Monday, September 20, 2010

0
Comments

Sejarah Perlombongan Bijih Besi


Assalamualaikum....selamat sejahtera buat rakan-rakan yang selalu melawati blog jan yang tak seberapa ini...Jan ingin kongsi pe aktiviti yang jan lakukan pada 18.9.2010(sabtu)baru-baru ini...Jan dan sepupu jan p bukit besi untuk lawati tempat perlombongan bijih besi di Bukit Besi..lagi pun tempat asal mak kami kat situ....Tambahan pulak saudara-mara pun ramai gak situ..kami bertolak hampir jam 12pm...Sampai sana lebih kurang 1.20pm.,sampai sana,kami berehat,makan minum,berbual dengan saudara-mara..Lepas asar baru kami bertolak ke lombong bijih besi..Kami berempat menaiki motor...lagi pun tempat tu kurang sesuai untuk menggunakan kereta...Tak banyak tempat kami berempat pergi coz kesuntukan masa.

Yang sedihnya banyak bahan sejarah sudah dimusnahkan,tanya sepupu..dia cakap dahulunya tempat nie adalah tempat termoden di dunia..bayangkan,semua penduduk kat situ menikmati air,elektrik secara percuma..dengan rumah mewah semuanya...perabot dalam rumah pun dapat free...macam-macam ag jan dengan yang lain dapat tahu tentang tempat ini..Kata Pak cik Jan Bandar Bukit Besi sudah lama katanya mengamalkan sikap 1Malaysia..Dahulunya Cina,India,Melayu semuanya baik belaka,masa raya,atau apa program dibuat..semuanya bersatu,bekerjasama...Tapi sayangnya..tempat ini ditutup tahun 1971 kerana mengalami kerugian...dan sekarang hanya syarikat kecil mengendalikan bijih besi kerana bijih besi pada tahun 2001ditemui..,hampir 70% ditemui...Dan ia dapat digunakan berpuluh-puluh tahun lagi..Penduduk disitu berharap agar pihak yang bertanggungjawab mengendalikan bijih timah sebaik-baiknya...nak kembalikan nostalgia lama sudah terkubur..pe pun diharap bahan mentah semulajadi ini dapat digunakan untuk manfaat rakyat bersama...jam 6.45pm kami pulang ke rumah...


Petikan ini jan ambik dari satu website mengenai lombong bukit besi


LATAR BELAKANG


Bukit Besi terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu.
Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring  dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.

KRONOLOGI: 


1916
Ahli kajibumi Jepun, Mr. Kuhara datang ke Dungun membuat kajian di konsesi Chemuak, Ulu  Dungun dan mendapati kawasan tersebut mengandungi bijih besi dalam jumlah yang banyak.

1927an

 Syarikat Kuhara Mining Ltd.  menjalankan aktiviti perlombongan secara tidak rasmi. Syarikat ini kemudiannya telah ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC).

1929
13 Januari - Kerajaan Terengganu mengeluarkan 'mining lease' secara rasmi kepada NMC. Kawasan seluas 1,080 ek. ini terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132, iaitu pecahan daripada M.L. 75, kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, Tengku Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.

Sebelum ini, Tengku Abu Bakar pernah memberi kebenaran kepada Wong Sin, seorang pengusaha lombong untuk membuka lombong bijih timah di situ, tetapi tidak begitu berjaya. Apabila NMC mengakui kawasan tersebut mengandungi bijih besi, Wong Sin telah menjual hak melombong di situ kepada NMC pada bulan Oktober 1917 dengan bayaran sebanyak $50,000.00.
Menurut kenyataan Encik Abdullah Awang, yang ditemuramah di rumahnya di Kemaman oleh Encik Mohd. Hairon Yasar pada 30 September 1975: Beberapa orang penduduk tempatan telah bercerita bahawa seorang pencari rotan telah menjumpai seketul batu yang berat menyerupai besi. Sebenarnya di kawasan itu usaha melombong pernah dijalankan pada tahun 1910 tetapi gagal kerana kawasan tersebut tidak mengandungi bijih timah, sebaliknya cuma terdapat haomatait sahaja.

1930

Pengurus lombong pertama, R.Kunada telah memulakan tugasnya pada bulan April 1930. Dalam tahun tersebut juga laluan keretapi Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, pihak NMC terpaksa memberhentikan beberapa pekerja akibat kurangnya permintaan daripada syarikat-syarikat keluli di Jepun.

1934

 Keadaan pulih semula. Para pekerja yang telah diberhentikan, diambil bekerja semula, malah ditambah dengan pekerja-pekerja baru.
Permintaan yang berterusan daripada syarikat-syarikat keluli di Jepun telah mendorong pihak syarikat meningkatkan pengeluaran.

1935

Jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).

1936
Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dapat disiapkan. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih  dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong.
Para pekerja perlombongan di Bukit Besi ini terdiri daripada pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India dan Jepun.

1938

Peperangan antara China dengan Jepun - menyebabkan pekerja-pekerja Cina berhenti beramai-ramai, akibat daripada hasutan dan sentimen anti Jepun. Ini menyebabkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pihak pengurusan syarikat terpaksa mengambil pekerja-pekerja baru, sebahagian daripadanya diimport terus daripada India.

1945

Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC berakhir.

1946 – 1949

Darurat. Aktiviti perlombongan terhenti kerana tiada permintaan.

1948

 Ogos, kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Syarikat Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO).

Awal 1950an

EMMCO menjalankan aktiviti perlombongan secara besar-besaran, kesan daripada pemulihan peperangan dan permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat Jepun.
Pengeluaran bijih digandakan untuk mendapat keuntungan besar dalam masa yang singkat. Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Kepala keretapi juga telah diganti dengan yang baru, ditempah dari England. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu, di samping mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Oleh itu tidak hairanlah jika pendapatan para pekerja perlombongan Bukit Besi ini menyamai atau lebih baik daripada para pekerja di jabatan kerajaan pada masa itu.
Pihak EMMCO juga telah mewujudkan banyak jabatan, seperti pejabat pos, pejabat ukur, pejabat kebajikan masyarakat dan sebagainya di zaman kegemilangan Bukit Besi.
Oleh kerana pengeluaran yang berterusan dengan jumlah yang besar, akhirnya bijih besi mula berkurangan dan akaun syarikat mula mencatatkan kerugian.

1970

1 Oktober - Mesyuarat Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong Bukit besi.

1971

8 September - Sektor perlombongan bijih besi ditutup. Ini memberi kesan bukan sahaja kepada penduduk di Bukit Besi, tetapi juga kepada Bandar Dungun. Bagi  memastikan Bandar Dungun terus hidup, Kerajaan Terengganu telah membina sebuah cawangan ITM di sana. Pihak KETENGAH pula telah merancang pembangunan semula Bandar Bukit Besi. Berbagai kemudahan awam dan perniagaan, telah diwujudkan.
Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan. Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik.  Sebuah Galeri sejarah juga diwujudkan bagi tatapan generasi muda.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Gambar-gambar sejarah yang Jan sempat ambik :



Bijih Besi



Inilah KAMI

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment