Showing posts with label Generals. Show all posts
Showing posts with label Generals. Show all posts

Friday, March 25, 2011

0
Comments

Program Penempatan Pekerjaan


KUALA TERENGGANU, 16 Mac (Bernama) — Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu akan mengadakan Program Penempatan Pekerjaan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) pada 26 dan 27 Mac ini.Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan Negeri Terengganu Mat Sulaiman Mat Salleh berkata 40 buah agensi kerja atau majikan dari seluruh negara akan menyertai program itu yang akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Golongan sasar program itu ialah pencari kerja terdiri daripada belia dan beliawanis dan kira-kira 1,200 golongan miskin yang tersenarai dalam e-kasih di Terengganu, katanya kepada Bernama Rabu.
Mereka yang berminat untuk mencari kerja bolehlah datang menghadiri temuduga terbuka dengan membawa kad pengenalan,sijil kelayakan,berpakaian kemas dan sopan.
Sumber Maklumat : BERNAMA
Pendaftaran Online

Antara agenda-agenda dalam Program Penempatan Pekerjaan ialah :
1. Bengkel
2. Ceramah
3. Pameran dan Kuiz Kerjaya
4. Pendaftaran Online
5. Temuduga Terbuka
6. Penempatan Pekerjaan
REBUTLAH PELUANG INI!!!

Tuesday, March 22, 2011

0
Comments

Selamat Dimakamkan

KUALA TERENGGANU - Bonda Yang di-Pertuan Agong, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah yang mangkat pagi Isnin selamat dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang, di sini petang ini.

Almarhum, 78, yang pernah dilantik Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu 1979 selamat dimakamkan kira-kira 5 petang bersebelahan dengan makam almarhum suaminya Sultan Mahmud Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
Tengku Ampuan Bariah yang merupakan bonda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mangkat kira-kira pukul 1.22 pagi tadi di Hospital Pakar Seri Kota, Klang, Selangor.

Jenazah almarhum diterbangkan dari Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang dengan pesawat C130 TUDM kira-kira 10.45 pagi ini dengan turut diiringi oleh Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta tiga orang anakanda baginda.

(Gambar - Tuanku Mizan Zainal Abidin menyirami pusara bonda baginda, Al-Marhum Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah)

Jenazah yang tiba kira-kira pukul 11.50 pagi kemudiannya dibawa dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diiringi kerabat diraja serta pembesar negeri dari lapangan terbang itu ke Istana Maziah.

Jenazah almarhum diletakkan di Balai Istiadat di Istana Maziah bagi memberi peluang kepada kerabat diraja, pembesar negeri, para tetamu dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir hampir sejam dari 2.05 petang, dengan didahului oleh Tuanku Mizan dan kerabat baginda.

Raja Perempuan Perlis Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Tengku Puan Pahang Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan kerabat-kerabat diraja Selangor, Johor, Kedah dan Negeri Sembilan antara kerabat yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada almarhum.

Solat jenazah kemudian dilangsungkan di Istana Maziah sebelum jenazah almarhum dibawa menaiki tandu khas untuk dibawa ke Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah.

Tandu khas itu melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Tok Lam, Jalan Sultan Sulaiman dengan diiringi pembawa payung dan tombak yang terdiri daripada lima pegawai serta 64 anggota lain-lain pangkat daripada Rejimen Ke-18 Askar Melayu Diraja sejauh empat kilometer sebelum tiba ke tempat pemakaman.

Tuanku Mizan dan anakanda baginda Tengku Muhammad Mua'az, kerabat-kerabat diraja serta pembesar negeri turut berjalan kaki mengiringi jenazah almarhum.

Istiadat pemakaman itu disaksikan Tuanku Mizan, Tuanku Nur Zahirah, kerabat-kerabat diraja serta rakyat 
jelata.

Sumber Maklumat : Bernama

Saturday, January 29, 2011

0
Comments

Ahli HiGOAT : Hati-Hati Dengan Produk Tiruan

SEREMBAN 28 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertindak menyerbu sebuah premis di Seremban Jaya di sini hari ini kerana disyaki menjual produk susu kambing tiruan jenama HIGOAT.Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dijalankan oleh sepasukan anggota penguat kuasa dari Putrajaya dan turut disertai oleh wakil syarikat HR Marketing Sdn. Bhd., yang merupakan pengeluar produk kesihatan tersebut.



Menurut wakil pengadu, Mohd. Al Bakhtiar Ahmad, dalam serbuan tersebut, sebanyak 40 kotak HIGOAT yang dipercayai tiruan dirampas.

Katanya, serbuan berkenaan dijalankan selepas syarikatnya mengesan ada pihak cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk tiruan terbabit.
''Ketika serbuan dilakukan pemilik premis berkenaan mendakwa dia tidak tahu bahawa produk itu adalah tiruan kerana dia mendapatkan bekalan daripada pengedar lain.
''Apabila diperiksa kita dapati produk yang terdapat di premisnya adalah tiruan dan kesemua produk berkenaan dirampas,"jelasnya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.
Beliau menambah, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mengesan kehadiran produk tiruan di pasaran sejak beberapa bulan lalu.

''Kita sudah enam bulan menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan selepas berjaya mengesan produk tiruan ini, kita membuat aduan kepada KPDNKK.
''Kita bimbang sekiranya produk tiruan ini dibiarkan berleluasa ia boleh memberi kesan kepada pengguna kerana kita tidak tahu apakah kandungan yang mereka gunakan," ujarnya.
Tambahnya, serbuan tersebut turut dilancarkan serentak di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.

Ujarnya, para pengguna minuman kesihatan berkenaan dinasihatkan membeli produk tersebut dengan pengedar dan stokis yang sah bagi mengelak terbeli produk tiruan


Sumber Maklumat : Utusan Malaysia







Thursday, January 13, 2011

3
Comments

Jom Masuk U : Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011



Anokganu ingin kongsi story berkenaan perlaksanaan kerajaan dalam memartabatkan bumi Malaysia ke arah berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,khususnya dalam sektor perindustrian...

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 April 2010 memutuskan bahawa Pusat Pengambilan Setempat bagi kemasukan Kemasukan Ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun 2011.


Ia selaras dengan Dasar Kerajaan untuk mengarus perdanakan Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional serta Latihan Kemahiran telah meningkatkan akses dan ekuiti lepasan sekolah menengah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TEVT dan Kemahiran bagi melahirkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi demi merealisasikan status Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.


Dimaklumkan bahawa terdapat 850 Institusi Latihan Kemahiran yang meliputi 350 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan 500 Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Pembangun Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Friday, December 31, 2010

0
Comments

2011 : Lembaran Baru Semua Orang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan serta pengunjung blog Anokganu.Disini jan ingin memohon maaf,jika ada kesilapan atau kesalahan dalam penghasilan entri-entri yang tidak sepatutnya.Mana entri-entri yang mendatangkan kebaikan untuk korang semua,manfaatkanlah ia,jika tiada kebaikan,abaikan ia begitu sahaja.Jika ingin memberi kata-kata nasihat serta tunjuk ajar kepada tuan blog ini,saya dengan senang hati terima segala ajaran dari semua orang.

Manusia ini tidak sempurna,ada pembimbing bersamanya,maka berilmu la dia,jika tiada,jalan yang salah akan menimpanya,begitu juga dengan saya.Alhamdulillah...Allah itu Maha Adil.Allah menjadikan manusia begitu sempurna berbanding dengan makhluk-Nya yang lain.Banyak anugerah yang telah diberikan-Nya,tetapi ramai manusia disalah gunakannya.Akal merupakan anugerah bernilai dalam diri manusia.Jika akal dikawal dengan baik,maka jawapannya baiklah seseorang itu.Tetapi manusia pada zaman sekarang banyak menyalahgunakan anugerah yang bernilai ini kearah kejahatan.Hanya segelintir sahaja yang tahu erti anugerah yang diberikan-Nya.

Apa yang dapat kita lihat suka duka tahun 2010 yang bakal meninggalkan kita ini,banyak perkara-perkara yang tidak baik berlaku daripada baiknya.Contohnya : Pembuangan anak,pembunuhan,perculikan,rogol,rompakan,penceraian dan banyak lagi.Yang baiknya tidaklah begitu menonjol dalam tahun 2010 ini.Dalam soal perlaksanaan hukum dan undang-undang dalam negara,jan tidak mahu perkatakan,jan hanya sebagai orang awam hanya melaksanakan apa yang sepatutnya sahaja dan perintah-Nya laksanakan sebaiknya.

Apa yang berlaku didepan mata kita,perlulah kita tegah,jika tidak terdaya dalam hati kita,boleh kita benci perkara itu.Gunakan segala anugerah yang diberikan-Nya sebaik-baiknya.Janganlah kita abaikan suruhan-Nya meskipun kita sibuk dengan pekerjaan kita bina.InsyaALLAH...

Jadilah 2011 ini lembaran baru buat semua orang.Marilah sama-sama kita berdoa untuk diri kita sendiri supaya menjadi seorang insan yang dimuliakan oleh-Nya.

"BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH"

Sama-samalah kita menutup tirai tahun 2010 ini sebagai kenangan suka duka pihat manis bersama keluarga,saudara-mara serta rakan-rakan.Jadikan 2011 pula sebagai nadi baru untuk anda semua kembali bernafas.Pasang semua azam2 yang kita ingin laksanakan,jika 2010 masih tak terlaksana,lakukan ia untuk 2011 yang akan tiba.

Itu sahaja dari Anokganu sempena Menyambut Tahun Baru 2011.

Anokganu mengucapkan

"SELAMAT TAHUN BARU 2011 UNTUK SELURUH DUNIA"

Tuesday, December 21, 2010

0
Comments

Pengambilan Pelajar Baru Sesi 1/2011

Photobucket

Pengambilan Pelajar Baru Sesi 1/2011 di Institut Kemahiran Dynasty,Kuala Terengganu.Terengganu Darul Iman.

SILA HUBUNGI SEGERA!

Keterangan lanjut tentang Kami...anda boleh klik Maklumat KAMI

Tuesday, December 14, 2010

0
Comments

Karnival Terengganu 2010


Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,maaf yer rakan-rakan yang selalu berkunjung dan tak putus-putus BW kat jan,maaf buat masa sekarang jan tak dapat balas kunjungan,kesibukan kerja di pejabat,banyak rutin harian jan tergendala,semestinya blog..hahaha!..pesbuk dah jarang online..huhuhu..Okk..,sebelum berangkat pergi kerja,jan nak kongsi dengan rakan-rakan yang satu negeri dengan jan,atau pun anak-anak negeri lain..heee..

Monday, December 6, 2010

0
Comments

Salam Maal Hijrah


Dari satu bulan ke satu bulan,berakhir sudah bulan zulhijjah,dimana bulan ini,seluruh umat Islam mengerjakan haji di Kota Suci Mekah,menyusur kembali bulan pertama Islam iaitu Muharram.SALAM MAAL HIJRAH 1432 Masihi buat seluruh umat Islam dari Anokganu.Bulan pertama Islam dikaitkan dengan banyak peristiwa yang berlaku.Diantara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.

Peristiwa ini disambut pada setiap tahun apabila tiba bulan Muharaam dengan pelbagai program bagi mengingati semula peristiwa agung ini disamping mengambil pengajaran daripadanya.Hijrah pada bahasa ialah berpindah.Pada istilah ialah perpindahan Rasulullah S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah.Peristiwa ini telah berlaku pada tahun ke-13,baginda dilantik menjadi Rasul.

Dalam konteks hari ini, hijrah bermaksud berubah kepada sikap yang lebih positif, peningkatan ilmu pengetahuan, penguasaan ekonomi di kalangan umat Islam, penguasaan sains dan teknologi serta memperbaiki pandangan bukan islam terhadap islam.

Apa yang dapat kita lihat pada hari ini,perubahan zaman berlaku,jahiliah kembali!,Oh tidak!!!,.banyak gejala-gejala kurang sihat berleluasa di kalangan masyarakat kita sebagai contohnya buang anak,berzina,jenayah dan banyak lagi.Sampai bilakah keadaan ini akan berleluasa??,dimana perhatian orang-orang lebih bertanggungjawab??,adakah mereka mati akal untuk menyelesaikan masalah sebegini.

Jan tak nak kupas panjang lebar dalam hal-hal sebegini,khuatir membahayakan diri sendiri..hee..tapi sebenarnya hati tak terdetik pun nak melarikan diri dalam hal ini,kerana diri ini dahaga dengan KeIslaman,Keadilan dan Kebenaran untuk sebuah Negara berkepimpinan Islam.Ok stop jan!..hee..Rakan-rakan boleh lihat dengan mata sendiri keadaan sebenar dunia sekarang yer..

Berbalik pada Maal Hijrah,kita disunatkan membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah(Hari ini) selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

Rakan-rakan dihormati boleh lihat doa di sini : Doa

Doa pelbagai pun tak mengaper,asalkah hati suci kita terniat untuk hijrah diri,doa apa-apa pun,kerana ALLAH ITU MAHA PENDENGAR

Antara amalan sunat pada bulan Muharram ialah:
  • Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (Puasa Tasua')
  • Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (Puasa Asyura)
  • Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
  • Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
  • Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
  • Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
  • Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
  • Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya.
  •  
Setiap bulan Islam,pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Muslim dan Muslimah yang cemerlang tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah.Dia akan sentiasa istiqamah dan iltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah S.W.T pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T kelak.

Sampai disini sahaja untuk artikel jan,jan nak update pun tak sempat,kerja kat pejabat banyak...huhu..mane jan sempat post,jan post la yerr...K..Wassalam


SELAMAT BERAMAL






      Saturday, December 4, 2010

      3
      Comments

      Perodua Iron Man

      Proton ada gahnya,perodua apa kurangnya..Perodua juga mempamerkan prototaip model terbarunya di KLIMS 2010 yang sedang berlangsung sekarang ini.Perodua terbarunya yang dipanggil nama BEZZA.



      Jan tengok dari pandangan hadapan,sekali macam mata iron man darr..hehe..bentuk perodua BEZZA ini sungguh menakjubkan,macam orang bina badan,beketul2,taf..seme ada laa..

      Jom tengok aurat PERODUA BEZZA di sini...heee 
      0
      Comments

      Gah Pahlawan 5 Bersaudara


      Semalam terbaca la surat khabar berita harian..,terkejut tengok PROTON akan keluarkan model terbaru..fuhh hebat belaka 5 pahlawan proton.5 pahlawan proton sekarang ini sedang gah berlangsung di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2010) di PWTC, dan peluang ini digunakan oleh PROTON untuk memperkenalkan beberapa model terbaru kereta keluarannya.

      Model kereta konsep ini menggunakan nama-nama pahlawan Melaka iaitu Hang Tuah,Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi..haha..Kelakar lak mendengarnya..,Tapi ini bukan lawak,bukan bayang-bayang,memang betul-betul.Design-design yang digunakan pada model ini pun boleh tahan gak rupa parasnya..heee,dah setaraf macam kereta keluaran luar negara pulak,macam jepun,korea dan eropah...

      Meh pakat tengok 5 pahlawan PROTON :

      Wednesday, November 10, 2010

      0
      Comments

      Perlancaran Proton INSPIRA

      MODEL PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini
      PROTON mampu penuhi semua tempahan, kurangkan masa menunggu

      PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini mencatat prestasi luar jangkaan dari segi tempahan dengan purata lebih 100 unit sehari, justeru meneruskan kecemerlangan prestasi jualan model keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON) sebelumnya seperti Saga dan Exora. 

      Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata sehingga semalam, model dita-warkan dengan tiga versi iaitu 1.8 liter dengan transmisi manual lima kelajuan; 1.8 liter dengan transmisi CVT; dan 2.0 liter dengan transmisi CVT itu, sudah mencatatkan jumlah tempahan keseluruhan 1,800 unit sejak ia dibuka pada 14 Oktober lalu.
      “Sambutan terhadap Inspira melampaui jangkaan dan amat memberangsangkan. Ini adalah petanda baik menjelang pelancaran rasminya esok (hari ini).

      “PROTON yakin dapat memenuhi semua tempahan dan pada masa sama komited mengurangkan jangka masa menunggu bagi model itu,” katanya selepas sesi pandu uji eksklusif model berkenaan bersama Berita Harian di Putrajaya semalam.


      Tuesday, November 9, 2010

      0
      Comments

      PC & PHONE FAIR 2010


      Kekanan kekiri dengan motor kapcai pinjam..hehe..ayah jan punyer..,dalam perjalanan pulang ke rumah dari kuliah Ustaz Azhar Idrus,jan terpandanglah banner kat bahu jalan,ada PC & PHONE fair rupanya esok kat Terengganu Trade Centre(TTC).Berlangsung untuk 4 hari sahaja.

                                Tarikh : 10 -13 November 2010
                                Masa  :  9 pagi -10 malam



      JOM PAKAT GI RAMAI-RAMAI....

      Wednesday, November 3, 2010

      0
      Comments

      Jika Aku Jatuh Cinta


      Ya Allah,

      jika aku jatuh cinta,

      cintakanlah aku pada seseorang
      yang melabuhkan cintanya padaMu,
      agar bertambah kekuatanku
      untuk menyintaiMu

      Ya Muhaimin,

      jika aku jatuh hati,
      izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
      yang hatinya tertaut padaMu
      agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

      Ya Rabbana ,

      jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
      agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

      Ya Rabbul Izzati ,

      jika aku rindu ,
      rindukanlah aku pada seseorang
      yang merindui syahid di jalan Mu....

      Ya Allah ,

      jika aku menikmati cinta kekasihMu
      janganlah kenikmatan itu
      melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
      di sepertiga malam terakhirMu

      Ya Allah ,

      jika aku jatuh hati pada kekasihMu
      jangan biarkan aku tertatih
      dan terjatuh dalam perjalanan panjang
      menyeru manusia kepadaMu....

      Ya Allah,

      jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
      jangan biarkan aku melampaui batas
      sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
      dan rindu abadi hanya kepadaMu...

      ....Amin.....

      Sunday, October 31, 2010

      0
      Comments

      Kuliah Ustaz Azhar Idrus - November 2010


       
      1/11/2010  Isnin Masjid Pinang Merah Paka
      2/11/2010  Selasa (Kuliyah Di Batalkan Utk Menghadiri kenduri Kahwin)
      3/11/2010  Rabu Surau Bukit Bading Ajil
      4/11/2010  Khamis (Kuliyah Di Batalkan Untuk Hadiri Pilihanraya Galas)
      5/11/2010  Jumaat Surau Pak Tuyu
      6/11/2010  Sabtu Masjid Banggul Peradung
      7/11/2010  Ahad Surau Flat Gelung Bilal
      8/11/2010  Isnin Masjid Simpang Empat Chendering
      9/11/2010  Selasa Surau Ladang
      10/11/2010  Rabu Surau Bukit Kecik
      11/11/2010  Khamis Masjid Batu Buruk
      12/11/2010  Jumaat Surau Ladang
      13/11/2010  Sabtu Baluk Kuantan
      14/11/2010  Ahad Surau Flat Gelung Bilal
      15/11/2010  Isnin ( Tiada Kuliyah )
      16/11/2010  Selasa Masjid Pengadang Baru
      17/11/2010  Rabu Surau Taman Rakyat Dungun
      18/11/2010  Khamis Masjid Batu 6
      19/11/2010  Jumaat Masjid Kijing Marang
      20/11/2010  Sabtu Masjid Titian Baru Kedai Buluh
      21/11/2010  Ahad Surau Flat Gelung Bilal
      22/11/2010  Isnin Masjid Pulau Ketam
      23/11/2010  Selasa Surau Ladang
      24/11/2010  Rabu Surau Bukit Kecik
      25/11/2010  Khamis Masjid Batu Buruk
      26/11/2010  Jumaat Surau Ladang
      27/11/2010  Sabtu Masjid Ar-Ridhuan Ulu Klang KL(kuliyah Jemputan)
      28/11/2010  Ahad Masjid Al-'Aziem Pandan Indah KL(kuliyah jemputan)


      Sumber : http://siputonline.blogspot.com