Friday, September 3, 2010

0
Comments

Lailatul Qadar dan Tanda-Tandanya



Sesungguhnya Allah s.w.t telah memuliakan Umat Muhammad dengan pelbagai keistimewaan di antaranya Allah mengutuskan seorang Rasul untuk seluruh alam yang bersamanya Allah turunkan kitab Al-Quran sebagai petunjuk.Allah s.w.t yang telah kurniakan kepada Umat Nabi Muhammad dengan Malam al-Qadar yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu yang mana ibadah ini lebih baik daripada seribu bulan lain iaitu lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.

Sebab-sebab Dinamakan Malam al-Qadar ialah :

  1. Al-Qadar bermaksud mulia,oleh kerana malam itu sangat mulia maka ia dinamakan al-Qadar.
  2. Dinamakan al-Qadar kerana malam inilah ditentukan qadar apa yang berlaku sepanjang tahun.
  3. Kerana ibadah pada malam itu sangat besar kadar ganjarannya.

 Tanda-Tanda Malam Al-Qadar

Menurut as-Shaikh u'saimain antara tanda-tandanya ialah :

  1. Pada malam al-qadar cuaca terang daripada malam biasa. 
  2. Pada malam itu jiwa manusia menjadi tenang.
  3. Pada malam itu dada manusia menjadi lapang.
  4. Pada malam itu Manusia dapat merasakan keseronokan beribadah berbanding  dengan malam-malam lain.
  5. Angin bertiup dengan nyaman dan tidak ada ribut taufan.
  6. Matahari terbit waktu pagi dalam keadaaan tidak bersinar,ini kerana ada pendapat mengatakan bahawa ia ditutupi oleh sayap para malaikat yang  hendak naik ke langit selepas waktu subuh.
  7. Ramai orang memberi salam pada malam itu.
  8. Setengah pendapat menyatakan tiada bunyi salakan anjing pada malam itu.



Kelebihan Malam Al-Qadar

  1. Malam diturunkan Al-Quran
  2. Malam yang dipenuhi keberkatan.
  3. Malam ketentuan ajal dan rezeki.
  4. Kelebihan beribadah pada malam itu lebih daripada 1000 bulan lain.
  5. Turunnya para malaikat dari langit dengan kebaikan,kerahmatan,keberkatan dan keampunan.
  6. Malam dipenuhi keselamatan dan tidak ada keburukan.
  7. Keampunan bagi mereka yang bangun beribadah.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment