Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
SEREMBAN 28 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertindak menyerbu sebuah premis di Seremban Jaya di sini hari ini kerana disyaki menjual produk susu kambing tiruan jenama HIGOAT.Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dijalankan oleh sepasukan anggota penguat kuasa dari Putrajaya dan turut disertai oleh wakil syarikat HR Marketing Sdn. Bhd., yang merupakan pengeluar produk kesihatan tersebut.
Menurut wakil pengadu, Mohd. Al Bakhtiar Ahmad, dalam serbuan tersebut, sebanyak 40 kotak HIGOAT yang dipercayai tiruan dirampas.
Katanya, serbuan berkenaan dijalankan selepas syarikatnya mengesan ada pihak cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk tiruan terbabit.
''Ketika serbuan dilakukan pemilik premis berkenaan mendakwa dia tidak tahu bahawa produk itu adalah tiruan kerana dia mendapatkan bekalan daripada pengedar lain.
''Apabila diperiksa kita dapati produk yang terdapat di premisnya adalah tiruan dan kesemua produk berkenaan dirampas,"jelasnya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.
Beliau menambah, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mengesan kehadiran produk tiruan di pasaran sejak beberapa bulan lalu.
''Kita sudah enam bulan menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan selepas berjaya mengesan produk tiruan ini, kita membuat aduan kepada KPDNKK.
''Kita bimbang sekiranya produk tiruan ini dibiarkan berleluasa ia boleh memberi kesan kepada pengguna kerana kita tidak tahu apakah kandungan yang mereka gunakan," ujarnya.
Tambahnya, serbuan tersebut turut dilancarkan serentak di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.
Ujarnya, para pengguna minuman kesihatan berkenaan dinasihatkan membeli produk tersebut dengan pengedar dan stokis yang sah bagi mengelak terbeli produk tiruan
Tengok pada tajuk,mesti rakan-rakan fikir sal orang yang disayangi..cinta..heee..kan??..tapi sebaliknya bagi anokganu,baru-baru ini,anokganu memberanikan diri membuka casing laptop.Sebab sebelum ini,pernah buka bahagian hard disk,tanggalkan hard disk,time nak pasang balik,skru casing jatuh kat tapak hard disk,tambahan pulak ada lubang kawasan tapak tuu..so apa lagi,jatuh la skru kecik tuu dalam laptop..hadoii laa..hampir 2 bulan anokganu membiarkan si kecik tuu terperak kat dalam laptop..dah setahun laptop ini berada di tangan anokganu..
Bila difikir balik,amat berbahaya jika berada atau jatuh di bahagian motherboard,silap hari,out la jawabnya sayangku ini..huhuhu...dengan keberanian tanggal 26hb..heee..apa lagi,tanggal satu persatu...
Jom terjah gambar-gambar laptop yang kena bogel..heee
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung serta rakan-rakan yang dihormati...terima kasih sudi lagi menjenguk blog anokganu..Maaf,kerana kesibukan kerja,siang dan malam..anokganu ingin kongsi dengan rakan-rakan sekalian.
Baru-baru ini anokganu menghadiri kursus SULB ke-5 yang dianjurkan oleh HR Marketing bahagian pemasaran barangan berasaskan susu kambing bertempat di Demong Resort Besut,Terengganu selama 3 hari 2 malam pada 21,22dan 23.SULB ialah Seminar Usahawan Luar Biasa.seminar ini dilatih oleh Jutawan HR iaitu DD Amruz Suhairi Bin Abd Majid.Seramai 100 Usahawan HR menghadiri seminar ini.
Alhamdulillah,selama 3 hari 2 malam ini,banyak input yang bermanfaat sehinggakan hati anokganu terdetik "rasa tak mau balik,bestt nak dengar seminar ini".Antara ringkasan yang dapat dikongsi dengan rakan - rakan,seminar ini bertujuan untuk melahirkan ramai jutawan mukmin lagi beriman.Keagamaan dan kerohanian dititikberatkan dalam seminar ini.
Gambar-gambar tak sempat nak ambik..,jadual padat,tapi amat berkesan untuk semua yang hadir..amat luar biasa seminar ini..Ramai dikalangan orang-orang yang berusia yang menghadiri seminar ini,segelintir sahaja golongan muda,termasuk anokganu..heee...
Kata DD Amruz : "Setiap perkara berlaku dalam dunia ini adalah ajaib,Setiap hari berlaku keajaiban,Benda ajaib jangan dipertikaikan"
Banyak lagi yang diperkatakan oleh Jutawan ini,dan ditambah lagi dengan bakal-bakal jutawan seperti Ustaz Nazaruddin,Salahuddin dan lain-lagi..Mereka ini semuanya berjaya dan hebat..Mereka adalah mentor kami dalam perniagaan MLM kami.
Sebelum ini anokganu ada menceritakan tentang HiGOAT.Perniagaan ini yang anokganu jalankan sekarang,sehinggakan tiada masa nak update blog.Ini merupakan ilmu baru yang dapat anokganu pelajari.Rasa seronok nak jalankan perniagaan sendiri dan bekerja untuk diri sendiri.Tahu penat dan lelah demi mencari rezeki yang Allah berikan melimpah ruah kepada hamba-NYA..ALLAH ITU MAHA PEMBERI...MAHA PENYAYANG lagi MAHA PENGASIHANI.
Nak ketahui lebih lanjut,rakan-rakan boleh la join kami dalam HR Marketing,daftar ahli hanya RM50 sahaja,dan rakan-rakan akan dapat menikmati sekotak susu kambing dan 1 kit,perlaksanaan sistem HR disusuli dengan produk-produk berasaskan susu kambing.
Alhamdulillah,selama anokganu sertai HR ini,hasil dapat dilihat..penggunaan sistem Online..semua orang dapat lihat..sesiapa dapat nikmati bonusnya..pokok pangkalnya " RAJIN dan BUAT AJE"..pasti berjaya
Gambar-gambar yang sempat diambik :
Pasti Jutawan Muda HR
Kenalan Usahawan HR
Jutawan HR Marketing
Lagu tema Seminar ini : Jom nyanyi "Lagu Matahari" dari Kumpulan Nasyid Snada
dan satu lagi lagu dari WALI BAND bertajuk " TUHAN"
Menitis air mata bila mendengar nyanyi ini,hayati la rakan-rakan dengan penuh perasaan..
Itu sahaja entri anokganu,sama-sama lah perbetulkan diri masing-masing,sebelum kita berjumpa dengan-NYA....
K..wassalam dari Anokganu..Mekaseh rakan-rakan sekalian...
Anokganu ingin kongsi story berkenaan perlaksanaan kerajaan dalam memartabatkan bumi Malaysia ke arah berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,khususnya dalam sektor perindustrian...
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 April 2010 memutuskan bahawa Pusat Pengambilan Setempat bagi kemasukan Kemasukan Ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun 2011.
Ia selaras dengan Dasar Kerajaan untuk mengarus perdanakan Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional serta Latihan Kemahiran telah meningkatkan akses dan ekuiti lepasan sekolah menengah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TEVT dan Kemahiran bagi melahirkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi demi merealisasikan status Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Dimaklumkan bahawa terdapat 850 Institusi Latihan Kemahiran yang meliputi 350 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan 500 Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Pembangun Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.