Tuesday, December 14, 2010

0
Comments

Karnival Terengganu 2010


Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,maaf yer rakan-rakan yang selalu berkunjung dan tak putus-putus BW kat jan,maaf buat masa sekarang jan tak dapat balas kunjungan,kesibukan kerja di pejabat,banyak rutin harian jan tergendala,semestinya blog..hahaha!..pesbuk dah jarang online..huhuhu..Okk..,sebelum berangkat pergi kerja,jan nak kongsi dengan rakan-rakan yang satu negeri dengan jan,atau pun anak-anak negeri lain..heee..



Kebiasaannya,karnival telefon bimbit & kamera macam ini selalu diadakan di Terengganu Trade Centre(TTC).Disebabkan konflik kedua karnival,karnival HP &Kamera telah diadakan di Dataran Shahbandar berdekatan dengan Pasaraya Astaka di Kuala Terengganu selama 4 hari pada 15hb  Disember hingga 18hb Disember ini.


Dataran ShahBandar Terengganu

Manakala ada 2 lagi karnival iaitu Karnival ICT dan Karnival Kembali Ke Sekolah yang diadakan di TTC selama 7 hari pada 16hb Disember hingga 22hb Disember bagi Karnival ICT,Manakkala Karnival Kembali Ke Sekolah berlangsung selama 15 hari pada 16hb Disember hingga 31 disember.

Karnival ICT bagus untuk pelajar-pelajar jika  mengunjungi karnival seperti ini bagi mengetahui berkenaan teknologi-teknologi baru sekarang,orang awam digalakan bagi memperbaiki dan menambah mutu pengetahuan dalam dunia ICT,mungkin ada sesetengah kolej-kolej swasta mahupun institut kerajaan akan mencelah dalam karnival ICT ini bagi mengadakan promosi untuk mencari pelajar-pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di IPTA mahupun IPTS.Institusi Kerajaan dan Swasta akan menawarkan peluang belajar di tempat mereka mengikut bidang yang pelajar-pelajar inginkan.



Bagi Karnival Kembali Ke Sekolah akan berlangsung dengan jayanya,kerana adik-adik kita akan kembali ke sekolah seperti biasa tidak lama lagi,Ibu Bapa akan sibuk lah datang ke cini mencari pakaian serta kelengkapan sekolah anak-anak mereka

Datang cni ramai-ramai - TTC

Jan harap rakan-rakan sekalian dapat mengunjungi tempat-tempat yang bermanfaat untuk diri kita sendiri bagi menghijrahkan diri kita ke arah yang lebih berwawasan,berteknologi dan disamping itu kita juga dapat mengeratkan silaturahim diantara sesama agama mahupun bangsa...InsyaALLAH...

MARI BERSAMA JAYAKANNYA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment