Friday, December 17, 2010

0
Comments

20 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara yang menyeronokkan.Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.Dibawah ini terdapat 20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar.Tidak dapat dinafikan terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri.Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain.Semoga Umat Islam akan terus mengungguli dunia,InsyaALLAH.

Antaranya perkara jangan dilakukan ialah:

    1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
    2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
    3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
    4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
    5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup  (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
    6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan
    7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat
    8. Jangan  pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
    9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
    10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
    11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
    12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
    13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.Hilang bahagia. 
    14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
    15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
    16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
    17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 
    18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
    19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanaya.
    20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.
    Saya berpesan untuk diri saya dan rakan-rakan seagama dengan saya,sama-samalah kita upgrade iman serta amalan diri kita sendiri  untuk dibawa mengadap YANG MAHA ESA kelak.InsyaALLAH...Wassalam dari Anokganu

    SELAMAT BERAMAL






                        Thursday, December 16, 2010

                        0
                        Comments

                        Malaysia : Selangkah Ke Final

                        Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah...

                        Tahniah untuk skuad Negara kita kerana berjaya mengatasi Vietnam di halaman sendiri dengan keputusan 2 -0 pada malam tadi.Jam 8.00 malam,1Malaysia(peminat bola sepak aje) menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Vietnam disiar secara langsung di RTM TV1,bak kata Hafizal Hamad:RTM TV1 sukan terbaik anda...heee..Kejayaan yang penuh bergaya serta corak permainan  yang dipamerkan oleh skuad anak didik K.Rajagopal begitu menarik membuahkan hasil yang begitu baik.

                        Perlawanan ini,dihadiri lebih 50,000 penyokong Malaysia sendiri,dan 3000 penyokong Vietnam yang memberi sokongan pada pasukan masing-masing.Malaysia bermain begitu bersemangat pada malam tadi,tak kurang juga dengan Vietnam,tapi nasib tidak begitu baik bagi Vietnam kerana gagal menghasilkan jaringan untuk bekalan  tempat mereka sendiri nanti di Hanoi.Malaysia gah menghasilkan 2 jaringan di halaman sendiri menerusi jaringan pertama melalui tandukan kencang Safee Sali dari hasil sepakan percuma Shafiq Rahim selaku Kapten Malaysia pada minit 60 dan pada minit 80 rembatan kencang shafiq sekali lagi ke gawang berjaya ditepis keluar oleh  penjaga goal Vietnam,hasil kesilapan tersebut Safee Sali menambah penderitaan Vietnam untuk goal ke-2 Malaysia.

                        Wira Malaysia : Safee Sali (10)



                        Penyokong Malaysia

                        Syabas Malaysia!

                        Berkat doa anda semua keatas kejayaan Malaysia pada malam tadi,..Malaysia membawa bekalan dengan 2 jaringan ke separuh akhir ke-2 di Hanoi.Jika kejayaan ini berulang di Hanoi,Malaysia tidak segan-segan melangkah ke FINAL bagi membawa pulang Piala AFF SUZUKI 2010 bagi menamatkan kemarau 14 tahun bagi kali ke-2.

                        Maaf yerr kawan-kawan,video highlight bahasa Vietnam...
                         


                        Justeru itu,marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan Malaysia...Aamin

                        MALAYSIA BOLEH!!!

                        Wednesday, December 15, 2010

                        1
                        Comments

                        Malaysia Boleh : Benam Skuad Calisto

                        Malaysia VS Vietnam

                        Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia...

                        Ingat...Ingat..Ingat..

                        Imbas kembali kejayaan Malaysia menentang Vietnam pada perlawanan akhir Sukan Sea di Loas 2009 dimana Malaysia berjaya mengalahkan vietnam 1-0 hasil jaringan El Nino Syafiq...heee(nak gak sebut nama torres ku)...Kejayaan ini sungguh bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.Kejayaan anak didik K.Rajagopal membenam Vietnam di Sukan Sea Loas sekaligus membawa pulang pingat EMAS yang berharga buat skuad beliau untuk negara.


                        Skuad Negara : Anak didik K.Rajagopal

                        Tapi pada hari ini 15 Disember 2010,Malaysia turun ke gelanggang sendiri menentang lawan sama iaitu Vietnam  dalam saingan separuh akhir pertama kejohanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini..Kelebihan buat Malaysia ada kerana ramai tonggak Vietnam cedera pada masa ini,dan Malaysia seharusnya mencari kelebihan pada malam ini,sebelum berhijrah ke Hanoi bagi separuh akhir ke-2 pulak.

                        Skuad Negara perlu persiapkan diri dengan lebih mantap bagi menghadapi Vietnam pada malam ini,agar imipian untuk ke final akan berhasil..InsyaALLAH...Lagi cantik kalu Malaysia mengulangi kejayaan besar mereka 5-1 di Palembang baru-baru ini apabila berjaya menghancurkan impian Loas ke separuh akhir..Aura Harimau Malaya harus gah dimana-mana tempat,samada tempat sendiri mahupun tempat lawan,jan yakin Malaysia dapat atasi perlawanan  dengan baik pada malam ini..

                        Ayuh Skuad Malaysia!!!

                        1Malaysia akan saksikan perlawanan anak didik K.Rajagopal..Sama-sama kita doakan kejayaan Skuad Negara kita.InsyaALLAH Malaysia boleh menang...aaamin..

                        Sekian dari Anokganu..

                        Tuesday, December 14, 2010

                        0
                        Comments

                        Madu Asli Tualang



                        Minda cerdas??..Badan sihat?? InsyaALLAH..ketahui la khasiat 
                        Madu Lebah Tualang




                        Jan ingin kongsi dengan rakan-rakan mengenai apa itu madu tualang dan khasiat disebaliknya.Sebenarnya macam ini,sumber ini jan dapat ketahui melalui seorang bekas instructor di tempat jan study dulu kala nya..(macam dah bertahun aje tinggal study..heee)yang sekarang ini buat kerja sambilan memprodukkan barangan  kesihatan iaitu Madu Lebah Tualang.Alhamdulillah katanya,produk kesihatan ini mendapat sambutan ramai di kalangan masyarakat kita.So jan fikir bermanfaat gak jan kongsi dengan rakan-rakan internet kan??..InsyaALLAH,ada rezeki nanti jan juga ingin mencubanya.

                        Anda pula bagaimana???.

                        Kita haruslah mengutamakan kesihatan kita,ikhtiar sebaik mungkin untuk mencegah segala penyakit,insyaALLAH dengan keizinan-NYA sembuh,Tapi ingattt..jangan lebihkan kepercayaan terhadap Ubatan daripada YANG MAHA KUASA..jatuh ke syirik nanti..HIDUP MATI semua itu kerja ALLAH S.W.T belaka...

                        Ingin ketahui dengan lebih lanjut mengenai Madu Lebah Tualang
                        Meh baca sama-sama dengan Jan....
                        0
                        Comments

                        Karnival Terengganu 2010


                        Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,maaf yer rakan-rakan yang selalu berkunjung dan tak putus-putus BW kat jan,maaf buat masa sekarang jan tak dapat balas kunjungan,kesibukan kerja di pejabat,banyak rutin harian jan tergendala,semestinya blog..hahaha!..pesbuk dah jarang online..huhuhu..Okk..,sebelum berangkat pergi kerja,jan nak kongsi dengan rakan-rakan yang satu negeri dengan jan,atau pun anak-anak negeri lain..heee..