Saturday, December 25, 2010

3
Comments

Final1 : Malaysia VS Indonesia


26 disember 2010 : Jam 8.00 malam akan berlangsung perlawanan akhir pertama Piala Suzuki 2010 diantara pasukan Negara kita  menentang pasukan Indonesia.Secara langsung akan disiarkan di kaca TV1 untuk rakyat Malaysia.Jangan lupa tauu!!!..Perlawanan akhir ini akan diadakan di Stadium Bukit Jalil,dimana kemenangan buat Malaysia menentang juara bertahan iaitu Vietnam baru-baru nie 2-0 pada separuh akhir pertama dan sekali gus Malaysia layak ke pentas Final...

Walaupun permulaan perlawanan dalam peringkat kumpulan,Malaysia mengalami nasib yang teruk dibelasah Indonesia 1-5...Namun anak buah K.Rajagobal tidak berputus asa,bertahan demi maruah negara tercinta,Malaysia bangkit mengatasi pasukan negara lain sehingga kemuncak akhir perlawanan untuk merebut kejuaraan kali pertama pada tahun ini.Kemampuan Malaysia akan kita saksikan pada esok hari.Jika berjaya dengan berbekal 3-0..InsyaALLAH..Di Indonesia,skuad negara perlu bertahan dari dibolosi gawang oleh Indonesia..,Jika menang!!!..Malaysia gah membawa pulang kepada rakyat Malaysia Piala Suzuki 2010 yang sebelum ini dipanggil Piala Tiger....

Apa yang dapat kita lihat,skuad negara mampu mengatasi perlawanan dengan baik,K.Rajagobal sebagai jurulatih negara gembira sekali,apabila melihat aksi anak buahnya semasa sesi latihan dan persahabatan kelab-kelab tempatan dalam Malaysia..heee.. kerana disitu,skuad negara menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk memburu kemenangan mereka.

Apa yang membimbangkan kita ialah tonggak bagi sayap kanan negara iaitu Amirul hadi dan Kyril Mhymeen cedera.Dalam akhbar harian hari ini mengatakan,Jurulatih Rajagobal mengatakan kedua2 tonggak ini berunsur pulih dari cedera,yang lebih berunsur pulih dari cedera ialah Amirul hadi..Diharap Amirul hadi dapat bermain untuk Malaysia sebagai sayap kanan pada malam esok bagi kesebelasan utama untuk mengerunkan pertahanan Indonesia..Aamin...

Diharap Malaysia dapat bermain dengan baik pada malam esok,lagi cantik kalu membawa bekalan lebih ke Indonesia nanti..(goal)..tambahan pulak,perlawanan ini berlangsung di halaman sendiri dan ini membawa kelebihan kepada pasukan negara kita Malaysia yang tercinta.

Kami mendokan kejayaan anda...MALAYSIA BOLEH!!!


InsyaALLAH : Kesebelasan Utama Negara
Amirul hadi : Harap cepat pulih

Bambang!!!..Esok siap ko!
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA KITA TERCINTA

3 comments: