Saturday, January 29, 2011

0
Comments

SULB Ke-5 Besut,Terengganu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung serta rakan-rakan yang dihormati...terima kasih sudi lagi menjenguk blog anokganu..Maaf,kerana kesibukan kerja,siang dan malam..anokganu ingin kongsi dengan rakan-rakan sekalian.

Baru-baru ini anokganu menghadiri kursus SULB ke-5 yang dianjurkan oleh HR Marketing bahagian pemasaran barangan berasaskan susu kambing bertempat di Demong Resort Besut,Terengganu selama 3 hari 2 malam pada 21,22dan 23.SULB ialah  Seminar Usahawan Luar Biasa.seminar ini dilatih oleh Jutawan HR iaitu DD Amruz Suhairi Bin Abd Majid.Seramai 100 Usahawan HR menghadiri seminar ini.

Alhamdulillah,selama 3 hari 2 malam ini,banyak input yang bermanfaat sehinggakan hati anokganu terdetik "rasa tak mau balik,bestt nak dengar seminar ini".Antara ringkasan yang dapat dikongsi dengan rakan - rakan,seminar ini bertujuan untuk melahirkan ramai jutawan mukmin lagi beriman.Keagamaan dan kerohanian dititikberatkan dalam seminar ini.

Gambar-gambar tak sempat nak ambik..,jadual padat,tapi amat berkesan untuk semua yang hadir..amat luar biasa seminar ini..Ramai dikalangan orang-orang yang berusia yang menghadiri seminar ini,segelintir sahaja golongan muda,termasuk anokganu..heee...

Kata DD Amruz : "Setiap perkara berlaku dalam dunia ini adalah ajaib,Setiap hari berlaku keajaiban,Benda ajaib jangan dipertikaikan"

Banyak lagi yang diperkatakan oleh Jutawan ini,dan ditambah lagi dengan bakal-bakal jutawan seperti Ustaz Nazaruddin,Salahuddin dan lain-lagi..Mereka ini semuanya berjaya dan hebat..Mereka adalah mentor kami dalam perniagaan MLM kami.

Sebelum ini anokganu ada menceritakan tentang HiGOAT.Perniagaan ini yang anokganu jalankan sekarang,sehinggakan tiada masa nak update blog.Ini merupakan ilmu baru yang dapat anokganu pelajari.Rasa seronok nak jalankan perniagaan sendiri dan bekerja untuk diri sendiri.Tahu penat dan lelah demi mencari rezeki yang Allah berikan melimpah ruah kepada hamba-NYA..ALLAH ITU MAHA PEMBERI...MAHA PENYAYANG lagi MAHA PENGASIHANI.

Nak ketahui lebih lanjut,rakan-rakan boleh la join kami dalam HR Marketing,daftar ahli hanya RM50 sahaja,dan rakan-rakan akan dapat menikmati sekotak susu kambing dan 1 kit,perlaksanaan sistem HR disusuli dengan produk-produk berasaskan susu kambing.

Alhamdulillah,selama anokganu sertai HR ini,hasil dapat dilihat..penggunaan sistem Online..semua orang dapat lihat..sesiapa dapat nikmati bonusnya..pokok pangkalnya " RAJIN dan BUAT AJE"..pasti berjaya

Gambar-gambar yang sempat diambik :

Pasti Jutawan Muda HR
Kenalan Usahawan HR
Jutawan HR Marketing


Lagu tema Seminar ini : Jom nyanyi "Lagu Matahari" dari Kumpulan Nasyid Snada



dan satu lagi lagu dari WALI BAND bertajuk " TUHAN"



Menitis air mata bila mendengar nyanyi ini,hayati la rakan-rakan dengan penuh perasaan..

Itu sahaja entri anokganu,sama-sama lah perbetulkan diri masing-masing,sebelum kita berjumpa dengan-NYA....

K..wassalam dari Anokganu..Mekaseh rakan-rakan sekalian...

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment