Thursday, December 16, 2010

0
Comments

Malaysia : Selangkah Ke Final

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Tahniah untuk skuad Negara kita kerana berjaya mengatasi Vietnam di halaman sendiri dengan keputusan 2 -0 pada malam tadi.Jam 8.00 malam,1Malaysia(peminat bola sepak aje) menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Vietnam disiar secara langsung di RTM TV1,bak kata Hafizal Hamad:RTM TV1 sukan terbaik anda...heee..Kejayaan yang penuh bergaya serta corak permainan  yang dipamerkan oleh skuad anak didik K.Rajagopal begitu menarik membuahkan hasil yang begitu baik.

Perlawanan ini,dihadiri lebih 50,000 penyokong Malaysia sendiri,dan 3000 penyokong Vietnam yang memberi sokongan pada pasukan masing-masing.Malaysia bermain begitu bersemangat pada malam tadi,tak kurang juga dengan Vietnam,tapi nasib tidak begitu baik bagi Vietnam kerana gagal menghasilkan jaringan untuk bekalan  tempat mereka sendiri nanti di Hanoi.Malaysia gah menghasilkan 2 jaringan di halaman sendiri menerusi jaringan pertama melalui tandukan kencang Safee Sali dari hasil sepakan percuma Shafiq Rahim selaku Kapten Malaysia pada minit 60 dan pada minit 80 rembatan kencang shafiq sekali lagi ke gawang berjaya ditepis keluar oleh  penjaga goal Vietnam,hasil kesilapan tersebut Safee Sali menambah penderitaan Vietnam untuk goal ke-2 Malaysia.

Wira Malaysia : Safee Sali (10)



Penyokong Malaysia

Syabas Malaysia!

Berkat doa anda semua keatas kejayaan Malaysia pada malam tadi,..Malaysia membawa bekalan dengan 2 jaringan ke separuh akhir ke-2 di Hanoi.Jika kejayaan ini berulang di Hanoi,Malaysia tidak segan-segan melangkah ke FINAL bagi membawa pulang Piala AFF SUZUKI 2010 bagi menamatkan kemarau 14 tahun bagi kali ke-2.

Maaf yerr kawan-kawan,video highlight bahasa Vietnam...
 


Justeru itu,marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan Malaysia...Aamin

MALAYSIA BOLEH!!!

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment