Saturday, November 13, 2010

2
Comments

Stoke City VS Liverpool


Perlawanan ke 13 dan minggu ke 13 dalam Liga perdana, setakat ini kedudukan Liverpool berada di tangga ke 9 dalam carta Liga perdana. Dan pada minggu ini sekali lagi Liverpool akan turun bermain di gelanggang lawan iaitu Britannia Stadium dimana ia merupakan gelanggang rasmi bagi pasukan Stoke City.

Pada perlawanan lepas Liverpool hanya seri 1-1 dengan Wigan, maka pada perlawanan ini boleh dikatakan sebagai perlawanan yang wajib menang. Seperti yang telah ditugaskan oleh pengurus Liverpool iaitu Roy Hodgson, perlawanan ini sememangnya penting untuk menentukan kedudukan Liverpool dalam tangga Liga.

Dengan keadaan kebanyakkan pemain utama masih bergelut untuk kembali cergas, dijangka Roy Hodgson akan menggunakan pemain yang sama semasa menentang wigan dan Chelsea. Diharapkan juga seluruh pasukan bermain dengan aksi yang terbaik untuk membolehkan Liverpool mengejar dan mendaki tangga Liga.

Mengikut rekod sebelum ini kali terakhir Liverpool menentang Stoke City iaitu pada 16/1/10 pada ketika itu The reds hanya seri dengan jaringan 1-1. Dan pastinya squad bimbingan Roy tidak mahu mengulangi keputusan sebegini.

Mengikut rekod perlawanan dalam musim ini, sebenarnya The Potters sememangnya pasukan yang tidak mudah dikalahkan apabila pasukan ini bermain di tempat sendiri, pada minggu lepas The Potters berjaya menumpaskan Birmingham City.

Walaupun, begitu rekod hanya untuk sendaran sahaja, tetapi yang penting pada perlawanan berlangsung, diharapkan Liverpool akan bermain dengan terbaik dan sekaligus mendapat kemenangan yang ke 5 dalam bagi musim ini. YNWA.

Barisan kemungkinan:

Liverpool: Reina, Kelly, Carragher, Skrtel, Konchelsky, Lucas, Gerrard, Jovanovic,Maxi,Kuyt, Torres


Penyokong mengharap kemenangan Liverpool pada pagi esok,bagi menduduki tangga 5/6 liga...


You'll Never Walk Alone!

2 comments: