Monday, July 26, 2010

0
Comments

Hidup manusia amanah daripada Allah




TIADA jalan mudah untuk mengecapi kejayaan dalam hidup kita melainkan dengan berusaha bersungguh-sungguh dan mempunyai disiplin tinggi.
Jika pandai mengatur hidup semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Semua orang suka kepada sesuatu yang perkara yang cantik dan teratur. Mata akan menjadi tenang jika melihat kerusi meja dengan hiasannya menceriakan suasana rumah jika semuanya kelihatan kemas dan teratur. Begitulah payahnya mengatur kehidupan. Jika hidup sudah teratur, yang lain Insya-Allah turut lengkap aturannya; di rumah teratur, di pejabat teratur, di jalan raya pun teratur, menjadikan hidup ini cukup indah untuk dilalui. Jangankan hendak mengatur hidup yang berpuluh-puluh tahun, kadang-kadang hendak mengatur cuti yang dua minggu pun timbul kesukaran dan menjadi kelam-kabut.


Bertambah sulit, bagi golongan muda yang tidak tahu risiko pada hari tua nanti akibat kesilapan yang mereka lakukan ketika remaja. Orang yang boleh mengatur kehidupannya adalah orang yang tahu, hidup ini bukan miliknya, tetapi adalah amanah dari Allah dan amanah itu dituntut dalam semua perkara. Ubai bin Kaab berkata, amanah dituntut dalam semua perkara termasuk wuduk, solat, zakat, mandi wajib, puasa, timbangan, persahabatan dan mengurus masa. Dalam surah al-Israa' ayat 36, Allah berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan." Orang yang boleh mengatur kehidupannya adalah orang yang boleh memanfaatkan anggota badannya untuk kecemerlangan. Contohnya, otak digunakan untuk mendalami ilmu dan ilmunya kemudian dimanfaatkan untuk agama dan pembangunan. Ilmu digunakan untuk kebaikan, telinga hanya mendengar yang baik, mata untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah. Memilih kawan juga amanah dan menurut Imam Termizi, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: "Manusia mengikut agama temannya." Hadis lain menyebut: "Sekiranya kamu ingin melihat agamanya lihatlah temannya." Memilih pasangan pun adalah amanah. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam satu hadis daripada Rasulullah, maksudnya: "Pilihlah daripada wanita yang baik agamanya, nescaya kamu akan selamat." Kemaluan dan seks adalah amanah. Malah, antara lambang kejayaan dan kecemerlangan mukmin mereka yang dapat mengawal nafsunya. Dalam al-Quran, surah al-Mukminun, Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud: "...dan mereka itulah yang berjaya, mereka yang memelihara kemaluan mereka melainkan kepada isteri-isteri mereka." Apabila nafsu seks dan kemaluan tidak diatur dengan amanah maka akan rosaklah dunia ini. Dalam perkara ini Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara tanda-tanda kiamat ialah berleluasanya perbuatan zina."

Petikan daripada Harian Metro : Ustaz Zawawi

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment