Wednesday, August 4, 2010

0
Comments

Kursus SLDN


Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang mengenali jan serta pengunjung blog nie..mm...hari nie jan  p kursus ag..kursus sal SLDN plak..mm..ganti bos jugak...tp kali ni kursusnyer lain...separuh hari aje dari kul 8pg hingga kul 1.30ptg...bertempat di Dewan ILP Kuala Terengganu...peserta yang datang ramai la jugak..dari pelbagai syarikat...kursus nie lebih kepada konsep latihan dan persijilan...anjuran jabatan pembangunan kemahiran(JPK)..de kait la dengan jan jugak dalam kursus nie....ada 4 taklimat yang disampaikan..3 taklimat sahaja yang jan suka dengar..yang paling best dengar taklimat pen.pengarah JPK..memang best sangat..yang satu ag ntah ape-ape yang dirapunyer kat depan.....peserta ramai naik bosan...jan buat tak tahu je la..jan kenal siapa yang merapu kat depan...biar jan yang seorang je yang knal ekkk.hehe...
Berbalik pada SLDN..,apa yang dikatakan SLDN..???..SLDN diperkenalkan bertujuan menyediakan tenaga mahir negara yang berpengetahuan(k-Pekerja)melalui kaedah latihan komprenhensif dan terkini yang memenuhi kehendak industri semasa.Pendekatan SLDN dapat mengurangkan masalah pengeluaran tenaga mahir yang tidak memenuhi kehendak semasa industri.Sistem latihan ini juga memberi pendedahan kepada perintis situasi kerja yang sebenar diperlukan di industri.

SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat pembelajaran iaitu industri yang meliputi 70% hingga 80% dan di pusat latihan yang meliputi 20% hingga 30%.Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan industri bersama-sama dengan pusat latihan...

Sebagai contoh yang jan dapat huraikan..,anda ade pengalaman serta kepakaran dalam bidang baiki kereta motor selama 10 tahun.... anda boleh menjalankan program SLDN untuk melahirkan pakar-pakar yang akan datang...anda boleh mendaftarkan diri sebagai seorang pakar industri di JPK...Anda juga layak melatih pelatih(perintis)anda untuk kebaikan syarikat anda pada masa akan datang...Banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh syarikat apabila menjalankan program SLDN....

Jan sarankan kepada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing...boleh lah mendaftarkan diri dan sekaligus memiliki sijil kemahiran yang tertinggi mengikut tahap yang disyaratkan pada NOSS yang pihak JPK tetapkan....Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SLDN hubungi pejabat JPK yang terdekat..,atau anda leh layari website...
http://www.dsd.gov.my

Peserta x datang ag la niee...

khusyuk dengar taklimat

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment