Showing posts with label Fadhilat. Show all posts
Showing posts with label Fadhilat. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

0
Comments

Solat Tahajud Tinggikan Darjat Insan

Umat Islam digalakkan mengerjakan solat sunat selain daripada tuntutan menunaikan ibadah wajib. Antara ibadah sunat itu ialah sembahyang malam atau dikenali solat tahajud. Ibadat solat tahajud adalah amalan yang sangat baik disisi Allah.


Sesungguhnya, solat tahajud bertujuan meninggikan darjat kehambaan mukmin dan menolong mereka mencapai makam (kedudukan) tertinggi disisi Allah serta manusia. Justeru, umat islam digalak mengerjakan ibadah berkenaan pada waktu dua pertiga malam selepas bangun dari tidur. Ada banyak hadis yang menganjurkan umat Islam sentiasa mengerjakan solat tahajud. 

Antaranya sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 
 “ Bahawa Allah memberi rahmat kepada lelaki yang bangun pada waktu tengah malam dan mengejutkan isterinya bagi menunaikan solat malam. Jika isterinya tidak sedar, direnjiskan dengan sedikit air. Begitu juga Allah memberi rahmat kepada isteri yang bangun pada dinihari dan mengejutkan suaminya bagi menunaikan solat tahajud.”              

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 
“Tiga perkara yang difardukan kepada umatku, iaitu solat witir, bersugi, dan sembahyang tahajud. 

Saidina Umar al- Khattab meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 
 “Sesiapa yang mengerjakan solat tahajud dan memperelokkannya nescaya Allah memberi lapan kemuliaan. Empat diperoleh di dunia dan empat lagi di akhirat.”

4 kemuliaan di dunia ialah  :
1.      Allah memelihara daripada kemusnahan jiwa dan harta benda,
2.      Meninggalkan kesan ketaatan pada wajahnya,
3.      Dikasihi orang mukmin dan sekalian manusia serta
4.      Lidahnya sentiasa bercakap benar lagi berhikmat.

4 lagi kemuliaan di akhirat ialah :
       1.  Dihimpunkan kepadanya di padang mahsyar dengan wajah berseri-seri,
       2.  Dimudahkan pengiraan hisab,
       3.  Melintasi titian sirat sepantas kilat dan
       4.  Diberi kitab amalan pada tangan kanan.


SELAMAT BERAMAL

Monday, November 15, 2010

0
Comments

Ayat Al-Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Sunday, October 31, 2010

0
Comments

Hikmat, Rahsia dan Khasiat Surah Dan Ayat Al-Quran Al-Karim




BISMILLAH (Dengan nama Allah)

Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali dia hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

SURAH  AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barang siapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.  Barang siapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya   ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:

Barang siapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan,dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.