Sunday, October 31, 2010

1
Comments

Juara Piala Malaysia 2010


Jam 8.45 malam tadi,1Malaysia menyaksikan pertembungan diantara KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN untuk merebut piala Malaysia yang menjadi kegilaan bagi  pasukan-pasukan bola sepak Malaysia.Perlawanan yang mengambil masa lebih kurang 98 minit menyaksikan aksi-aksi yang menarik diantara kedua-dua pasukan.

Kemenangan yang menjadi sebutan masyarakat Malaysia apabila Skuad The Red Warriors menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama.KELANTAN menjulang Piala Malaysia selepas tumpaskan juara bertahan,Negeri Sembilan.Kelantan melakar sejarah tersendiri setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas.Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jari­­ngan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah m-13 - sekali gus menamatkan badi 40 tahun.Kelantan akan  membawa pulang piala tersebut ke bumi Cik Siti Wan Kembang.....

Tahniah untuk rakyat KELANTAN

1 comment: