Monday, January 10, 2011

3
Comments

MU Layak : LIV Tersingkir


Kalah lagiiie.......haadoii laa LIV sygKu

Nasib tak memihak pada team kesayangan aku pada malam tadi,nak kata teruk,tak la teruk sangat pun kena belasah..hanya 1-0 aje..kalah pun penalti,si bebatok yang sengal tuu..pandai pulak die berlakon dalam kotak penalti...hangin tol!..Si Howard yang memang tak layak jadi pengadil FIFA,boleh pulak kasi penalti.arghhhh!

Berbalik pada ulasan selebihnya mengenai perlawanan malam tadi,King Kenny penyerang lagenda Liverpool mengambil alih tugas yang ditaikkan oleh Roy selama 6 bulan tak sampai 24 jam terpaksa akur dengan kekalahan pusingan ke-3 untuk piala FA di tangan anak2 buah Alex(berhenti la wehh dah tua tuu)Manchester United.Apa yang dapat saksikan pada malam tadi,permainan banyak didominasi oleh Manchester United dari Liverpool.Walaupun perlawanan amat membosankan kita,dengan corak permainan ala kampung aje,tapi membuah hasil kat MU..

Banyak insiden yang mengejutkan kita pada separuh masa pertama pada minit 32',Kapten Fantastik Steven Gerrard terpaksa akur dengan tindakan pengadil Howard mengenakan kad merah padanya disebabkan terjahan keras dari kapten terhadap carrick.Walhal tak ada ape pun si carrick,nak kata patah kaki,tak ade pun..kecian kat kapten aku..Memang bedebah tol Si Howard niee...

Kecian kat Kapten Gerrard
Howard tak sepatutnya melayankan kad merah,tapi apa boleh buat,dia la pengadil,dia la yang buat keputusan atas padang.Howard nie sepatutnya,dia tak layak jadi pengadil,masa perlawanan akhir piala dunia 2010 pun dia nie pun memang gilerr buat keluar kad.Mata dia nie memang letak bawak tapak kaki..nasib la kad disediakan 2 jenis warna aje,kalu ada 5 jenis warna...Bukan 2 tapi 5 sekaligus kad untuk satu perlawanan,memang sengal!..Howard selayaknya jadi polis trafik kat Amerika aje..

Memang layak jadi Polis Trafik Amerika
Tak payah story hal howard,buat penat tulis aje..berbalik pada perlawanan..permainan LIV banyak lagi kelemahan,dari segi hantaran bola yang tidak teratur,marking lawan pun masih lemah..Kenny?..ko tenang aje,ini bukan salah ko.Si Lucas,dah banyak kali melakukan kesilapan,Meriless pun dah mula buat hal..sekejap ok sekejap tak ok...Nak ulas pasal pemain memang banyak salahnya..malas nak story panjang,nanti bosan lak nak membacanya...kan novel pulak jadinya..heeee..

Banyak jugak percubaan berbahaya dari MU,Alhamdulillah,penjaga goal LIV memang terbaik arr..Reina..,banyak bola yang dia selamatkan dari dibolosi MU..Nak2 Si Berbatok yang tengah gilerr ke goal..alik2 jatuh gak kat padang(padam muker!)..

Pelakon MU : Kaki Penipu 
Tip Top arr Reina
Torres!!!!..apa sudah jadi dengan kamo ni,ingat bini kat umah ker?..Torres ko la wira kami,malam tadi main,memang ko ada masalah,tak tahu laa apa yang ko fikirkan.Kalu ada masalah kongsi dengan kami kat blog nie..heee...Penyokong masih inginkan kebisaan anda di hadapan gawang..Tendang bagaikan orang nak kena sepakk...plzzz torres jangan kecewakan kami sebagai penyokong setia anda...YNWA Torres!


Banyak jua tendangan percubaan jarak jauh Liverpool,tapi senget pulak dah,tak tepat..heee...Cantik sepakan percuma yang diambil Aurelio,sikit aje nak goal,tapi cerdik gak Si Kuszack ni selamat bola tuu,kalu atas sikit,kompem goal...tapi sebaliknya tak..huhuhu...tak megaperr...Tepat 94 minit,wisel dibunyikan pengadil Polis Trafik tuu...Liverpool terpaksa berhadapan dengan 2 gelaran lagi,Juara EPL atau Juara Europa..Bye2 FA Cup..harap2 ade yang membuahkan hasil untuk 2 gelaran tuu.

Harapan tinggi dari penyokong LIV,supaya King Kenny dapat menyelesaikan masalah Kelab LIV ini dengan kepakaran yang dia ada,walaupun sudah 20 tahun meninggalkan alam kendalian skuad bola sepak..Kami yakin,King Kenny kami dapat selesaikan masalah ini.Biarpun umur sudah berusia,jika akal masih tak berkarat tepu,Kenny akan membawa balik kejayaan terulung beliau sebelum ini.Kami membutuhkan strategi anda King kenny...YNWA Kenny!

Itu aje laa ulasan yang tak seberapa dari anokganu..heee..maaf jika tersinggung dari rakan Kop...Kita akan lihat perubahan dari semasa ke semasa untuk Kelab tersayang ini...Liverpool....pasal AJL tak dapat nak view..coz tak layann malam tadi,hanya tumpu pada FA Cup..heee..Seizer(rakan LIV) cakap,ko tengok result aje AJL tuu..heee..memang macam tuu la jawabnyer aku buat..Alik2 tertanyer???..Anna Riflair menang? anak kepada gusti Riflair ke?..Muhahaha!..Apa2 aje la ko jan...

Ok itu aje dari Anokganu..Wassalam

You'll Never Walk Alone

Sunday, January 9, 2011

0
Comments

Susu Kambing : HiGOAT


"Utamakan Kesihatan Anda"

Anokganu nak kongsi dengan rakan-rakan berkenaan dengan satu produk keluaran HR Marketing Sdn Bhd iaitu susu kambing HiGOAT.Susu kambing merupakan susu kedua terbaik selepas susu ibu kita.Apa yang dapat diperkatakan tentang susu,kita sering membayangkan susu lembu,walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiatnya jika dibandingkan dengan susu lembu.Dari proses penghadaman,susu kambing lebih mudah dihadam kerana molekul lemaknya lebih kecil.

Jika dilihat dari segi khasiatnya,susu kambing tidak kalah dengan susu lembu.Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu ini adalah disalah tafsir ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan "panas".Hakikatnya,susu kambing sebenarnya berfungsi mengstabilkan tekanan darah,jantung dan banyak lagi.

Berapa peratus kaum muslimin seluruh dunia tahu akan manfaat susu kambing?

3
Comments

Bye Roy : Kenny Dalglish is Back


Lamanyaa Anokganu tidak story berkenaan dengan kelab tersayang.Maklumlah dengan prestasi yang ditunjukkan tidak memuaskan ramai penyokong Liverpool.Ada aje perlawanan,kita penyokong bukan main semangat aje,yang keciannya penulis-penulis blog2 Liverpool,membara aje semangat dieorang..,tapi hasilnya mengecewakan mereka dan ramai penyokong.Nak mengata lebih,ini ajelaa kelab inggeris yang tersayang dari dahulu hingga selamanya.YNWA!!!


Sejak Rafa meninggalkan Liverpool(ada la jugak kejayaanya kat Liverpool),datanglah Si Roy pulak,penyokong memberikan kepercayaan penuh pada dia,tapi akhirnya...makin buruk adalah skuad ini dan Si Roy ini jugaklah manager terburuk dalam kendalian bola sepak Liverpool.Adoii laa..parah2..kejap ok,kejap tak ok Si Roy nie selesai posisi pemain..tunggang terbalik..Akhirnya,dengan perbincangan yang dibuat,pihak pengurusan Liverpool pada semalam,mengambil keputusan untuk memberhentikan Roy.Akhirnya impian Roy untuk mengemudi jentera Liverpool ke tahap lebih baik tidak kesampaian.6 bulan Roy bersama kelab ini,hasilnya tidak mengembirakan penyokong,malahan mengecewakan penyokong dengan sikap beliau acuh tak acuh aje.mmm..walaubagaimana pun,de gak la tahniah dari Anokganu buat Roy kerana sanggup terima Liverpool dalam keadaan terumbang-ambing.Thank Roy


Nampaknya,jawatan pengurus Liverpool diganti sementara oleh Lagenda Bola Sepak Liverpool iaitu Kenny Daglish.Kenny Daglish mengisi kekosongan jawatan pengurus sementara bagi menamatkan musim 2010/2011 ini.Harapan penyokong Liverpool terhadap Kenny supaya mengembalikan kegemilangan Liverpool semula,selepas kemerosatan sejak pengurusan Manager Rafa lagi.

Kenny Dalglish

Kebijaksanaan Kenny dalam mengatur strategi akan diuji esok untuk perlawanan Piala FA diantara musuh tradisi Liverpool iaitu Manchester United(Setan Merah yang sengal).Harap Kenny dapat mengatur strategi yang terbaik bagi menaikkan reputasi Liverpool sebagai Kelab yang digeruni lawan.

Harapan penyokong esok,Liverpool akan membawa tuah di Old Trafford.InsyaALLAH.Jam 9.30 malam akan disiarkan di Astro ESPN.

Manchester United VS Liverpool

AYUH!!!..Sama2 Saksikan Pemain2 Kelab Tersayang Kita..YNWA!!!

Saturday, January 8, 2011

0
Comments

Hijjaz : Dia Kekasih Allah



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah



Download MP3

Friday, January 7, 2011

0
Comments

Slot Zehra TV3 : Ustaz Amirul


Assalamualaikum rakan-rakanku...lamanyer jan tak update blog ekk,mesti ade yang menunggu,apa entri terbaru dari anokganu untuk tahun 2011 ini..hee..maaf yer rakan2 sekalian kerana kesibukan dengan hal-hal yang tak dapat dielakan.

Tapi pada malam ini,jan nak kongsi la dengan rakan2..maybe dah ada orang update story berkenaan tajuk yang jan paparkan ini..Slot Zehra dari kaca TV3 yang bertajuk Ustaz Amirul ditayangkan pada jam 9.00 malam tadi.sebelum cerita ini ditayangkan,iklannya dah keluar,sebut je pelakon Asraf Muslim,jan suka..heee..setiap lakonannya memang banyak perwatakan yang dibawa agak baik tambahan pulak sesuai dengan ketrampilannya yang lembut,tenang aje kan?..heee..Rase2 cerita ini macam best aje..kalu ada macam iras2 cerita Ketika Cinta Bertasbih ok la jugak kan..tapi tak apa,kita akan saksikan setiap hari jumaat jam 9.00 malam hanya di TV3.

Sinopsis Ustaz Amirul
Ustaz Amirul mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.


Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.


Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu.


Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.


Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul.


Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah Ustaz Amirul yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.


Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.


Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu.Segala persoalan tentang kisah ini akan terjawab setiap hari jumaat jam 9.00 malam.



Barian Pelakon Drama Ustaz Amirul

Ashraf Muslim, Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Allana Amir, Hafidzuddin Fazil, Rahim Omar, Fauzi Nawawi, Roslan Saleh, Zoey Rahman dan ramai lagi.