Thursday, December 30, 2010

1
Comments

Malaysia : Juara Piala AFF Suzuki 2010


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Bersyukur kepada-Nya

Tak disangka-sangka,bermula dengan langkah yang teruk dari skuad negara dibawah pimpinan jurulatih K.Rajagobal,akhirnya berakhir dengan kejayaan yang cemerlang dan sekaligus dinobatkan JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010.Itulah MALAYSIA..,Tanah Airku,yang baru sahaja menikmati kejayaan mereka bersama-sama jutaan rakyat Malaysia.Malaysia berjaya melakar sejarah buat kali kedua ke pentas akhir perlawanan bola sepak asia bagi piala aff suzuki dan tahun 2010 menjadi pilihan kejayaan sebenar Negara.Kejayaan ini,menjadi pencetus semangat kepada rakyat Malaysia,bahawa skuad negara mampu pergi lebih jauh.

Jam 8.00 malam tadi,siaran langsung perlawanan akhir kali ke-2 di Stadium Gelura Bung Karno,Jakarta Indonesia disiar dikaca tv1 untuk seluruh rakyat Malaysia.Perlawanan yang menentu nasib pasukan mana yang berjaya dinobatkan sebagai JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010.Keputusan perlawanan akhir pertama Malaysia berjaya mengatasi Indonesia 3-0 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil,Kuala Lumpur...Tetapi di Jakarta,Malaysia tewas 2-1 kepada Indonesia.Dengan keputusan itu,Malaysia berjaya dengan agregat 4-2.

Perlawanan ini,banyak didominasi oleh pasukan Indonesia.Indonesia banyak melakukan serangan berbahaya di gawang Malaysia.Pertahanan Malaysia goyah seketika.Serangan demi serangan yang dilakukan Indonesia berjaya diatasi dengan baik oleh Malaysia.Malaysia mendahului 1-0 hasil jaringan penyerang sensasi skuad negara iaitu Safee Sali pada minit ke-53 melalui hantaran Mohd Ashari.

Pada minit ke-71,Indonesia berjaya membalas 1 goal hasil jaringan Mohamad Nasuha.Serangan balas dilakukan Malaysia banyak diatasi pertahanan Indonesia.Pada minit ke-88,Indonesia sekali lagi menambah goal hasil sepakan padu dari Muhammad Ridwan yang terkena kepala pertahanan Malaysia iaitu Muslim dan tidak dapat dibaca oleh penjaga goal Khairul Fahmi Che Mat.Lebih kurang 95minit Malaysia bertahan bagi mengekalkan kejayaan mereka.Akhirnya tiupan wisel dibunyikan oleh pengadil dari Austria.

Kejayaan serta kegembiraan ini dikongsi bersama-sama dengan bekas presiden KAFA iaitu Datuk Anuar Musa dan Menteri Belia & Sukan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Penyerang Negara,Safee Sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak perlawanan ini dengan hasil jaringan 5 goal dibelakang penyerang Indonesia iaitu Cristian Gonzales.Tahniah Safee Sali

Safee Sali : Penjaring Terbanyak AFF Suzuki 2010

Tak lupa juga diucapkan tahniah kepada penjaga goal terbaik Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat,yang bertindak cemerlang dalam mengawal gawang buat kali pertama dalam kejohanan besar sepeti ini.Dengan usia 21 tahun,beliau berjaya mengharungi pelbagai rintangan semasa perlawanan.Tahniah Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi Che Mat : Penjaga Goal Malaysia
Dan penghargaan besar untuk Jurulatih Kebangsaan kita iaitu K.Rajagobal yang berjaya memimpin skuad negara sehingga mencapai ke kejayaan ini.Beliau merupakan jurulatih Malaysia yang pertama yang berjaya membawa kejayaan untuk skuad negara ke tahap ini.Thank You K.Rajagobal.

K.Rajagobal : Jurulatih Malaysia
InsyaALLAH....banyak lagi perlawanan-perlawanan yang akan diadakan selepas ini,bagi memartabatkan sukan bola sepak kita ke arah yang lebih cemerlang dan terus maju ke hadapan.Lagi cantik,jika diadakan perlawanan ASIA untuk semua negara-negara asia(AFC)

Yeahh!!!..KAMILAH RAJA ASIA TENGGARA
SOKONGLAH SUKAN UNTUK NEGARA KITA TERCINTA INI!!!

Tinggal 1 hari lagi kita akan menyambut tahun baru.Persiapkanlah segala matlamat dan azam masing-masing untuk akan datang.Bulan pertama Islam sudah kita lalui dengan matlamat dan azamnya.Tahun 2011,akan kita lalui tidak lama lagi.InsyaALLAH..

K..itu je dari Anokganu..Wassalam...

1 comment: