 5/6 liga...


You'll Never Walk Alone!
0
Comments

Kurang Air Punca Pelbagai Penyakit

MINUM air yang mencukupi sangat penting bagi menjana kesihatan yang baik.Lazimnya badan kita memerlukan lebih kurang 60 hingga 70 peratus air. Ini kerana darah adalah dalam bentuk cecair, begitu juga dengan otot, paru-paru dan otak juga banyak mengandungi air.
Air diperlukan di dalam tubuh manusia untuk menyelaraskan suhu badan selain membekalkan nutrien kepada organ tubuh, membawa oksigen kepada sel, membuang bahan toksid serta memberi perlindungan kepada sendi dan organ anda.Secara tidak disedari, seseorang kehilangan air dengan banyak dari tubuhnya menerusi kencing, pernafasan dan berpeluh. Bagi mereka yang aktif bersukan, kadar kehilangan air lebih banyak berbanding dengan mereka yang tidak aktif.Penggemar kopi juga perlu minum lebih banyak air kerana kandungan kafein dalam kopi mempercepatkan anda kehilangan lebih banyak air daripada badan melalui proses kencing yang kerap.
 
Tubuh yang kekurangan air boleh mengakibatkan kesakitan sendi dan otot yang kronik, kesakitan pada bahagian bawah belakang, sakit kepala dan kehausan. Air kencing anda juga berbau kuat, amat kuning atau keperangan yang menandakan anda mengalami hidrasi. Air perlu diganti lebih awal sebelum anda sendiri berasa kehausan.Kadar terbaik jumlah pengambilan air yang diperlukan adalah mengikut berat badan anda dan dibahagikan dua. Hasilnya anda mengetahui jumlah auns air yang diperlukan oleh tubuh anda sehari.Contohnya jika berat badan anda ialah 160 paun, anda hendaklah minum sekurang-kurangnya 80 auns air sehari. Jika anda melakukan aktiviti senaman, anda hendaklah menambah lebih lapan auns air pada setiap 20 minit ketika bersenam.Jika anda berada dalam kapal terbang, langkah terbaik ialah meminum lapan auns air bagi setiap jam anda berada dalam pesawat itu.Begitu juga jika anda tinggal di kawasan panas dan kering anda perlu manambah dua auns lagi sehari dan ini bermakna keperluan harian air bagi tubuh anda boleh berganda dengan banyak mengikut persekitaran anda ketika itu.
 
Bukan semua air datangnya daripada yang diminum secara langsung tetapi kira-kira 20 peratus air juga datangnya daripada makanan yang dimakan setiap hari. Oleh itu minum air bermineral adalah yang terbaik kepada kesihatan berbanding dengan mengambil minuman ringan yang mengandungi gula dan berkalori tinggi.
Meminum teh herba yang tidak bersifat diuretik juga elok begitu juga dengan jus buah yang mengandungi vitamin dan nutrien. Minuman yang mengandungi elektrolit juga berfaedah tetapi awasilah kandungan gula dan kalorinya.Bagi mereka yang liat minum air, mungkin anda boleh menambahkan hirisan lemon, limau nipis bagi memberi kelainan rasa kepada air minuman anda itu.


Sumber : Bharian,Oleh Habsah Dinin

Wednesday, November 10, 2010

0
Comments

Wigan VS Liverpool


Untuk minggu ke 12, Pada awal pagi esok sekali lagi Liverpool akan turun beraksi dalam perlawanan dalam Liga perdana untuk bertandang ke The DW Stadium dimana, Liverpool akan beraksi menentang wigan. Pada perlawanan sebelum ini, seperti yang semua tahu dimana The Reds telah berjaya membuat kebangkitan yang terbaik dalam musim ini apabila berjaya mengalahkan pendahulu liga iaitu Chelsea. Namun pada perlawanan menentang Wigan ini, dinasihatkan bahawa semua seluruh pasukan perlu melupakan kegembiraan iniuntuk sementara. Hal ini adalah disebabkan kerana jika melihat pada kedudukan Liverpool dalam tangga Liga, pada zahirnya kita belum cukup selamat dan benar berada dikedudukan yang teguh.

Mengikut rekod sebelum ini Head 2 Head, pada kali terakhir Livepool bermain di The DW Stadium, Liverpool tewas dengan jaringan 0-1. Dan dalam lima perlawanan terakhir kedua pasukan Liverpool sememangnya mempunyai kelebihan dengan( 2 menang, 2 seri dan 1) kalah. Tapi harus diingatkan bahawa dalam 2 kemenangan tersebut Liverpool hanya menang dengan jaringan 1 gol sahaja. Ini membuktikan bahawa Wigan Athletic a.k.a Latics sememangnya bukan pasukan yang mudah dikalahkan.

Diharapkan semangat pasukan semasa menewaskan Chelsea akan meresap dalam diri pemain dan sekaligus membolehkan Liverpool menang pada perlawanan ini. Dan jika menang pada perlawanan malam ini, dijangka Liverpool akan naik tingkat tangga liga sekurang-kurangnya ke tangga ke 7.

Pada perlawanan ini juga menyaksikan sekali lagi squad kendalian Roy Hodgson ini, akan turun tanpa pemain seperti J. Cole, G. Johnson dan Kyrgiakos yang masih bergelut untuk kembali cergas.

Menurut Roy Hodgson juga yang dipetik daripada Goal.com yang mengatakan….

“dua perlawanan yang akan datang adalah pertunjukkan sebenar kebangkitan Liverpool dan akan menentukan arah tuju Liverpool dalam musim ini”



Barisan jangkaan Liverpool:

Reina, Kelly, Carragher, Skrtel, Konchelsky, Lucas, Gerrard, Meireles , Maxi,Kuyt, Torres


Diharap permain-pemain reds dapat menunjukkan prestasi yang baik dalam game ini bagi melangkah tangga ke-6/7.Penyokong Liverpool sentiasa menyokong..Kami mengharap kemenangan anda disana nanti....

You'll Never Walk Alone!
0
Comments

Perlancaran Proton INSPIRA

MODEL PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini
PROTON mampu penuhi semua tempahan, kurangkan masa menunggu

PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini mencatat prestasi luar jangkaan dari segi tempahan dengan purata lebih 100 unit sehari, justeru meneruskan kecemerlangan prestasi jualan model keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON) sebelumnya seperti Saga dan Exora. 

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata sehingga semalam, model dita-warkan dengan tiga versi iaitu 1.8 liter dengan transmisi manual lima kelajuan; 1.8 liter dengan transmisi CVT; dan 2.0 liter dengan transmisi CVT itu, sudah mencatatkan jumlah tempahan keseluruhan 1,800 unit sejak ia dibuka pada 14 Oktober lalu.
“Sambutan terhadap Inspira melampaui jangkaan dan amat memberangsangkan. Ini adalah petanda baik menjelang pelancaran rasminya esok (hari ini).

“PROTON yakin dapat memenuhi semua tempahan dan pada masa sama komited mengurangkan jangka masa menunggu bagi model itu,” katanya selepas sesi pandu uji eksklusif model berkenaan bersama Berita Harian di Putrajaya semalam.


0
Comments

Cinta Siti Khadijah R.A & Rasulullah S.A.W

Rumah Siti Khadijah R.A & Rasulullah S.A.W


Siapakah khadijah?

Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.Ramai pemuda Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kawin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya.Bermimpi melihat matahari turun ke rumahnya.Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya merata kesemua tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya.Mimpi itu diceritakan kepada sepupunya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.

Waraqah berkata:“Takwil dari mimpimu itu ialah bahawa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman.” “Nabi itu berasal dari negeri mana?” tanya Khadijah bersungguh-sungguh. “Dari kota Makkah ini!” ujar Waraqah singkat. “Dari suku mana?” “Dari suku Quraisy juga.” Khadijah bertanya lebih jauh: “Dari keluarga mana?” “Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat,” kata Waraqah dengan nada menghibur. Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir: “Siapakah nama bakal orang agung itu, hai sepupuku?” Orang tua itu mempertegas: “Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!”Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah senantiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.
0
Comments

MALAIKAT MAUT Tetamu Yang Kerap Berkunjung

Firman Allah Taala yang bermaksud: 

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." 
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. 

Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. 

Tuesday, November 9, 2010

0
Comments

PC & PHONE FAIR 2010


Kekanan kekiri dengan motor kapcai pinjam..hehe..ayah jan punyer..,dalam perjalanan pulang ke rumah dari kuliah Ustaz Azhar Idrus,jan terpandanglah banner kat bahu jalan,ada PC & PHONE fair rupanya esok kat Terengganu Trade Centre(TTC).Berlangsung untuk 4 hari sahaja.

                          Tarikh : 10 -13 November 2010
                          Masa  :  9 pagi -10 malam



JOM PAKAT GI RAMAI-RAMAI....
1
Comments

Punca Terjadi Resdung



Terdapat beberapa faktor dan penyakit lain yang dipercayai boleh mengakibatkan seseorang menghidap resdung. Antaranya yang utama ialah :-

1) Jangkitan Kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti "polyps" dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung.

2) Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

3) Selain daripada itu, kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi. 

4) Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

GEJALA DAN KOMPLIKASI PENYAKIT RESDUNG : Antara tanda awal penyakit resdung adalah hidung kerap tersumbat, bersin dan berhingus terutamanya pada waktu pagi dan berbau busuk. Ada sesetengah pesakit yang mengadu mereka tidak dapat merasakan apa-apa bau sekalipun. Selain itu pesakit resdung juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutamanya ketika tunduk atau sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Apabila seseorang mengidap resdung dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera, radang pada ruang-ruang udara (sinus) ini boleh merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Apabila radang ini merebak ke mata, keadaan ini boleh mengakibatkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan menjadi kabur dan ada kalanya mata menjadi buta. Di samping itu radang ini boleh merebak ke tekak, ke selaput otak (mengakibatkan meningitis) dan ke otak menyebabkan otak bernanah (intracranial abscess). Malah penyakit resdung yang tidak dirawat boleh mengakibatkan maut. 

Ramai yang terkena penyakit sebegini kan???..,so kena lah buat rawatan,jaga permakanan..Resdung sensitif pada makanan laut,contohnya udang,sotong,ketam dan lain-lain lagi.Jan sendiri pun ada,kena la berpantang makanan laut..huhuhuu..nak jaga kesihatan punyer pasal..hehe...kadang2 tu,makan jugak,hhee...tapi kena beringat -ingat la yang kita ini ada penyakit...Yang memberikan penyakit dan menyembuhkannya adalah semua kerja ALLAH S.W.T.Yang penting kita semua kena la utamakan kesihatan untuk sihat sepanjang hayat...

Monday, November 8, 2010

0
Comments

ST 12 - KebesaranMu



Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milikmu
Mencintaimu sejati

Ku penuh sayang penuh dosa
Berharap ampunanmu
Lihat dilangit kesempurnaan hadirmu
Kau cinta pertama dalam hidup
Allah Huakbar Maha Besar
Memujamu begitu indah
Selalu kau berikan semua
Kebesaranmu Tuhan

Allah Huakbar Maha Besar
Memujamu begitu indah
Selalu kau berikan semua
Kebesaranmu Tuhan

Allah Huakbar Maha Besar
Memujamu begitu indah
Selalu kau berikan semua
Kebesaranmu Tuhan

Allah Huakbar Maha Besar
Memujamu begitu indah
Selalu kau berikan semua
Kebesaranmu Tuhan

Kebesaranmu Tuhan…


Mmm...Lagu ini membesarkan Allah...bagus didengari...lagunya slooww aje..bunyi mendayu-dayu je..silap time,leh tertidoo gak...heee..Lagu ini untuk OST Cinta dan Anugerah yang disiarkan jam 5.30 petang hingga 6.30 petang pada hari isnin hingga jumaat di kaca tv9.Jan layann aje citer Indonesia ini....Jom nyanyi sama2...heheee...
0
Comments

Keajaiban berlaku di Anfield

Liverpool VS Chelsea
Fernando Torres 

Akhirnya skuad Singa tertewas di Anfield...Yeahh!!!...YNWA TORRES!..Setinggi2 tahniah skuad Uncle Roy..Strategi yang menjadi,permainan yang cantik yang dipamerkan oleh setiap pemain reds...Kemenangan yang amat berharga buat penyokong Liverpool seluruh dunia..Kemenangan yang berturut-turut ini memberikan satu semangat baru buat pemain dan penyokong yang sentiasa dibelakang skuad Uncle Roy...Liverpool menduduki tangga ke-9 liga,sesuai dengan nombor yang dipakai torres 9,tambahan pulak dia yang jaringkan 2 goal....tip top ar Torres...hee..so sekarang Liverpool terpaksa berkongsi mata dengan Bolton,Tottenham dan Sunderland..Kedudukan yang baik,jika kemenangan ini berterusan,akan membuahkan hasil yang cemerlang bagi menduduki tempat yang ke-4 terbaik untuk melayakkan Reds ke liga-liga juara akan datang..InsyaALLAH....

Sentuhan torres masih berbisa???..Yaa...sentuhan mautt!...sesiapa pun leh tewas..hek3...Wahai gergasi besar?! Manchester United,Manchester City..Skuad korang tunggu la yerr....Kami dah bertandang kt tempat anda..sekarang kami pelawa anda datang ke Anfiled pulak..hee..Datang aje ke Anfield,jangan segan2..Skuad Uncle Roy kasi layanan istimewa nanti...ahaaha!....tak sabar rasanya nak jumpa ekkk...selepas ini Reds akan bertandang di Wigan pulak..Reds!!!..kami ingin kemenangan lagi!..Tunjukkan kehebatan anda dihadapan penyokong!..Sama2 kita saksikan yerr kehebatan Reds....YNWA



You'll Never Walk Alone!

Saturday, November 6, 2010

0
Comments

The Reds VS The Blues

Liverpool VS Chelsea

Pertarungan sengit diantara team kesayangan jan (liverpool) dengan musuh tradisi chelsea..Pertarungan ini akan bertandang di padang Anfield,akan disiar secara langsung Astro Supersport 817 jam 11.00...Kompem jan p tengok kt skrin besar di bandar kuala terengganu...hehee...Sebelum perlawanan ini,untuk dua perlawanan berturut-turut liverpool membawa kemenangan yang berharga buat penyokongnya..Syabas Reds!!!...Sebelum ini aksi reds hambar,dan banyak tak menyenangkan penyokong reds..dan sekarang penyokong reds yakin kemenangan akan berulang apabila bertemu dengan musuh ketat iaitu chelsea...Jan dan yang lain berharap Uncle Roy dapat menyusun strategik yang terbaik bagi menyekat peluang chelsea mengambil mata penuh di Anfield...Jika kemenangan membawa tuah buat skuad Uncle Roy...Ini bermakna liverpool sudah tunjuk paruhnya yang sebenar..ekekeke...Pe pun liverpool yang terbaikk bagi jan...You'll Never Walk Alone..Jan yakin reds dapat atasi blues di Anfield pada malam esok...

Kemungkinan Dirt Kuyt akan diturunkan...Sebelum ini kuyt cedera..tu pasal kurang menyengat..hehee..harap2 kuyt dapat turun dalam kesebelasan utama..YNWA KUYT!!!..dan Tahniah untuk Captain fantastik reds,dapat ledak 3 goal tuu time lawan Napoli untuk Europa Cup...Syabas Gerrard....Jom pakat p tengok ramai2 yerr malam esok...don't forget!!!..

Barisan Kemungkinan:
Pepe Reina,Glen Johnson,Martin Skrtel,Jamie Carragher,Paul Konchesky,Lucas,Steven Gerrard,Maxi Rodriguez,Joe Cole,Fernando Torres,David Ngog


You'll Never Walk Alone!
0
Comments

D'Masiv - Cinta Sampai Disini


Mencoba tuk pahami
mencari celah hatimu
bila harus menangis aku kan menangis
namun air mata ini telah habis

Chorus :

segalanya telah kuberikan
tapi kau tak pernah ada pengertian
mungkin kita harus jalani 

cinta memang cukup sampai di sini
mencoba tuk rasuki
menyentuh palung jiwamu
bila harus mengiba, aku kan mengiba
namun rasa ini telah sampai di ujung lelahku

Chorus :

segalanya telah kuberikan
tapi kau tak pernah ada pengertian
mungkin kita harus jalani
cinta memang cukup sampai di sini


Lagu ini dalam OST sinetron Alisa yang sekarang ditayang dikaca tv3 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 2.00 petang...sinetron Indonesia...faham2 aje la citernyer..kalu tak melarat,tak sah dipanggil citer Indonesia...hehe..1Malaysia kot tengok sinetron ini..Layannn ajee lagunya...jom nyanyi sama2...ahak3

Thursday, November 4, 2010

0
Comments

Dialog Iblis Dengan Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum rakan-rakan serta pengunjung dihormati..Jan ada baca satu kisah mengenai dialog Iblis  dengan Rasulullah S.A.w.Jan ingin kongsi dengan rakan-rakan seagama dengan jan..Kisahnya macam ni......

Makhluk penyesat Manusia (contoh)

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata,
“Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras.”
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia
menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan
berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali
tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),
“Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?”Maka jawab Nabi dengan marah,“Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.  Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?”
Sembah Iblis,

Wednesday, November 3, 2010

0
Comments

Jika Aku Jatuh Cinta


Ya Allah,

jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin,

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,

jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,

jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,

jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,

jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah,

jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu...

....Amin.....
0
Comments

Umat Islam Tak Solat


UMAT ISLAM TAK SOLAT

Lemahnya iman umat Islam..Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya...

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!
0
Comments

UNIC - Anak Soleh



Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

Jom nasyid sama2 dengan jan....heee

Tuesday, November 2, 2010

0
Comments

Faizal Tahir - Selamat Malam

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Cewek2....jom berduet dengan Cowok disini....ekekeke
0
Comments

5 Perkara Elok-Elok Disebut

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:  

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
     
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.