Thursday, January 13, 2011

3
Comments

Jom Masuk U : Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011



Anokganu ingin kongsi story berkenaan perlaksanaan kerajaan dalam memartabatkan bumi Malaysia ke arah berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,khususnya dalam sektor perindustrian...

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 April 2010 memutuskan bahawa Pusat Pengambilan Setempat bagi kemasukan Kemasukan Ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun 2011.


Ia selaras dengan Dasar Kerajaan untuk mengarus perdanakan Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional serta Latihan Kemahiran telah meningkatkan akses dan ekuiti lepasan sekolah menengah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TEVT dan Kemahiran bagi melahirkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi demi merealisasikan status Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.


Dimaklumkan bahawa terdapat 850 Institusi Latihan Kemahiran yang meliputi 350 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan 500 Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Pembangun Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.


Sejumlah 5 Kementerian terlibat dalam penawaran kursus berteraskan TEVT dan Kemahiran iaitu Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Asas
Tani.

Agensi / Jabatan / ILKA dan Kementerian yang menawarkan
Program Sijil & Diploma adalah seperti berikut :
  • Kementerian Pengajian Tinggi
  • Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
  • Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)
Kementerian Sumber Manusia
  • Jabatan Tenaga Manusia(JTM)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Institut Teknikal Jepun (JMTI)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Kementerian Belia & Sukan
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
  • Majlis Amanah Rakyat(MARA)
  • Institut Kemahiran Mara(IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM)

Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

Sejumlah 350 ILKA menawarkan Program Sijil dan Diploma yang meliputi IKBN, ILP, CIAST, NATC, ADTEC, JTM, JMTI dan Kolej Komuniti. Manakala Program Diploma TEVT ditawarkan di 27 buah Politeknik seluruh negara bagi pengambilan tahun 2011 yang akan
dilaksanakan 2 kali setahun iaitu Julai dan Januari.

Kelayakan minimum untuk memohon program TEVT dan ILKA
adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia ;
  • Boleh Membaca, Menulis dan Mengira; dan
  • Memenuhi Syarat Khas Kursus yang Ditetapkan oleh
  • Institusi.
Permohonan adalah terbuka terbuka kepada:
  • Lepasan SPM/Setaraf atau
  • Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Lepasan Sekolah Menengah.
Permohonan kemasukan ke program TEVT dan ILKA dilaksanakan
secara serentak dengan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Lepasan
SPM. Ia bertujuan agar pelajar dapat lebih peluang memohon pengajian di IPTA, TEVT atau ILKA yang ditawarkan. Permohonan akan dilaksanakan
melalui kaedah 2 fasa :
  • Fasa 1: Mulai 1 November 2010 hingga 31 Disember 2010(Lepasan SPM/Setaraf )
  • Fasa 2: Mulai 10 Januari hingga 4 April 2010(Lepasan SPM/SKM/Lepasan Sekolah Menengah)
Permohonan Fasa 1 ( Fasa Pendaftaran Permohonan), calondikehendaki memohon tanpa pilihan senarai kursus yang ditawarkan dan
hanya dikehendaki memilih bidang yang diminati.

Permohonan Fasa 2 (Fasa Pengesahan Permohonan), calon dikehendaki membeli Nombor Unik ID bernilai RM10.60/RM15.60 melalui agen pemungut (Bank Simpanan Nasional). Calon juga dikehendaki mengesahkan permohonan melalui memilih pilihan kursus yang ditawarkan. Calon juga boleh memohon ke program pengajian yang ditawarkan di IPTA. Fleksibiliti permohonan diwujudkan sama ada boleh memohon ke IPTA sahaja ATAU memohon ke TEVT/ILKA sahaja ATAU memohon kedua-dua institusi iaitu IPTA dan TEVT/ILKA.

Kerajaan dan KPT prihatin dalam menyampaikan dan menyebarluaskan pelaksanaan dasar baru kerajaan serta maklumat terkini dan tepat kepada rakyat khususnya pemohon, pelajar lepasan sekolah,lepasan SKM, ibu bapa serta masyarakat. Pekeliling KPT mengenai perubahan dasar, prosedur permohonan dan maklumat terkini permohonan
telah pun dihantar ke semua sekolah menengah serta institusi yang berkepentingan bagi menyatakan pelaksanaan dasar kerajaan. KPT juga akan meneruskan pelaksanaan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Kali Ke-7 Tahun 2011 dengan mengguna pakai kaedah penyampaian secara pameran pendidikan dan seminar hala tuju pendidikan.Pelaksanaan Karnival Pengajian Tinggi Negara secara `roadshow' di 11 zon seluruh negara akan bermula pada awal Januari 2011 hingga awal April 2011. Pelbagai institusi termasuk IPTA, ILKA, Politeknik , Kolej Komuniti, IPTS, PTPTN, MQA, JPA, MARA/Penaja dan sebagainya akan
turut serta dalam karnival ini. Maklumat lanjut mengenai KPTN sila layari laman web kemasukan atau KPT.

Maklumat lanjut mengenai senarai kursus yang ditawarkan di TEVT dan ILKA, dasar, prosedur permohonan, kriteria pemilihan dan pekeliling serta penganjuran Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2011 sila layari Laman Web Kemasukan UPU

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
28 Oktober 2011

Petikan : Keratan Akhbar Pusat pengambilan Setempat

AYUHH...SAMA2 KITA TERJAH DI TTC GANU!

3 comments:

  1. Kena kabo kat seluruh anok Pahang nih.

    ReplyDelete
  2. berehh...xdok masaloh...pakat gi ramai2 terjoh TTC..heee

    ReplyDelete
  3. sesiapa yg malasnak sekolah pi lah jenguk2,mana lah tahu akan timbulrasa insaf,n akan timbul minat nak belajar.cos boleh masuk kt tempat2 camni

    ReplyDelete