Wednesday, November 3, 2010

0
Comments

UNIC - Anak Soleh



Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

Jom nasyid sama2 dengan jan....heee

Tuesday, November 2, 2010

0
Comments

Faizal Tahir - Selamat Malam

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Cewek2....jom berduet dengan Cowok disini....ekekeke
0
Comments

5 Perkara Elok-Elok Disebut

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:  

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
     
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

Monday, November 1, 2010

0
Comments

Tidak Perlu Macho Tapi Gentleman



Rakan-rakan yang dihormati,jom dengar kawan saya berceloteh..hehee...

Saya selalu dengar kata-kata dari seorang lelaki, “aku perlu jadi macho jika mahu memikat si dia” Saya yang mendengar hanya tergelak perlahan dalam hati cukup menyampah.Saya mula terfikir seorang lelaki perlu menjadi macho jika mahu memikat seorang perempuan ke? Tapi saya tidak mahu lelaki macho tetapi saya mahukan lelaki yang gentleman. Tanyalah perempuan-perempuan yang kamu kenali, mereka mesti sependapat dengan saya. Kebanyakkan mereka kata, lelaki macho selalu perasan kacak dan ego. Dan kebanyakkan lelaki yang mahu menjadi macho akan memakai t-shirt ketat kemudian disarung dengan jaket hitam berkilat agar susuk badan mereka yang tegap menjadi perhatian si gadis. Oh ye ke? saya tak akan pandang lelaki yang macam itu dan  saya akan terfikir, mungkin t-shirt ketat tu dia pinjam dari adik lelaki yang masih bersekolah rendah.Oh tidak! tatkala saya melihat seorang lelaki sanggup menyembur minyak wangi ke dalam mulut semata-mata mahu menjadi macho. Bukan apa takut si dia terbau mulut yang busuk  Alahai, takkanlah tak berus gigi kot?Bila fikir balik, ada jugak lelaki yang tidak tahu menggunakan minyak wangi.Kelakar sungguh Kaum Adam ini ya! Agak-agaknya, krim rambut dijadikan krim muka sebagai pelembap.

0
Comments

Peristiwa Bulan Zulhijjah



Assalamualaikum dan salam sejahtera...Selamat menyambut bulan baru November..Kalendar melayu je tahu..Kalendar Islam????...hari ini dah masuk 24 Zulkaedah..Sebut je tentang sejarah..ada yang tahu ada yang tak tahu..Tapi kan time baca buku sejarah jan memang tidoo...hahaha!..bukan Jan seorang je laa..yang lain sama jugak kot...ekeke...jan gurau-gurau jelaa...Mmmm...tinggal beberapa hari lagi untuk kita akhiri bulan Zulkaedah.Kadang-kadang kita tidak ambil peduli pun tentang sejarah apa yang berlaku pada bulan-bulan Islam..Jan ingin kongsi  dengan rakan-rakan serta pengunjung yang setia tentang sejarah bulan zulhijjah yang jan terbaca...

Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w. Antara peristiwa tersebut adalah: