Sunday, December 19, 2010

0
Comments

Anak Buah K.Rajagopal Ke Final


Yeahh!!..KAMI BAKAL JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah

Akhirnya,skuad Negara melangkah ke Final untuk Piala AFF Suzuki 2010 pada malam tadi.Mereka bermain mati-matian untuk mengekalkan rekod kejayaan untuk separuh akhir pertama mereka di Stadium Bukit Jalil baru-baru nie dengan mengalahkan Vietnam 2-0.

Walaupun corak permainan tidak menarik,tetapi pertahanan patut dipuji,kerana dapat bertahan selama 93minit.Syaabas Malaysia!..Strategi yang menjadi dari Jurulatih K.Rajagopal dan hasilnya berkesan.Malaysia hanya menunggu lawannya samada Indonesia mahupun Filipina pada malam nanti.(8.00 Malam)

Ingat..Ingat..Ingat...Perlawanan akhir pada 26 dan 29 Disember nanti pertemuan antara Harimau Malaya dengan Filipina atau Indonesia.

Berbalik pada permainan malam tadi,keputusan tanpa jaringan antara 2 pasukan didepan lebih 40,000 penonton tuan rumah iaitu Vietnam,dan hanya sejumlah kecil sahaja penyokong untuk pasukan negara di Stadium Hanoi.Itu tidak melemahkan semangat skuad Negara.Kami di Malaysia sentiasa menyokong 100% tentera kami di sana.

Dalam permainan pada malam tadi,Malaysia cuba bertahan dari dibolosi oleh pasukan Vietnam,namun serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Vietnam tidak melemahkan semangat dan mental pemain-pemain negara.Terima kasih tidak terhingga untuk penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat yang layak dianggap wira kerana banyak menyelamatkan gawang dari dibolosi Vietnam.Walaupun keputusan hanya 0-0,Malaysia gah melayakkan diri ke Final.

Thank : Skuad Negara

Wira : Khairul Fahmi Che Mat
Yeahh!!!..Kita p FINAL
Thank : PM pun layan gok BOLA

Marilah sama-sama berdoa,semoga Skuad Negara membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010 pada tahun ini..Aamin...

Itu sahaja dari Anokganu pada hari nie...Thank You Prens yang berkunjung..:)

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment