Wednesday, December 8, 2010

1
Comments

Malaysia :Thank Wira Indonesia

Malaysia VS Loas
Alhamdulillah....Kemenangan besar untuk skuad negara kita Malaysia tercinta,apabila membelasah Loas 5 - 1 pada malam tadi,1Malaysia tertunggu aksi Malaysia apabila berdepan dengan Loas untuk merebut mata terakhir bagi melangkah ke separuh akhir,akhirnya keputusan yang tak disangka-sangka apabila memihak kepada skuad negara kita berjaya mengatasi pasukan Loas.Kejayaan anak didik K.Rajagopal patut diberi pujian besar,selepas kekecewaan dibelasah Indonesia 5-1,Akhirnya mangsa keadaan adalah Loas...Syaabas Malaysia!!!..

Tuan rumah Indonesia berjaya menghidupkan peluang kepada Malaysia apabila membelasah Thailand 2 -1 dengan hasil jaringan bekas pemain import Selangor iaitu Bambang Pamungkas melalui sepakan penalti.

Wira Indonesia!..Mekaseh bangat yar!!

Sekiranya Thailand mengatasi Indonesia,Kemenangan Malaysia tidak memberi erti pada malam tadi,Tapi Alhamdulillah,akhirnya Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010.. 

Thank You ALLAH & Thank You Indonesia

Jaringan menerusi 2 jaringan daripada Mohd Amri Yahyah pada minit ke-4 dan 41,manakala tindakan bijak dari Rajagopal memasukkan Mohd Amirulhadi menggantikan Muhaimin untuk RMF,sah menambah derita Loas apabila Amirulhadi menambah goal,hasil kesilapan benteng Loas pada minit ke-74.Selang beberapa minit,makin pedih Loas,Penyerang sensasi Kelantan,Nurshahrul Idhlan Talaha menambah jaringan pada minit ke-77.Dan penamat jaringan dari goal lawan sendiri,cun bangat goalnyar..heee..Tak mengapar la Loas,lain tahun je la korang main yerr...kecian lak,tapi kan?.,ada la seorang pemain Loas yang berbisa..fuhh..Lamnau namanya..,bisa gak tu..macam kapten fantastik Liverpool Steven Gerrard namanya,pandai susun permainan..heee
(Ingat3 kat kapten team kesayangan EPL yang sedang rehat panjang).

Lawan Malaysia pada separuh akhir akan ditentukan samada Vietnam,Singapura atau Filipina pada hari ini.Diharap jurulatih negara K.Rajagopal dapat menyusun strategi Malaysia sebaik-baiknya bagi kita melangkah ke Final dan membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010.

Cukup lah untuk hari ini artikel jan,InsyaALLAH ada perkembangan baru tentang apa-apa pun,nanti jan kongsi bersama-sama dengan rakan-rakan.

Mekaseh bangat yerr rakan-rakan yang selalu berkunjung kat teratak Anokganu..heee

Sama-sama kita berdoa kejayaan MALAYSIA

1 comment:

  1. Salang anok pahang datang mengadap mung hambe pollow kali kata :)

    ReplyDelete