Monday, December 27, 2010

2
Comments

Gauman Harimau Malaya : Garuda Jatuh Bergelimpangan


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Bersyukur kepada-Nya

Jam 8.00 malam tadi jutaan peminat bola sepak tempatan samaada di Stadium mahupun ditempat-tempat awam dan tidak lupa juga penonton dirumah bagi menyaksikan perlawanan diantara 2 gergasi besar Asia iaitu Malaysia tanah tumpah darahku dan lawannya Indonesia..Perlawanan yang diadakan di Stadium Bukit Jalil,Malaysia dimana ribuan penyokong tempatan dan juga penyokong Indonesia.

Debaran menanti bagi ku dan seluruh rakyat Malaysia dengan perlawanan akhir pertama ini.Alhamdulillah,skuad negara kita berjaya meraih kejayaan cemerlang apabila memperolehi 3 goal dengan hasil jaringan 2 goal Safee Sali(Wira Malaysia) dan juga Ashari.Kemenangan ini memberikan satu aspirasi baru buat negara kita,yang sebelum ini,banyak dipersoalkan mengenai skuad negara kita dalam arena bola sepak Asia.

Sinopsis perlawanan : 
Pada separuh masa pertama : Malaysia sudah menunjukkan perubahan dari segi kawalan dan teknik mereka masing-masing begitu juga Indonesia.Perlawanan separuh masa pertama banyak didominasi oleh Malaysia.Banyak cubaan yang dilakukan oleh pemain Malaysia mengoyahkan pertahanan Indonesia.Ini merupakan satu perubahan yang baik untuk pemain Malaysia.Syaabas!!!.untuk separuh masa pertama,kedua-dua pasukan tidak menjaringkan goal.Tak mengaper..yakin,mesti ada perubahan kedua-dua pasukan nanti untuk separuh masa kedua.

Untuk separuh masa kedua pula : Kedua-dua pasukan saling menyerang balas,pertahanan Malaysia goyah seketika,tapi itu tidak melemahkan pertahanan skuad negara dari dibolosi lawan.goal!..oh tidak!!..laa..offside rupanyer..heee..jaringan offside dari Gonzales(mamat uruguay ni memang kaki offside)..kalu tak terkedu gak penyokong Malaysia..heee..Malaysia menyerang balas ke kubu lawan..goal! hasil jaringan safee sali(10)..hasil kesilapan pertahanan indonesia disebelah kanan dalam mengawal pengerakkan penyerang bernilai kita NorShahrul(abg pengantin baru 25.10.2010)..hasil kesilapan tersebut,dengan kebijaksanaan Norshahrul,terus melorong bola ke Safee Sali,dan Safee meledak bola ke dalam gawang pada minit 60.yeahh!!!

Serang balas dilakukan lagi oleh pemain Malaysia,goal! hasil jaringan dari pemain gantian Malaysia Mohd Ashari Samsudin yang menggantikan Amirulhadi disebabkan kecederaan.Selang beberapa minit lagi,Malaysia masih mengawal permainan dengan baik,hasil lambungan pemain pertahanan Malaysia iaitu Mahali kawasan gawang,Safee Sali tidak dikawal rapi oleh pertahanan Indonesia,good of header itu terus menanduk bola masuk ke dalam gawang penjaga goal Indonesia Markus(menyampah tol mamat nie,asyik laser aje dipersalahkan,padan muke ko!,kang bola dah masuk..hek3)..

Dari minit ke minit berlalu,Indonesia dah patah semangat..hahaha!..tak mengaper Indonesia,lain tahun korang main yerr..(adeh!..lupe lak ade lagi final2.hee)ape pun Malaysia tanah airku makin dekat dengan kejayaan cemerlang mereka.98 minit pemain Malaysia mengharungi segala dugaan mereka di tengah padang..Tiupan wisel dari pengadil jepun,lupe lak jan namanyerr..hee..Dan berakhir sudah perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Malaysia,dimana Malaysia bakal melangkah sejarah buat kali pertama memiliki Piala Suzuki yang dahulunya Piala Tiger yang dikendali oleh jurulatih negara sendiri K.Rajagobal.Dengan berbekal 3 goal,Malaysia akan membawa bekalan ini ke Gelora Bung Karno pada rabu ini,29 Disember 2010..Ayuh 1Malaysia sokong pemain negara kita!!!

Apa yang dapat diperkatakan lagi,permainan pada malam tadi cukup menghiburkan rakyat Malaysia.1Malaysia akan mendoakan skuad negara bagi meraih kejayaan sulung mereka di Indonesia nanti!!.Harap skuad Negara tidak lalai dan goyah dalam pertembungan mereka sekali lagi di Jakarta,Indonesia pada hari rabu ini.Aaamin...

DETIK KEJAYAAN MALAYSIA FINAL 1

Wira Malaysia : 2 goal Safee Sali
3 Tonggak Utama Negara : Safee,NorShahrul,Safik

VIDEO HIGHLIGHTS

2 comments: