Saturday, January 29, 2011

0
Comments

Sayang Dia

Oh Laptop Kesayangan
Tengok pada tajuk,mesti rakan-rakan fikir sal orang yang disayangi..cinta..heee..kan??..tapi sebaliknya bagi anokganu,baru-baru ini,anokganu memberanikan diri membuka casing laptop.Sebab sebelum ini,pernah buka bahagian hard disk,tanggalkan hard disk,time nak pasang balik,skru casing jatuh kat tapak hard disk,tambahan pulak ada lubang kawasan tapak tuu..so apa lagi,jatuh la skru kecik tuu dalam laptop..hadoii laa..hampir 2 bulan anokganu membiarkan si kecik tuu terperak kat dalam laptop..dah setahun laptop ini berada di tangan  anokganu..

Bila difikir balik,amat berbahaya jika berada atau jatuh di bahagian motherboard,silap hari,out la jawabnya sayangku ini..huhuhu...dengan keberanian tanggal 26hb..heee..apa lagi,tanggal satu persatu...

Jom terjah gambar-gambar laptop yang kena bogel..heee

0
Comments

SULB Ke-5 Besut,Terengganu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung serta rakan-rakan yang dihormati...terima kasih sudi lagi menjenguk blog anokganu..Maaf,kerana kesibukan kerja,siang dan malam..anokganu ingin kongsi dengan rakan-rakan sekalian.

Baru-baru ini anokganu menghadiri kursus SULB ke-5 yang dianjurkan oleh HR Marketing bahagian pemasaran barangan berasaskan susu kambing bertempat di Demong Resort Besut,Terengganu selama 3 hari 2 malam pada 21,22dan 23.SULB ialah  Seminar Usahawan Luar Biasa.seminar ini dilatih oleh Jutawan HR iaitu DD Amruz Suhairi Bin Abd Majid.Seramai 100 Usahawan HR menghadiri seminar ini.

Alhamdulillah,selama 3 hari 2 malam ini,banyak input yang bermanfaat sehinggakan hati anokganu terdetik "rasa tak mau balik,bestt nak dengar seminar ini".Antara ringkasan yang dapat dikongsi dengan rakan - rakan,seminar ini bertujuan untuk melahirkan ramai jutawan mukmin lagi beriman.Keagamaan dan kerohanian dititikberatkan dalam seminar ini.

Gambar-gambar tak sempat nak ambik..,jadual padat,tapi amat berkesan untuk semua yang hadir..amat luar biasa seminar ini..Ramai dikalangan orang-orang yang berusia yang menghadiri seminar ini,segelintir sahaja golongan muda,termasuk anokganu..heee...

Kata DD Amruz : "Setiap perkara berlaku dalam dunia ini adalah ajaib,Setiap hari berlaku keajaiban,Benda ajaib jangan dipertikaikan"

Banyak lagi yang diperkatakan oleh Jutawan ini,dan ditambah lagi dengan bakal-bakal jutawan seperti Ustaz Nazaruddin,Salahuddin dan lain-lagi..Mereka ini semuanya berjaya dan hebat..Mereka adalah mentor kami dalam perniagaan MLM kami.

Sebelum ini anokganu ada menceritakan tentang HiGOAT.Perniagaan ini yang anokganu jalankan sekarang,sehinggakan tiada masa nak update blog.Ini merupakan ilmu baru yang dapat anokganu pelajari.Rasa seronok nak jalankan perniagaan sendiri dan bekerja untuk diri sendiri.Tahu penat dan lelah demi mencari rezeki yang Allah berikan melimpah ruah kepada hamba-NYA..ALLAH ITU MAHA PEMBERI...MAHA PENYAYANG lagi MAHA PENGASIHANI.

Nak ketahui lebih lanjut,rakan-rakan boleh la join kami dalam HR Marketing,daftar ahli hanya RM50 sahaja,dan rakan-rakan akan dapat menikmati sekotak susu kambing dan 1 kit,perlaksanaan sistem HR disusuli dengan produk-produk berasaskan susu kambing.

Alhamdulillah,selama anokganu sertai HR ini,hasil dapat dilihat..penggunaan sistem Online..semua orang dapat lihat..sesiapa dapat nikmati bonusnya..pokok pangkalnya " RAJIN dan BUAT AJE"..pasti berjaya

Gambar-gambar yang sempat diambik :

Pasti Jutawan Muda HR
Kenalan Usahawan HR
Jutawan HR Marketing


Lagu tema Seminar ini : Jom nyanyi "Lagu Matahari" dari Kumpulan Nasyid Snada



dan satu lagi lagu dari WALI BAND bertajuk " TUHAN"



Menitis air mata bila mendengar nyanyi ini,hayati la rakan-rakan dengan penuh perasaan..

Itu sahaja entri anokganu,sama-sama lah perbetulkan diri masing-masing,sebelum kita berjumpa dengan-NYA....

K..wassalam dari Anokganu..Mekaseh rakan-rakan sekalian...

Thursday, January 13, 2011

3
Comments

Jom Masuk U : Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011



Anokganu ingin kongsi story berkenaan perlaksanaan kerajaan dalam memartabatkan bumi Malaysia ke arah berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,khususnya dalam sektor perindustrian...

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 April 2010 memutuskan bahawa Pusat Pengambilan Setempat bagi kemasukan Kemasukan Ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun 2011.


Ia selaras dengan Dasar Kerajaan untuk mengarus perdanakan Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional serta Latihan Kemahiran telah meningkatkan akses dan ekuiti lepasan sekolah menengah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TEVT dan Kemahiran bagi melahirkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi demi merealisasikan status Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.


Dimaklumkan bahawa terdapat 850 Institusi Latihan Kemahiran yang meliputi 350 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan 500 Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Pembangun Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Tuesday, January 11, 2011

1
Comments

Upah Dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah?

Anokganu ingin kongsi dengan rakan-rakan berkenaan sumber yang kita dapat melalui nuffnang dan google adsense.Petikan dari website Ustaz Zaharuddin.




Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas.Terima kasih

0
Comments

1001 Masalah Pada Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Habiskan baca...jangan separuh-separuh..